Sunday, December 5, 2010

Langkawi dan Che Det, Che Det dan Langkawi

Mahathir membonceng motorsikal ketika meninjau pembangunan di Langkawi, pada 1994 - Gambar Potret Mahathir
Hari ini di dalam sejarah, Pulau Pinang telah hilang keharumannya sebagai Pulau Mutiara apabila mereka ketinggalan jauh dari segi kemasukan pelancung yang hanya 6 juta pada tahun lepas jika dibandingkan dengan Melaka yang mencatatkan jumlah sebanyak 8.9 juta pelancung.

Ternyata kerajaan negeri Pulau Pinang lemah untuk mengambil sebarang usaha dan initiatif di dalam mengekalkan prestasi Pulau Pinang sebagai pulau  pelancungan yang unggul di rantau ini.

Manakala kemasukan pelancung ke Langkawi yang berjumlah 4 juta pada tahun lepas langsung tidak memabawa apa-apa menafaat kepada tanah besar Kedah. Tidak ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membawa masuk pelancung dari Pulau Langkawi ke Kedah amnya atau Alor Setar khasnya.

Pelancung hanya berlegar-legar dan berbelanja di Langkawi, bandaraya Alor Setar hanyalah sebuah bandar yang muram, boring dan sunyi sepi.

Berita yang terbaru dan pasti hebat ialah Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju menerima pelantikan sebagai penaung Ekspo Pelancongan Malaysia (MTEX) untuk tempoh tiga tahun bermula tahun depan.

MTEX 2011 yang akan diadakan selama lima hari bermula 23 Mei depan di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri Langkawi, Padang Matsirat ternyata akan mendapat sentuhan emas dari mantan PM, Che Det.

Hakikatnya pembangunan Langkawi tidak dapat elak dari sentuhan Che Det dan Che Det juga begitu sentimental dengan pembangunan Langkawi.

Pengaruh dan kuasa jurujual Che Det masih diperlukan supaya Langkawi tidak kembali menjadi padang jarak padang terkukur dan tidak berselerak lagi tersungkur.

Mana-mana juga PM yang cuba mengabaikan dan menidakkan usaha pembangunan di Langkawi semasa Tun M masih ada mereka akan tersungkur. Ini juga merupakan satu peringatan buat DS Najib supaya jangan dianaktirikan Langkawi kerana ini akan menguris hati Che Det.

Untuk makluman, ketika MR bersama-sama Che Det membuat liputan pembangunan Langkawi dahulu, MR kagum dengan Che Det apabila hampir setiap inci, jumlah pokok, ceruk dan denai di Langkawi dan 99 pulau-pulau berhampiran diambil tahu oleh Che Det.

Salah seorang Pengarah sebuah agensi Kerajaan pernah dilenting oleh Che Det kerana menggondol  bukit dan pokok-pokok ditebang sehingga botak tanpa dimaklum pada beliau. Beliau juga pernah menegur apabila air laut di gigi pantai Teluk Datai menjadi merah kerana pembangunan padang golf di situ.

Di dalam salah satu ucapannya beliau pernah berkata “Rakyat Langkawi bukan sahaja mendapat durian runtuh tetapi dengan pokok-pokok durian juga runtuh sekali”.

Itulah Che Det dan Langkawi dan Langkawi masih memerlukan Che Det.

7 comments:

  1. terima kasih mummy...
    lagu tu lah kalau pemimpin yang ada wawasan dan berpandangan jauh...
    pasai padang golf ini...aku kurang faham..pasai pa mesti ada padang golf setiap kali nak adakan pembangunan...
    padang golf ini untuk sapa?
    apa rakyat dapat dari padang golf ini.
    yang dok jadi caddy(aku tak gheti nak sebut benda nih,paling senang sebut kaldai jer)bukan rakyat kita..bangla dan lain pendatang aku tengok yang dok heret menatang kayu golf tu.
    pelancong mai nak main golf ka?.
    tanah luaih2 bolih tanam padi dan buat dusun depa taghah licin pi tanam ghumput.
    padang ghumput tu kalu buat bela lembu elok juga,rakyat untung.
    kalo tanam pokok getah pun ada pekdah untuk rakyat.
    la ni sekerap dok mahai dah.
    pasai pa bukit bukau,utan rimba depa tarah bagi licin ataih nama pembangunan.
    depa lupa,ada makhluk yang terinanya bila ada pembangunan.
    segala beruk,kera dan menatang lein serta flora semua punah.
    la nih gamat pun dah payah,lama2 tinggai "LANG BATU" saja langkawi tu.
    maaf la,bukan tak suka pembangunan cuma cara depa yang aku tak berkenan.

    ReplyDelete
  2. Kenapa nak jemput Madey lagi, bukankah beliau membuka Langkawai tapi sebilangan kecil anak Langkawi yang dapat meratah kemewahannya, sebahagian besarnya pergi ke poket kroni-kroninya. Bagaimana nasib para nelayan Langkawi? Rakyat terbesar Langkawi dulu adalah nelayan ataupun petani. Mana mereka? Banyak berubahke atau masih tinggal di rumah beratap zink atau di rumah murah sempit bagaikan kumuh? Bangunan indah semua untuk pelancong asing atau penjawat kerajaan dari Semenanjung yang datang bermusyuarat mengenai ISO dan kursus BTN. Hero Madey pandai membuka Langkawi tapi untuk siapa? Orang Melayu bangan mesti sokong Madey untuk menyemarakkan lagi industri pelancongan Langkawi.Minta statistik berapa ramai anak Langkawi yang meraih kemajuan Langkawi?

    ReplyDelete
  3. Sebelum 2008 saya pernah ke Langkawi melancong. Memang kagum. Maklumlah first time. Pantainya memang bersih.

    Tahun lepas, maknanya Kedah di perintah oleh PAS, saya ke langkawi sekali lagi mengikut rombongan family day syarikat saya.

    Terkejut saya tengok Langkawi. Apa dah jadi? Apa dah jadi?

    Langkawi ternyata kotor. Pantai yg dulunya bersih, putih kini di penuhi dengan sampah sarap.

    Langkawi sebenarnya tidak di jaga oleh PAS Kedah.

    Satu lagi, pasal Langkawi, arak di jual merata-rata walaupun ianya utk pelancong barat tapi aku tidak bersetuju sama sekali. Kalau nak jual maka orang Islam mesti di larang menjualnya.

    Che Det tolong yg ni.

    ReplyDelete
  4. hahaha..siapa kata org langkawi tidak mendapat limpahan ekonomi dari pembangunan langkawi!!rupanya ada org jumud masih menyalahkan org2 tertentu yang dpt mengaut keuntungan!! pakai otak bkn lutut!! cuba ckp di dunia ni negara mana yang rakyatnya mahu kerajaan yang mengatur hidupnya??semuanya mahu diberikan oleh kerajaan!!klu boleh semua nak FREE!! bodoh!!

    ReplyDelete
  5. Madey bukan melayu pun.

    ReplyDelete
  6. Jelas Mummy, rakyat Kedah hanya mempunyai seorang pemimpin yg benar-benar pemimpin! Cuma seorang sahaja Tun Det.

    Rasa saya kesalahan Tun Det ialah tidak dapat meng'kader'kan pemimpin muda yg lebih kaliber dari kesemua Ketua-ketua Bahagian UMNO Kedah sekarang. Mungkin dalam waktu Tun Det menjadi PM, beliau sangat sibuk dgn agenda membangunkan negara dahulu. Kedah ditinggalkan kepada Pak-Pak Syed kemudian Pak Man, Pak Sanusi dan seterusnya .......tidak ingin saya sebut (sebab tak layak jadi pemimpin).

    Kita lihat kreteria pemimpin adalah dgn cara beliau bertindak dan kematangan beliau melihat ke depan. Langkawi adalah 'manifestation of business minded' Tun Det. Dari pulau tidak ada apa sehingga sekarang. Saya tidaklah menyokong seratus-peratus konsep 'resort' ala Malaysian-Chinese tu tetapi setidak-tidaknya ada sesuatu yg dilihat kemajuan. Rasanya banyak lagi yg boleh dibuat di Langkawi. Menghijaukan keadaan gondol Langkawi dan membangun 'green' hotel supaya lebih alami seluruh penggunaan tenaga dan bahan buangan dari operasi hotel tadi. Saya rasa rakyat Langkawi boleh memberikan tauladan berguna kepada masyarakat Dunia tanpa melibatkan perbelanjaan berjuta-juta Ringgit! Juga dgn kos yg rendah ianya dapat di manafaatkan oleh seluruh golongan rakyat Malaysia tidak hanya untuk pelancung luar negara sahaja.

    Seterusnya Alor Setar patut mengambil inisiatif 'green' hotel atau apa-pun kearah 'green environment' supaya ianya unik dan hanya di Kedah sahaja prasana 'green' ditawarkan. Maksub saya tidak semuanya berkisar dgn bisnes perhotelan sahaja!

    Kalau Mummy bicara Alor Setar sunyi sepi boring...? Sebenarnya itulah 'tranquility" yg tidak ada di tempat lain. Cuba Mummy ke Bali. Di sana tempat resorts adalah di kawasan tepi pantai setiap (boleh dikatakan) pantai. Tetapi kalau mahu yg 'private' yg termahal (boleh menjangkau USD15,000 per hari) adalah 'boutique resort' di tengah-tengah sawah padi! Hairan saya orang Kedah (seharusnya pemimpin Kedah) tak pernah terfikir kah? Kalau 'business visit' atau 'work visit' ke Bali dah banyak kali dilakukan tetapi tidak diambil yg baik cuma yg tidak baik kot?

    ReplyDelete
  7. KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA
    LANGKAWI PERMATA KEDAH
    hancurnya langkawi kerana maksiat yang ditinggalkan oleh pemimpin
    UMNO/BN..BARANG NAIK...rakyat di
    perbodoh!!!kerana melayu suku
    mentalnya..eee.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.