Tuesday, December 14, 2010

Melayu tidak lekeh lagi


Dua acara besar yang menjurus kepada pembangunan ekonomi orang Melayu bawahan di penghujung “wrapping up” 2010 ialah MAHA 2010 di Serdang dan Showcase SDSI 2010 di MITC, Melaka.

Kejayaan MAHA telah banyak diperkatakan dan blog Che Det juga memuji kejayaan MAHA pada tahun ini. Tahniah pada Tan Seri Muhyiddin Yasin, pelopor awal MAHA semasa beliau menjadi Menteri Pertanian.

Di sini MR ingin menyentuh Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI)2010 di mana MR dijemput membuat liputan.Pameran 3 hari ini disertai seramai 570 usahawan dan jabatan yang berkaitan pembangunan usahawan mewakili setiap daerah dalam Malaysia.
Negeri Kedah telah mendapat tempat pertama pemenang keseluruhan SDSI 2010 dengan meraih hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 dan kemenangan ini merupakan kali kedua berturut-turut mereka memenanginya.

Usahawan-usahawan yang mewakili negeri Kedah ialah D’Cinda Enterprise (produk kertas buatan tangan yang dihasilkan dari jerami padi), HR Marketing Sdn Bhd (produk susu kambing HiGoat), Ambang Dorongan Sdn Bhd (kueh frozen cucur badak), Tobiar Gold Industri (minuman mangga), Batik Merbok Sdn Bhd (batik nusantara), Wawasan AMS Enterprise (kerepek serunding), RBW Collection (sulaman), Homestay MADA Pulau Pisang dan agensi seperti FAMA dan MADA.

Apa yang menarik perhatian ialah tempat pertama kategori makanan telah di menangi oleh Ambang Dorongan Sdn Bhd yang menghasilkan frozen cucur badak berjenama Nani’s.

Nanis (http://nanis.com.my) yang memulakan perniagaan pada tahun 1996 secara kecil-kecilan membuat cucur badak kini telah berupaya mengekspot cucur badak mereka sehingga ke Timur Tengah dan England.


Duhulu Melayu pernah diperlekehkan “lu balik kampong tanam ubi laaa…..” kini nyata bukan lekeh lagi. Malah menurut pengusahanya En Nan, hasil dari permintaan ubi keledek yang tinggi untuk membuat cucur badak beliau terpaksa membawa masuk ubi keledek dari negara jiran.

Satu lagi pengusaha ialah HiGoat oleh HR Marketing yang mengusahakan powder susu kambing. Susu kambing yang satu ketika dahulu tidak ramai mengemarinya kerana hamis kini menjadi permintaan yang tinggi dan dibeli dari gembala-gembala kambing di Kuala Nerang dan sekitarnya.

Jualan bulanan mereka telah mencecah jutaan ringgit (angka tepat yang ditunjukan pada MR tidak dapat dicacatkan atas permintaan mereka) dan “the spill over” dari kejayaan ini juga telah memenafaatkan ekonomi Melayu luar Bandar.

Inilah diantara secebis contoh kejayaan mikro yang menjurus kepada pembangunan ekonomi Melayu di peringkat bawahan yang sebenarnya. Kadangkala kita sering dibuai mengejar projek jutaan dan billionan ringgit seperti mengapai awan dilangit dan terlupa bahawa pengusaha kecil kampong yang pernah dahulu diperlekehkan kini lebih hebat, bermakna dan menyentuh rakyat di bawah jika betul-betul diberi peluang dan bimbingan kepada mereka.

TAHNIAH SDSI KEDAH!

3 comments:

  1. salam..
    benar tu mummy...ada keluarga saya yang terlibat dalam membekal susu kambing secara kecil-kecilan pada syarikat ini.
    nak besarkan projek ternak kambing pun payah la ni...tanah kawasan padang sanai banyak dimiliki TRADE WIND..untung la depa meniaga ataih angin...
    lagi satu mummy..kat kola nerang ada "RUMAH MADU".milik FAMA.
    minta mummy wat sikit promosi..
    rasanya ini saja satu2nya rumah madu asli kat malaysia(yang lain tu lebah peliharaan).
    madu lebah tualang yang dipungut olih orang kampong daerah PDG TERAP dan SIK dibeli olih FAMA dan dipasarkan(botoi dia lawa dan menarik).
    cuma yang tak baguihnya...susah sangat nak dapat madu keluaran FAMA ini dikawasan lembah klang.
    saya terpaksa ke GIANT BATU CAVE(pejabat FAMA dekat area tu) kalo nak beli madu TUALANG asli ni.
    mungkin pegawai FAMA pikiarq tak payah buat marketing teruk2 pun depa dapat gaji.
    itu pun produk orang kampong yang seharusnya diberi perhatian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Mummy kerana promo kami semua.
    Untuk makluman Mummy Datuk Mukhriz cukup support kita semasa lawatan dia di booth kami.
    Terima kasih pada Datuk Mukhriz.

    ReplyDelete
  3. Dan lagi tuu...besa...besa...besa...!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.