Tuesday, September 7, 2010

Pengajaran dari iklan TV3

TV3 telah melakukan satu “damaging” apabila ia menyiarkan iklan sempena hari raya di mana ia memaparkan seorang Datuk berkopian dan yang beruban putih mengajak cucu-cucunya menaiki beca ajaib sehingga melintasi bulan. Gambarannya menyamai watak Santa Claus menaiki kereta salju yang dipacu oleh sekawan rusa kutub membawa hadiah Hari Natal untuk kanak-kanak.

Di akhir Iklan tersebut juga telah memaparkan visual kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan menyamai fahaman agama Buddha atau India.

Berkonsepkan tema TV3 pada tahun ini Sinari Lebaran, Pengarah Kreatifnya , Douglas Khoo Hong Seng cuba mengambarkan keriangan kanak-kanak.

"Semasa membuat iklan ini, apa yang saya fikir hanyalah untuk melahirkan Melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang Islam. Saya cuma mahu gambarkan impian dan keriangan kanak-kanak itu dengan beca ajaibnya untuk mencapai apa yang difikirkan kerana saya rasa ia cantik dan sesuai”

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, beliau tidak terlintas di dalam fikirannya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya.

Memang tidak salah tafsiran “Sinar Lebaran” dari sudut kreativiti Douglas ialah Santa Claus, kuda dan kanak-kanak dan bunga teratai kerana mungkin Douglas penganut Kristian bercampur Budhha.

Mungkin jika Pengarah Kreatifnya seorang Melayu Islam tafsiran “Sinar Lebaran” nya dilihat dari sudut yang berlainan. Diambilnya elemen pelita minyak kelapa, jamong, panjut untuk memaparkan Melayu millennium walaupun kanak-kanak sekrang sudah tidak tahu apa itu pelita, panjut dan jamong kerana semuanya itu bukan zaman mereka lagi.

Farid sebagai seorang Melayu harus mentarbiahkan Douglas supaya faham untuk melahirkan Melayu millennium tidak semestinya di "associate kan" watak Santa Claus dan bunga teratai.

Melayu millennium ialah Melayu yang penuh sopan santun, berbudi bahasa, beriman, berkahwin dan berkeluarga, tidak bercampur pergaulan bebas sehingga melahirkan anak zina.

Melihat sesuatu hasil produksi media dari sudut kreativiti semata-mata tanpa mempertimbangkan isi dan mesej yang mendalam yang ingin disampaikan adalah satu pemikiran yang cetek dan tidak matang.

Memang padanlah jika kita lihat kandungan-kandungan sesetengah rancangan TV3 selama ini langsung tidak membawa mesej yang membina. Pasaran lebih menguasai pegisian. Drama-drama hantu dan tahyul dipaparkan sebagai satu “branding” yang menguntungkan.

Apa pun TV3 berjaya menguasai pasaran dan membentuk minda masyarakat jika dibandingkan dengan RTM yang masih di dalam kotak.

Apakah TV3 perlu dirombak semula?

8 comments:

  1. Ya Mummy, yg buat tu Cina dan yg bagi kelulusan tu Melayu yg tak faham bahawa tujuan perbuatan itu adalah usaha penyelewengan akidah secara halus.
    Tak ada ke orang Melayu Islam yg bolih buat iklan tersebut?

    ReplyDelete
  2. Di sesetengah tempat di Amerika Syarikat, amalan berakhirnya ramadan mirip komersial Krismas juga. Baca tulisan di bawah. Tak payah mengeluh iklan itu kerana dah ramai orang Melayu berbuka dan mungkin bersahur di bintang lima, amalan yang tak pernah dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat Nabi. Amalan puasa kita dipandu oleh syaitan kerana lihat semasa berbuka penuh meja dengan juadah lemak/berminyak/berlebihan dan ada segelitir agama menegur akan perkara itu, namun rata-rata semua balun habis membalas dendam 13 jam perut tak masuk makanan.Belum lagi cerita pasal raya yang dibumbui oleh konsumerisme dan miskin dari aspek kerohaniah.

    -----------------------------------

    Local Muslim families intertwine the holiday's rituals with American
    culture

    By NIRAJ WARIKOO

    FREE PRESS STAFF WRITER
    In front of the fireplace in their Canton home, the Ahmed family has
    four shoeboxes, one for each of their kids, packed with small toys like
    "Star Wars" figures and Hot Wheels. They call them Ramadan boxes, an
    idea the parents came up with after noticing Christmas stockings. And
    while such boxes aren't men­tioned in the Quran or in the stories about

    ReplyDelete
  3. Saya sering menganggap diri sebagai Muslim yang terbuka fikiranya, namun tidak dapat menerima iklan lebaran Tv3 ini. Pengarah kreatifnay tidak boleh dipersalahkan 100 peratus. Bukankah sebelumiklan dibuat, semestinya ada 'brainstormin' pelbagai pihak diTV3. Tiadakah seorang pun yang mengeluarkan pandangan mengenai kontroversi iklan ini? Ataupun semua pandangan berbeda ini ditolak oleh Farid Riduan? Selepas ini, elok TV3 melantik seorang pakar media yang celik ugama Islam untuk menjadi panel kelulusan iklan dan program di TV3. Macam penasihat syariah di bank Islam.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  4. Kalau baca blog lain, persoalan yang diajukan mempunyai merit. Tulisan jawi yg terbalik, songkok putih sedangkan kat Malaysia kebiasaannya adalah hitam dll. Tak kan tak nampak. Pihak yang meluluskan iklan sebenarnya buta kayu. Donald dan TV3 memang punyai agendanya tersendiri. Kebetulan banyak sangat. Tahyul memang datangkan duit. TV3 peduli apa dengan halal haram. asal jadi wang.

    ReplyDelete
  5. Sorry sri hartamas,11.25AM,the creative director a MR TIU NiA SENG has actually FAIL to understand the MALAY culture and the Malay ISLAMIC background,to come up with the RIDICULOUS and INEFFECTIVE ad...!!!TV 3 CEO pun not in the right MINDSET,now that he's back to BACHELORHOOD,not BACK to the FUTURE....!!!!


    J.FOX MAN

    ReplyDelete
  6. KEPADA ANON10.52....kalau kat amerika umat islam nak sambut cara amerika itu mereka punya pasal.
    yg kita dimalaysia ini orang melayu dan kita inginkan cara kita.
    sebaiknya...buatlah iklan sambut hari raya cara islam berkonsepkan malaysia ada ini berbagai keturunan yg berugama islam.
    selitkan bagaimana kaum2 dimalaysia yg berugama islam sambut hari raya.
    kita tak minta kisah orang melayu jer,sesekali masukan peranan kaum lain.
    mereka juga ada hak sambut raya cara dan adat mereka,islam untuk semua tapi adat masing2 punya. apa salah sesekali kita kongsi bersama.

    putera.makasar@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. mummy..

    pecat saja farid ridzuan tu. dia ni baik dgn kroni2 paklah & si kitol. berlagak pulak tu. mcm baguz.woi mangkokhg ingat hg menteri ka?? walhal CEO2 lain di dlm private Tv channel tak berlagak mcm begong ni.

    dulu mangkok ni mana pandang najib @ menteri2 lain. level2 yg dia main atau minggle cuma Paklah bodohwi, menantu paklah & kerabat saja.

    yg lain mampus dia buat tak tau saja.

    manusia belagak mcm ni kena buaang dr syarikat2 besar di dalam negara kerana manusia mcm ni akan merosakkan negara & ekonomi.

    ReplyDelete
  8. Teringat Lagu Allahyarham Raja Azmi
    lebihkurang macam ni lah bunyi bait2 lagunya

    MEMANG NASIB SAYA TIDAK BAIK
    DAPAT ISTERI BODOH CAMPUR CERDIK
    SABAN HARI DIA DOK BERSOLEK
    SAMPAI KINI AKU NAIK PELIK.

    TAK CAKAP SALAH CAKAP SALAH
    JADI SEMUA SERBA SALAH.

    hiburan saja..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.