Sunday, September 26, 2010

Najib tolong suruh Nazri "shut up!" sebelum PRU13

Bekas Perdana Menteri  berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.

"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.

"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya hari ini.

Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini.
(Sumber : Utusan Malaysia)

Apa cerita ni? Sungguh tak manis, tak cantik dan tak sopan perkara-perkara sebegini berlaku. Adalah tidak sopan membiarkan Che Det yang berumur 85 tahun melontar kata-kata sebegini di hadapan himpunan orang-orang Melayu dan umum.

Nazri tak habis-habis "attack" Che Det dan langsung tak menghormati bekas pemimpin yang telah banyak berjasa. Apa jasa Nazri?

Nazri merupakan rakan baik Najib semasa sama-sama di dalam Pemuda UMNO dahulu seharusnya menjaga tertib dan adab apabila memperkatakan sesuatu pada Che Det kerana kebiadapan beliau boleh menjejaskan nama baik rakan karib beliau Najib Tun Razak.

Sikap kurang ajar dan biadap bukan budaya Melayu yang sebenarnya dan juga bukan warisan penjajah Inggeris kerana Inggeris yang benar-benar Inggeris pun hormat-menghormati pada "senior citizen".

Mungkin Nazri juga sudah hilang kesopanannya seperti mana anaknya sendiri yang telah hilang kesopanan dihadapan belaiu.

Kita tidak faham apa kelebihannya Najib menyimpan pemimpin yang sebgini yang tidak mendatangkan hasil hanya membawa bebanan kepada pentadbiran Najib.

Inilah sikap segelintir pemimpin UMNO apabila sudah sedap makan keju sambil hisap curut jasa orang-orang tua langsung tidak dikenang. Lupa daratan.

15 comments:

  1. Mungkin seluroh MT UMNO merestui apa yg Nazri buat termasuk Najib sendiri.Politik bukan pakai kira sangat.Sebab itu Nazri naik tocang.Melayu sudah hilang kuasa dan pengaruh pun.Sendiri bikin UMNO tanggunglah.UMNO sedang mengira hari ibarat sedang turun bukit ditambah breknya pun rosak.Kalau beginilah rupa Nazri sebenarnya Melayu tak hilang kuasa.Yang hilang kuasa ialah UMNO.......

    ReplyDelete
  2. Nazri ni kughang ajaq.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  3. mummy..

    nazri ni paria. barua siye ni elok mau humban lubang tahi.

    barua ni kaki ampu. siapa naik, yg tu la dia ampu.

    YAB PM.. tolong la. buang la beruk ni dr kabinet. track record beruk ni..bukannya bagus.

    barua ni dulu pun kaki rasuah.. kalau siapa ingat kes & isu pemberian permit teksi.

    siapa yg safe beruk ni dr didakwa. Tun juga... manusia mcm ni mana kenang budi.

    ReplyDelete
  4. kalau mcm tu guan ingat najib punya lama jadi PM akan lebih sengkat dari dodolllwi

    ReplyDelete
  5. Nazri menteri JPM depa kerja apa? Kalo pasai undang2 Negara, suruh dia tolong kemaskan sikit Bar Council, Syariah Court..

    Banyak kerja tak SIAP oooiii Nazri! Kami rakyat biasa duk mengeloh, tengok Arwah Sosilawati X4, pasai Jual beli tanah guna khidmat lawyer pun kena bunuh..

    Kes2 kemalangan, Syariah pun kami duk nganga dibelit undang2.. Hang duk JPM, jengok kerja betoi2 sikit, banyak yg tak kemas..

    TDM n Brahim Ali is no match for you!

    ReplyDelete
  6. angkara keangkuhan dan sombong nazri hari ini merupakan bebanan pada najib.Zaman TDM jadi PM dulu tak ada pun menteri bodoh macam hari ini.Hari ini ada juga menteri bodoh sombong.Itulah serabutnya UMNO dari cawangan,bahagian sampai kalangan MT.Rakyat sudah boleh nilai semua ini.Nampaknya pru 13 nanti UMNO akan terus hilang undi UMNO sendiri ,dan undi dari bukan melayu.Menteri sudah tidak beradab.

    ReplyDelete
  7. nazri ni ckp dia sopan santun, sbb tu la dpt tarik 5 mp pembangkang jadi bebas...hmm sopan kepala bapak,,dgn org lebih tua dan masyarakat m'yu dia kurang hajar. apa calculatn najib retain org mcm ni dlm kabinet? ntahh la...Harap org pdg rengas reject dia pru13 nnt

    ReplyDelete
  8. Kenapa Nazri kena 'shut-up', bukankah dia nak Najib punya slogan 'Satu Malaysia' direalisasikan sedangkan Madey nak Jembatan Bengkok' atau anaknya jadi TPM sebelum Madey cecah 90tahun dengan tak habis-habis melalak Melayu akan hilang kuasa, sepatutnya UMNO hilang kuasa. Melayu ada 100 kerusilah untuk dipertandingkan oleh UMNO/PAS/PKR, jadi tak ke mana melainkan mata juling PERKASA dan Madey/Utusan Malaysia tak nampak. Pemimpin UMNO bangan tak tahu memerintah selama 53 tahun maka cari jalan menyalahkan Anuar Ibrahim, orang Cina kapitalis atau orang Yahudi.Dulu taruk komunis, parti kiri, Barat, PAS dan kini dan patah kandar cari kad perkauman sempit, itulah UMNO dan Najib pun jadi macam Pak Lah.

    ReplyDelete
  9. Salam Mummy Rokiah-PR 13 sudah dekat,mana tau PKR boleh menang besar nasib baik nanti boleh jadi itu Perak punya menteri besar.ini orang pun atas pagar tunggu sikit mana mau jatuh.Kalu setia sama itu UMNO mesti mau cakap/lawan sama itu DSAI punya auta.tara suka saya kasi buanglah.sendiri mau berenti tara mau,ok.

    ReplyDelete
  10. mahatir bukan nabi.dia yg bagi rosak org melayu.bagi muka kat cinahindu paria.hancoq malaysia mola dari dia.
    jangan dok ingat dia baguih sangat.
    dia pun ada banyak buat salah.lani Allah swt KIFARAH KAT DIA.dia kata tutoq kat orang buleh.orang kata kat dia tak buleh.tak aci la lagu tu.dah dok dalam politik kena terima la.zaman tengku sampai husin ok.lepaih tu semua HAPSERENAPETE.
    nak tanya sikit hartamas dah cukup ajaq ka? atau koghang di ajaq.

    ReplyDelete
  11. SALAM,
    BILA PERKARA SEBEGINI BERLAKU, SIAPA YANG "UNTUNG" ?

    ReplyDelete
  12. IJM Corporation Berhad bakal dianugerahkan sebagai ‘Total Sub Contractor’ Kampus Baru KUIN, di Kuala Ketil oleh Bina Darulaman Berhad (BDB)?.

    ReplyDelete
  13. Aku nak habak pada hampa semua.Orang undi PAS bukan pasai dia bagus atau hebat.Orang undi PAS pasai orang meluat serta bosan dengan gelagat pemimpin UMNO saat ini.Mungkin inilah kali penghabisan untok NAZRI jadi YB/Menteri.Selepas PRU 13 ini dia akan berehat.Oleh itu janganlah sekat kalau dia nak kata apa pun.Biarlah dia jadi hero tembak sana sini.Aku ingat UMNO pun lama perintah Tanah Melayu ini.Barangkali NAZRI pun lama juga jadi menteri.Sudah kaya raya.Tuju h keturunan pun makan tak habis.Yang susah ahli biasa melayu diubawah.Kais pagi makan malam.

    ReplyDelete
  14. KUALA LUMPUR: National Civics Bureau (BTN) deputy director Hamim Husin is no longer fit to hold his position and should be sent for counselling and retraining, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said.

    He said Hamim did not understand the concept of democracy when he proclaimed Malay rights as a mandate to rule the country.

    "He obviously does not know what democracy is all about. In a country that practises democracy, it is the rakyat who determines who rules the country," he said after the party presidential council meeting at Wisma MCA here Tuesday.

    p/s:::KENAPA lanCHUA SOI LEK dan MCA tak hentam NAMAWEE habis-habisan??

    ReplyDelete
  15. Nazri..itulah masalah kepimpinan UMNO menilai pemimpin. Nazri tidak ada nilai kepimpinan. Latar belakangnya, keluarganya, cara hidupnya. Adakah ianya dijadikan nilai.

    Memang orang UMNO ni pelik sikit menilai kepimpinan. Tepuk tampar, hilai ketawa dan PR jadi nombor wahid sebagai ukuran. Bagi lesen permit teksi..sah bolih jadi pemimpin pujaan..kemudian jual kat Ah Chong tak kira..

    Kepura puraan yang dok bertenggong makan dikedohok tulah menjadi ukuran. Ketawa besar dan hilai memanjang dikaraoke juga jadi ukuran nilai pemimpin. Mai makan kenduri masuk jawi tu sudah cukup hebat dan tahap pemimpin paling hebatlah tu.

    Nilai nilai lain...ilmu, keimanan, intergriti, cara hidup keluarga, latar belakang, hemah dan ketrampilan diri tidak jadi ukuran. Heran juga macam mana orang macam Nazri ni boleh jadi ahli kabinet begitu lama...kita ada cara kita sendiri..itulah dalilnya kot....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.