Sunday, November 14, 2010

"13 Mei banyak suey...tatak ong....."

Apabila mata pelajaran sejarah akan di wajibkan di sekolah berbagai tafsiran dari semua kaum dan nampak kebimbangan di kalangan sesetengah kaum.

Mungkin kebimbangan ini berkisarkan sejarah itu kelak akan menyebelahi kaum yang mana satu? Kaum mana yang mendapat milage lebih atau kaum mana yang kurang.

Berikut MR postkan articles menarik dari www.merboktimes.blogspot.com
.
13 November, 2010
Najib tidak harus tunduk atas desakan, 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara

Najib tidak seharusnya tunduk dengan desakan sesetengah pihak untuk mewartakan 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara seperti 12 July Hari Keharmonian Kaum yang diraikan di Singapura.

Hakikatnya kekuatan dan keberanian Lee Kuan Yew tidak sama dengan kekuatan dan keberanian Najib. Jika 13 Mei hendak diwartakan sebagai Hari Muhibbah Tun M sudah lama lakukannya.

12 July yang diraikan di Singapura adalah usaha-usaha memesongkan sejarah pembentukan Negara itu sendiri. Rusuhan Melayu-Cina yang berlaku di Singapura pada 12 July 1964 secara kebetulan Hari Maulud Nabi sebaik sahaja Lee Kuan Yew habis bermain golf di Royal Singapore Golf Club.

Lee Kuan Yew telah menyalahkan Utusan kerana menghasut seperti tajuk berita pada 26 Julai yang disiarkan dari laporan akhbar Indonesia “Lee bertanggung jawab terhadap rusuhan Singapura”.

LKY naik angin apabila Syed Jaafar Albar berkata bahawa kejadian itu berlaku kerana ada iblis di Singapura yang melagakan orang Melayu dan Cina. Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar dituduh mengapi-apikan perasaan orang Melayu.

UMNO dipersalahkan kerana meniupkan api perkauman dan kononnya ingin mendapatkan pengaruh politik serta mempergunakan Melayu Singapura untuk menguatkan sokongan UMNO di Malaya.( Lihat Memoir LKY, Kisah Singapura)


Rentetan dari peristiwa ini maka 12 July harus diraikan sebagai Hari Keharmonian Kaum supaya rakyat Singapura sentiasa diingat-ingatkan atau ditakut-takut agar menjauhkan diri dari UMNO dan Melayu Malaysia kerana mereka rasis dan suka kekacauan.

Matlamat utama ialah rakyat Singapura khasnya Melayu juga harus dipisahkan “kiblat” mereka kepada Malaya atau Malaysia. Itulah sebenarnya Hari Perpaduan Kaum tujuan LKY.

Cadangan 13 Mei sebagai Hari Muhibbah Negara yang sebenarnya sudah terlambat kerana suasana politik hari ini berbeza samasekali. 13 Mei amat menakutkan kaum Cina kerana mereka melihat hari itu “banyak suey looooo…” angka 13 “tatak ong…” “unlucky number maaaaa…”.

6 comments:

  1. mr.Apa perlu dan logiknya hendak ditukar akan fakta sejarah !3.Mei itu.Apakah faedahnya diatas pertukaran itu.Sejaraj tetap sejarah.Lagi pun dia bukan rekaan atau ciptaan palsu.Biarlah dia terpahat dalam lipatan sejarah negara kita.Semoga Kerajaan pimpinan dato Najbi tidak membuat kesilapan besar dengam memadamkan fakta sejrah untok di beri wajah baru.

    ReplyDelete
  2. Salam mummy..maaf..ccz baru hari ini dapat nak balas msj dari mummy tentang tips buat sabun..hehehehehe...mummy nak jual ke atau nak buat pakai sendiri...psssttt...mummy ada resepi yang sehebat tongkat ali atau kacip fatimah kah? hehehehehe

    ReplyDelete
  3. CCZ,
    MR pun nak cari la peluang small business.
    CCZ dok makan kacip fatimah ka?

    ReplyDelete
  4. adoiii.....mummy nak jadi tokeh sabun pulak ka...
    tudiaaaa....
    abih semua depa nak balun aihh...
    dari restoran sampai jenama sabun pun ada trade-mark mamak.
    syabas...camtu la rakyat malaysia..
    agak2 la...apa kata mummy buat produk sabun yang bolih memutihkan kulit yang hitam.
    senang nak bezakan mana satu antara mamak dengan sepesis yang satu lagi..
    depa tu bukan mai sekapai dengan mummy ka??????
    saja nak melawak dengan mummy.
    jangan maraah aaaa...

    ReplyDelete
  5. meletakkan perkara 13 mei dibwh lipatan sejarah tanpa cuba menyelak dan mempehalusinya adalah tidak bertanggungjwb. Bangsa yg tidak mahu mengambil iktibar atas kesilapan lampau adalah bangsa yg berterusan membuat perkiraan yg salah setiap masa.

    Sewajarnya 13mei diangkat menjadi sukatan m/pelajaran supaya pelajar blh berbahas akan peri pentingnya sikap bertoleransi dlm negara dan kemampuan minda yg jelas menolak segala bentuk provokasi. Jelasnya supaya kita tidak terjun kedlm lubang yg sama utk kali keduanya.

    -shams-

    ReplyDelete
  6. waspadalah bahawa ramai penceramah dan pemandu pelancong di muzium pun telah mempersembahkan sejarah mengikut pandangan mereka, terutama tentang kedudukan istimewa Melayu dan Islam sebagai agama rasmi

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.