Friday, October 15, 2010

Rocky dan Rais mengulangi sejarah ZAM dan GOBLOK.


Di dalam Utusan Malaysia hari ini Rais menyatakan beliau berani kerana beliau berada di dalam pihak yang benar dan bloggers harus diajar.
Menurut Rais bloggers mesti diajar berhemah mungkin kerana selama ini mereka tidak berhemah dan kurang ajar.
Sebelum Rais, Menteri Penerangan dahulu Tan Seri Zainudin Maidin pernah menghina bloggers dengan katanya bloggers itu goblok. Goblok yang membawa makna seperti di dalam kamus dewan ialah bodoh, tolol, bangang,  dungu dan makna yang bersamaan dengannya.
Apabila post-mortem kekalahan PRU12 dibuat ternyata BN amat ketinggalan dalam peperangan media siber. Banyak kawasan yang tewas terdiri dari pengundi-pengundi muda yang sudah jemu dengan ceramah-ceramah propanganda pendekatan Sukarno dan Asri Muda.
Pengundi muda tidak membaca akhbar Utusan dan menonton TV1 dan TV2. Rupa-rupanya goblok-goblok ini ternyata memainkan peranan yang besar.
Bila sudah terantuk baru tengadah. Hari ini hampir semua menteri ada Facebook dan ada Blog. Persoalannya siapa yang GOBLOK dan siapa yang harus diajar berhemah?

11 comments:

  1. Anyway, we just move forward as usual. Rais secara tak langsung juga mempersendakan PM yg juga seorang blogger.

    Kalau PM boleh appreciate kita as blogger yg sedikit sebanyak boleh membantu k'jaan serta rakyat apatah pula c Rais yg hanya tahu menghiburkan rakyat dengan tarian serta persembahan rakyat sahaja.

    Kita teruskan perjuangan mcm biasa dan selebihnya kita lihat apa pula reaksi mereka bro Rocky vs Rais dlm isu ini, pastinya Rais akan melatah lebih ...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kau lembutkan hati PokJIb agar kami dapat merasa bonus tahun ni dan juga kenaikan gaji dan lembutkan hati Big Mama juga agar jangan mencampuri urusan Negara.

    ameen ya Rabal alameen.

    ReplyDelete
  3. alahai drama swasta rtm

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    Ni cek nak habaq mai..Umno terok masa PRU-12 tu takdak kena mengena dengan bloggers dan takdak kena mengena dengan Ta Sri Zam tau! Yang Umno jadi terok adalah disebabkan ketamakan, keghairahan dan pengkhianatan pemimpin-pemimpin Umno muda yang dah tak sabaq-sabaq nak ambik alih tampuk pemerintahan dari pemimpin-pemimpin tua. Tan Sri Zam sendiri tesungkoq bila jentera Umno Sg. Petani pakat boikot. Satu gambaq diapun takdak kat pekan Sg. Petani sehinggalah orang Kerajaan mai dari KL. Masa kempen, ada pulak orang Umno Sg. Petani hello kat penceramah tak bagi puji Tan Sri Zam lebih-lebih. Sampai gitu skali prangai orang Umno ni. Nampak sangat kerakusan depa. Tu yang Tan Sri Zam hangin bila kerajaan bagi kemudahan ICT, orang kita salah guna kemudahan. Crita hak yang bukan-bukan. Kalu nak komen pun bukan tak buleh. Bagilah pandangan yang membina atau kalau betui pemimpin terlibat dengan rasuah..laporlah..tunjukkan skali dengan bukti..tapi kalu main tembak atau serkap jarang..itu bukankah namanya fitnah. Sejak bila pulak definisi fitnah tu termasuk dalam kebebasan bersuara? Baru Tan Sri Zam kata "goblok" pun dah marah bagai nak rak..apa..bila taboq fitnah tu..kita pakat sengih ka? Memang patut pun Dato' Rais marah. Lagipun tak buleh ka kita anggap depa ni pak kita. Dah anak buat tak betui..dah tentulah pak kita marah..betui tak?? Tulong la pakai akai sikit naa!!!

    ReplyDelete
  5. SALAM,
    ORANG2 BERKENAAN NI BOLEH KATA KITA BODOH, PERLU DIAJAR DAN SEBAGAINYA. KITA JUGA, KALAU KITA MAHU, BOLEH KATA MACAM2 LEBIH DARIPADA ITU. CAKAP2 DAN PERBUATAN YANG TIDAK BAIK TIDAK PAYAH KITA BELAJAR DAN TAK PERLU JUGA KITA DIAJAR. TETAPI CAKAP IKUT SEDAP MULUT BUKAN CARA LF. MUNGKIN ADA KEBENARAN ADA BLOGGERS YANG BERSIFAT BODOH DAN PERLU DIAJAR. TETAPI TOLONG JANGAN BUAT GENERALISASI.
    TENGOK NANTI, SIAPA PERLU AJAR SIAPA DALAM PRU 13 NANTI !

    ReplyDelete
  6. Salam Mummy,

    Apakah kriteria utama untuk menjadi seorang Menteri Penerangan Malaysia mesti seorang "goblok" ???

    ReplyDelete
  7. Apo-apo jo lah Rais hoi.

    Sumo Bloggers memang takdo etika.

    Yang ado cumo sorang tu yang dah bakar jambatan lopeh tu naik rakit untuk menyoborang balik.

    Etika sangat la tu. Bosar hemah ehhh

    Bak kato orang kampong. 'Pandai apak kau la'

    Tolobih aja lah tu

    ReplyDelete
  8. Salam Sejahtera Mummy,
    Betoi kata Anom 15.10.10 sebenarnya Tan Sri Zam terperangkap dalam percaturan politik Mahdzir Khalid yang main politik kelolo atau loqlaq.Dia buboh Zam di Sg Petani kerana nak bunuh Zam untuk beri laluan sahabat projek Australia dia di Merbok.
    Akhirnya dengan Kedah pun tersungkur sekali.

    ReplyDelete
  9. Apa hal pula ni, tak bolehkah bawa2 berbincang dimana yang tak kena, Kepada Blogger, kalau kita boleh menegor orang, kenapa kita tidak boleh menerima tegoran dari orang? begitu juga dengan Datok2 Menteri, orang akan lebeh malu dan meng hormati anda seandainya sesuatu masaalah itu ditangani dengan berhemah.

    Yang paling sedehnya sampai melarat hasut dan ugut ajak orang boikot PRK Galas tu apa hal? kan itu menunjukan sifat yang mengutamakan Kepuasa Hati semata2 walaupun terpaksa melakukan Kemusnahan besar.

    Lakukan perjuangan dengan Ikhlas, kalau anda ingin berjuang tanpa mengira siapa anda ..!!

    ReplyDelete
  10. Yang komen menentang rocky banyak hujah berbunyi generic dan klise.

    harap mereka boleh berbahasa inggeris.

    jika boleh, baca balik perkataan demi perkataan dan pahamkan apa mesej utama posting mereka.

    jangan pula nampak hujah yang macam orang tua tak pernah guna computer.

    tentukan dulu adakah apa yang ditulis betul2 salah.

    bodoh kita kalau hanya turut apa pak menteri kata dan buat.

    bukan kita tak tahu pak menteri kita banyak tak boleh dianggap siddeq, amanah tabliq dan fatanah sebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  11. Salam semua...

    Saudara Anon (6:01PM 17/10/2010),

    Ente kata " bukan kita tak tahu pak menteri kita banyak tak boleh dianggap siddeq, amanah tabliq dan fatanah sebagai pemimpin."

    Ini persepsi namanya...mana buktinya.

    Bila Rocky's Bru (RB)sebut nama menteri terbabit dah dikira fitnah namanya. Lain kali kalau nak play safe jangan terang2 buboh nama orang tu. Kita kena tengok cermin dulu sapalah kita jika hendak dibandingkan dengan Pak Menteri.

    Kalau nak ikut cara (RB)yang saudara kata betul tu, habis rosak satu Malaya. Ini baru satu, kalau 1000 orang ikut macam RB?

    Cuba bayangkan yang kena terjah tu bapa atau atok kepada saudara Anon?

    Amacam boleh komen ka!

    Carilah kesahihan atau tunjuklah bukti dulu. Baru orang kata gentlement. Kalau refer dekat SPRM pun kalau stage macam ni...mereka akan kata statement SAMPAH...

    Kalau tak percaya tanyalah mana orang2 kanan SPRM.

    Tak perlu pandai berbahasa Inggeris. Cukup diisi dengan budi pekerti yang mulia. Orang ramai pasti respek gilerr!!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.