Friday, August 13, 2010

What is so great about Bakun Dam?

(Peta Singapura)

Empangan Bakun akan siap pada Disember tahun ini dan dijangkakan mula menjana tenaganya pada July tahun hadapan.

Menyingkap sedikit sejarah Empangan Bakun ianya bermula dengan kerja-kerja ukur tanah pada tahun 1960-an. Kajian kedua pula diteruskan pada tahun 1980-an dimana ia merangkumi penyediaan pelan induk & upayabina, kajian batuan & tanah, kajian janaan hidro, rekabentuk empangan, kajian alam sekitar & socio-ekonomi dan kajian talian penghantar.

Perlaksanaan projek ini telah mulakan pada 1986, tetapi dihentikan pada 1990 berdasarkan unjuran merosot kegunaan elektrik disebabkan kemelut ekonomi 1985 dan keputusan untuk membangunkan dahulu industri gas asli. Pada 1993 Projek ini diteruskan semula oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1993.(Wikipedia)

Apabila siap nanti:
• Empangan Bakun akan menjadi empangan jenis batu dilitupi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang kedua tertinggi di dunia dengan ketinggiannya 205 m.

• Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

• Talian penghantar bawah laut Bakun akan menjadi yang terpanjang di dunia, mengatasi talian penghantar dari Norway ke Belanda.

• Tasik Bakun akan menjadi tasik terbesar di Malaysia (mengikut isipadu dan juga luas permukaan).

• Stesen janakuasa Bakun akan menjadi penjana elektrik terbesar di Malaysia, mengatasi Empangan Pergau.

Walauapapun kehebatan empangan Bakun tetapi yang maha hebat ialah ianya sebesar Singapura. Itulah kemampuan Malaysia yang paling tidak disukai oleh Lim Kit Siang, DAP.

4 comments:

  1. Kat web blog Tun Dr Mahathir ada tulis pasal Empangan Bakun.

    Saya suka dengan fakta yang ditulis oleh satu komentar. Dia cakap - Sebenarnya Empangan Bakun adalah satu pembaziran. Sebabkan tiada siapa akan beli eletrik yang dihasilkan oleh Bakun.

    Cuba check. Bahagian komen,

    http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/05/bakun.html

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    TAHNIAH, kerana perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran mengenai kepincangan Pakatan Pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi mendapat maklum balas positif dari kalangan pengunjung. Kami juga begitu teruja membaca artikel2 yang disampaikan di dalam blog anda.

    Untuk pengetahuan saudara, blog kami yang dahulunya diberi nama UNIT MEDIA WANGSA MAJU telah dibubarkan dan kini telah melakukan beberapa penjenamaan semula. Kami telah membuat keputusan untuk menukar blog kami kepada GELOMBANG WANGSA MAJU.

    Nama GELOMBANG WANGSA MAJU ditubuhkan atas permintaan beberapa pengunjung setia yang mahu blog kami dikekalkan di samping semangat perjuangan kami untuk meneruskan agenda menidakkan Anwar Al Juburi serta barisan keparat beliau.

    GELOMBANG WANGSA MAJU akan menjadi lebih kritis dan terus mengkritik pihak pembangkang secara konsisten. Pihak pemerintah juga tidak akan terkecuali dari kritikan dan teguran blog ini. Tidak ada satu pun parti politik yang akan terlepas pandang.

    Wadah perjuangan blog ini akan menjadi lebih universal dan bebas sekalipun masih tertumpu kepada usaha menyampaikan mesej pada isu isu nasional dan khususnya isu isu tempatan berkisar Parlimen Wangsa Maju.

    KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.

    Oleh itu, Kami berharap agar anda dapat MENUKAR NAMA BLOG KAMI DARI UNIT MEDIA WANGSA MAJU kepada GELOMBANG WANGSA MAJU di dalam list blog anda agar tidak berlaku sebarang kekeliruan dari pihak anda mahupun sahabat2 kita yang lain..


    SEKIAN,

    UMNO Didahulukan...
    BN Diutamakan...

    ReplyDelete
  3. hebat mmg hebat, tp lagi hebat di zaman umar abdul aziz,x jumpa org miskin utk diberi zakat.
    Keberkatan mengatasi semua kebanggaan.



    GELOMBANG WANGSA MAJU.said
    KAMI juga TIDAK LAGI TERIKAT DALAM MANA2 PARTI POLITIK sebaliknya bebas menumpukkan isu2 yang dirasakan wajar ditegur dan dikritik.
    At last
    SEKIAN,

    UMNO Didahulukan...
    BN Diutamakan...

    apa punya ayat ko tulis laa.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.