Desas-desus bahawa akan berlaku perubahan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah daripada Datuk Shafiee Afdal kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir dalam sebulan dua ini ternyata menarik minat pengundi-pengundi di atas pagar(PAP).
PAP sedang memerhati kelaku, kerenah dan perangai ketua-ketua UMNO Bahagian dalam negeri Kedah yang sedang kelam-kabut buat sibuk. Apa tidaknya semua program yang Datuk Mukhriz turun telah dihurung seperti semut menghurung gula oleh pelakon-pelakon dan hippokratis UMNO Kedah.
Jika dulu Datuk Mukhriz dihentam dari belakang sekarang ini tangan Datuk Mukhriz pun sanggup dicium walaupun berbau gulai nasi kandar. PAP sekali lagi naik termuntah dengan sandiwara muka tak tahu malu oportunis-oportunis politik ini.
Apa pun PAP akhirnya akan melihat apakah betul-betul akan berlaku perubahan di dalam UMNO Kedah. Lapis-lapis bengkang hangit yang ada harus dikikis seratus peratus dan diganti dengan yang baru. Ini kerana noda-noda politik yang telah mereka lakukan dalam PRU12 masih segar dalam ingatan PAP serta sukar untuk dimaafkan.
Isu tariff air di Kedah yang telah didedah Uztaz Azizan sedikit demi sedikit ternyata hakikatnya kepincangan adalah dari kepimpinanan BN yang lepas. Dahulu semasa memerintah mereka rakus, tamak dan haloba.
Hari ini mereka ternyata tidak dapat membela PAP di dalam mesyuarat DUN dan di luar mesyuarat DUN kerana Ustaz Azizan telah menggengam erat telur kemuruk mereka.
Konklusinya jika Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah diambil alih terajunya oleh DatukMukhriz Mahathir beliau harus mengubah muka-muka lama kepada muka-muka baru yang bersih dan dinamik yang betul-betul yang boleh bersuara untuk perjuangkan PAP.
Jika tidak UMNO Kedah tidak akan kemana hanya dikelilingi oleh “bangau-bangau yang sedang sakit kerana makan nasi mentah”.
setuju,KEDAH memerlukan "TOTAL" "Cleaning",,,,,,,,DATO MUKRIZ bolih LAKUKAN,,,,Singkirkan Gerembolan DET KHALID,,yg ternyata telah merosakan keyakinan PAP terhadap UMNO,,,,KEDAH akan BANGUN,,,dengan KEPIMPINAN BARU yg BERSIH,KUAT,TEGAS dan BERANI MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU,,,,,,,,,,,
ReplyDeleteBolehke Mukriz mendapatkan muka-muka baru? UMNO duk jangan buang masa, baik serah kuasa pada PR dan beri peluang PR mentadbir 2 penggal, tak nampak hasilnya maka kita semua tendang keluar PR dan menanggung derita siapa lagi kuas yang boleh memerintah negara dan memuaskan pelbagai kaum yang sudah menjadi rakyat Malaysia. UMNO duk ingat negara ini hanya untuk orang Melayu, tak sedar ada lagi banyak suku kaum yang terpinggir dan bakat dan potensi mereka bersama-sama membangun negara dibongsaikan kerana orang Melayu adalah 60% penduduk negara.Hampir 90% Melayu di sektor awam/kerajaan, hampir semua pengurus besar adalah Melayu di IPTA, hampir semua Melayu di angkatan tentera, hampir semua GLC mempunyai pengurus Melayu tapi itupun tak cukup nanti Mukriz kata orang Melayu akan terpinggir. Berbilion bilion dah diperuntukkan untuk membangun usahawan Melayu tapi pergi lihat di bandar kegiatan ekonomi masih di tangan bukan Melayu yang membangun sendiri tanpa banyak wang kerajaan. Orang UMNO tak tahu nak membangunkan Melayu yang berkualiti, asyik melalak memperjuangkan untuk bangsa dan agama sambil poket Ketua Bahagian UMNO lebat dengan habuan pelbagai projek. Mukriz hanya meneruskan cara pentadbiaran UMNO tapi ada sedikit perubahan kosmetik sana sini, itu aje, itupun ayahnya masih ada pengaruh jika tidak tak tahu nak kata.
ReplyDeletehello anon,
ReplyDeleteklau nak bg ke pr, alamatnye rosak lah..mana2 yg x setuju akan ada gangster serang lah..bila mengatakan memebela melayu..ha ni lah contoh yg melayu yg x sedar diri..agaknya awak tu masuk ipta dulu tu pon drp kuota..x dek kuota mmg x dpt merasa nak jejak kaki kat kampus.negara kita baru merdeka x smpai 60 tahun pon.
brapa lama kita dijajah? drp tahun 1511 kan? merdeka taun brapa?? kan beratus tahun tu..dan beratus tahun jugalah melayu dijadikan bodoh dan mundur oleh penjajah..usaha kerajaan utk memajukan org melayu yg x smpai 60 tahun tu kau pertikaikan pencapaiannya? kau igt ni mcm magic ke? buat hari ni terus dpt hasil? klau x dek usaha kerajaan utk memajukan org melayu, apa akan jadi?
klau nak kata poket lebat tu..kan kita boleh buang mangkuk2 ayun ni..drp x buat apa2 yg memajukan bangsa dan negara.pandai sgt komen cuba la try jd pemimpin..baru tau tinggi rendah langit.x payah nak jadi pemimpin negara baru nak ukur kau punya pencapaian..yr responsibility sbgai pemimpin keluarga mcmana? sempurna sgt ke? x pon setup la company sendiri..meh tgk ramai2 bagus ke x company tu. jgn fikir dan kata sedap rasa je!
kalau Dato M nak jadi cip kedah kenalah istihar harta dulu.
ReplyDeletebiaq suma org tau ujung pangkai,
jgn pulak dok tambah kantung...
nanti org makin meluat...
org kedah dah cerdik skit...
Banyak Melayu bodoh yang kena tipu dengan Dap laknatuallah...Ada DAP perjuangkan bahasa kebangsaan,sekolah kebangsaan....Nak bahasa CIna..sekolah CIna....kalau betul berjiwa Malaysia...adakan satu sekolah,satu bahasa..nak cakap cina balik rumah cakap....kat Indon,kat Thai kat philiphine....Cina sana cakap dalam bahasa kebangsaan masing-masing dengan fasih...tapi cina malaysia bangla cakap lagi fasih.....Persoalan kenapa Melayu banyak dalam GLC,banyak dalam polis,bnayk dalam tentera, kontrak kerajaan bnayak bagi kat melayu,Melayu banyak jadi tentera,Polis dan semua sektor awam Melayu yang penuh...bagi Melayu yang bodoh ini sedarlah sikit...Melayu ramai jadi tentera,polis bomba,jururawat awam sebab semua diatas gaji sikit aja.....kaum lain tak berminat...ada menteri melayu bodoh yang membuat kenyataan bodoh bahawa...gaji sektor awam akan dinaikan bagi menarik minat kaum bukan melayu...jadi sebelum ini gaji sikit tak pa sebab kaum Melayu kerja..kalau nak bagi kaum lain kerja gaji kena tinggi...Bagi balaci-balaci dan bahlul tunggang DAP...yang dok kata Melayu bolot kontrak kerajaan cuba p tengok sikit....kilang-kilang swasta kat Penang tak sampai 10% kontraktor mereka org Melayu...Ini ada DAP/PKR bising suruh beri lebih kontrak kepada orang Melayu, Pengawai-pegawai kilang,akaun,purchasing sektor swasta semua kaum bukan Melayu...ada Anwar beri kata beri peluang kepada kaum Melayu untuk sama-sama berpeluang mendapat jawatan di kilang(bukan setakan operator pengeluaran) atau kontrak dikilang...
ReplyDeleteSebab itu kerajaan terpaksa mengimbang perkara ini dengan mengambil melayu/kontraktor di GLC dan sektor awam maka seimbanglah sikit..walaupun yang gaji banyak di pihak swasta...tapi ramai Melayu Buta perut dan tak tahu pikir menari ikut rentak DAP laknatuaallah suruh buka semua sama rata...nak betul ok..swasta dan awam sama quota...masaalahnya dalam orang politik, UMNO ke PKR ke DAP ke semuanya nak sapu duit rakyat...PKR tak sampai lima tahun dah sapu duit rakyat...DAP tak sampai lima tahun dah ambik duit rakyat, bagi kontrak kat kroni..lagi teruk berebut sesama wakil DAP nak kontrak....semua hampas...BN tak lah bagus sangat tapi dari dapat PKR yang desprate kuasa lebih baik maintain yg sekarang....
UMNO kena serius.
ReplyDeleteKetua perhubungan dan jawatankuasa beberapa negeri juga mesti digantikan dengan kadar yang amat segera.
Dan UMNO perlu ikhlas dan tegas dalam merencanakan pelan calun yang akan bertanding didalam PRU akan datang.
Janganlah hanya menyalahkan orang Melayu Muda Lupa bila yang nyanyuk dan lupa daratan sebenarnya adalah deretan orang Melayu yang diangkat menjadi pemimpin UMNO.
BTW All The Best DMM
mummy, Apa pasal pula Umno Kedah perlu chief baru? Bukankah Umno Kedah semaking kukuh sehingga Shafie Afdal sanggup pulang ke Sabah> Kedah Ummno kukuh macam pokok jati sektang bawa pimpin Ahmad basah, Tok Dek dan Jamil khir. Datuk Mokriz tidak perlu pulang ke Kedah tetapi hendaklah tumpu ambil tempat si JKetol menterajui Pemuda Umno. Secara iklas saya katakan bahawa UMNo kedah dan pun nazaar PU akan datang akan dikafan oleh rakyat kedayh dan Tok Dek, Ahmad Basah akan dibuang disaluran wan mat saman. BN/Umno akan kekal 3 kerrusi parliaman dan 6 DUn saja pu-13 nanti. Itu pun juka Non malay voters tidak tukar fikiran. Malay voters kebanyakkannya dah tak mau lagi dengar nama UMNo.
ReplyDeleteEx Ketua cawangan UMNO SP
mummy oi,
ReplyDeleteish macam2 ada noo, bengkang hangit, bangau panggang....
tapi nak buat lagu mana..? yang neik mesti yang muka tak malu pipi tersorong sorong. dok dekat dengan yang ada kuasa boleh lah neik.
pasai apa? pasai kita sendiri dalam hidup kita di malaysia ni, apa2 benda pon kita tengok luak aja, isi kandungan kita tak pernah ambek berat.
itu lah kita. kita tak jawab isu dengan fakta atau counter proposal. kita cuma pandai kata ok, ok lah datuk, mesti baguih ni tan sri....semua bodek.
dalam umno sendiri, ada ka kita kenai pemimpin dengan prinsip atau hala tuju dia? kita kenai pemimpin kerana dia orang najib ka atau muhyudin kaa. jadi semua orang umno ni ikot pemimpin babi buta, kot2 kita rapat ada chance neik.
kpd ex ketua cawangan sp..
ReplyDeletenampaknya benarlah umno kedah terlalu tenat.
ramai pemimpinya hanya pentingkan tembolok sendiri.
tak sedar diri dan hanya tau cari kekayaan untuk diri sendiri.
bila tak dapat yg diinginkan mereka ini juga jadi pengkhianat parti.
terlalu ramai pemimpin dan bekas pemimpin berperangai biawak makan bangkai.tak kenal halal haram.
yang berada dalam umno kedah sekarang ramai penyangak.
bekas2 pemimpin sanggup jadi perosak parti..
salah sorangnya ialah EX KETUA CAWANGAN UMNO SP.
....
UMNO KEDAH GANTI SIAPA PUN MASIH DITAKOK LAMA JUGA KALAU DAN SELAGI KETUA BAHAGIAN DIKEDAH MASIH SIMPAN MEREKA INI.MEREKA LAH PUNCA MEROSAKKAN PARTI.MEREKALAH GIGIT PARTI BUKAN BUAT KERJA.PENGAMAL RASUAH POLITIK WANG.BALA DARI ALLAH.KALAU SAYANG MUKHRIZ MASA DEPAN DIA TANGGUH DULU.UMNO KEDAH SUDAH JADI CUCOK KODOK.AKU CUBA LIHAT DARI DEKAT SIKAP KETUA BAHAGIAN.MEREKA LEPAS TANGAN BILA TANYA MENGENAI UMNO.yAKIN MENANG DAN SELESA.YANG MEREKA PULUN PASAL PROJEK DAN TENDER.KALAU DAH NAK BERNIAGA JANGANLAH UMNO JADI KUDANYA.UMNO KEDAH MEMERLUKAN KETUA YANG SANGGUP BERHIDMAT PADA PARTI.INI TIDAK PROJEK DIUTAMAKAN.KRONI DIDAHULUKAN.MATILAH UMNO LAGU INI.MEREKA CUMA PERTAHAN KEPENTINGAN PERUT SENDIRI DARI UMNO.ADA YG MUKA TAK MALU PUN ADA MINTA SANA SINI.ITULAH PEMIMPIN UMNO DI KEDAH.
ReplyDeleteTahniah jika benar DatO Mukhriz ambi alih teraju UMNO Kedah.
ReplyDeleteLangkah pertama yang perlu dibuat:
Ambil alih kesemua Bahagian UMNO yang ada di Kedah dan letak semua nya dibawah naungan tersu pimpinan Negeri.
Langkah Kedua.
Panggil semua AJK Bhg Wanita, Pemuda dan Puteri mengikut jadual dan secara berasingan bersemuka dengan mereka.
Langkah ketiga
lu FIKIR LAH SENDIR dATO..
Langkah ke 3.
ReplyDelete1.panggil balik semua tokoh lama yg sehat bugar dudok berbincang untok buat kerja.Shafie Afdal tak buat kertja macam ini.Disabah boleh lah>ini dikedah.
2.gerakan pemuda dan pu3 secepat mungkin.bagi pada mereka bebarapa program turun ke kubu lawan terutama PAS dan PKR serta DAP.
3.setiap bahagian wujudkan kombinasai pasukan tokoh-tokoh yang disingkirkan kepimpinan bahagian yang takut bayangan orang lain untok bantu jentera parti.
.
Elok sangat la tu. Ada cerita tadi semasa minum kat kedai kopi di SP.Ceritanya dan katanya Dato Shafie Afdal pun dah tak tahan dengan duit ringgit diKedah ini.Gunung Jerai pun ranap.Tiba lah giliran Dato Mukhriz.
ReplyDeleteSelama PR memerintah Kedah, tiada perubahan ketara untuk membela rakyat. Sekarang ramai kepimpinan PR terutama PKR dah mula merebut nak jadi ketua cabang, kerana ada peluang nak jadi wakil rakyat. Bila jadi wakil rakyat rakyat rakyat akan diabaikan. Sekarang ni pun amat sukar nak lihat wakil rakyat PR di Kedah membantu rakyat, kalau ada masalah semuanya tolak kepada kerajaan persekutuan. Sepatut bila sudah diberi mamdat kerajaan negeri mesti mengatasi semua masalah, bukannya menyalahkan orang lain, kalau tak sanggup terima masalah rakyat jangan jadi pemerintah.
ReplyDeleteBab UMNO Kedah memang agak kritikal, banyak ketua bahagian masih mengamal stail lama dalam mengatasi permasalahan dalaman parti, sepatutnya ada perubahan drastik supaya rakyat dapat menerima semula UMNO. Manakala puak-puak yang kalah dalam pemilihan UMNO sepatutnya terima kenyataan, jangan dok kacau pentadbiran UMNO. Sepatut masa kini semua kepimpinan samada lama dan baru, kalah atau menang kena bersatu memantapkan UMNO Kedah, tunjukan perubahan barulah rakyat percaya.