Wednesday, January 5, 2011

Siapa gerangan yang terlibat dengan wang "kickbacks" US$700,000 projek TM?

US Securities and Exchange Commission (SEC) dan Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini telah menerbitkan dokumen menyatakan bahawa pembekal peralatan telekomunikasi Alcatel Lucent SA telah merasuah perkerja Telekom Malaysia Bhd sebanyak US$700,000 untuk memenangi kontrak US$85mil alatan telekomunikasi antara tahun 2004 dan 2006.

SEC juga menyatakan bahawa pengurusan Alcatel’s Malaysia telah meluluskan bayaran ini kepada dua syarikat perunding dengan bayaran sebanyak US$200,000 dan US$500,000 melalui akaun bank AS konon untuk penyelidikan pasaran.

Inilah amalan kes makan komission untuk membuat bekalan bertanding di dalam politik. Apabila nampak isu akan meletup maka pakat-pakat nak cabut lari. “Mana mau lari?” “Mau pergi study atau PAS juga cari?”.
Jawatan yang disandang menjadi tidak aman lagi untuk di pertahankan dalam PRU yang akan datang. Tidur tidak lena mandi tidak basah.

Tunggu dan lihat apa kesudahannya. Jeng..jeng...jeng.

5 comments:

  1. correction ..its Alcatel Lucent and not Nokia....kene betulkan..silap2 nti mummy lak kene saman kat nokia hehehehe

    ReplyDelete
  2. Thanks Mrkolumpo, nasib baik hang jadi legal advisor Mummy no...

    ReplyDelete
  3. http://uncleseekers.blogspot.com/2011/01/komisen-rm18billion-dari-rm125billion.html

    http://uncleseekers.blogspot.com/2011/01/komisen-rm18billion-bhg-2.html

    kita tengok siapa yang kena.......

    ReplyDelete
  4. Kalu yang disangka itu tidak mesra dengan kepimpinan UMNO maka nasib malanglah beliau, jika sebaliknya maka berita ini akan jadi kecoh di alam maya saja. Percayalah!
    Sekarang apa-apa tindakan tersilap besar di segi undang-undang oleh sesiapa saja baik ikan bilis atau nankonda jika tidak mesra atau kow-tow dengan kepimpinan sakti UMNO , malang baginya. Jadi mungkin Dr Noresah terselamat tapi KJ mungkin sangkut selagi dia tidak dilihat sebagai pencabar kepada kepimpinan UMNO

    ReplyDelete
  5. Saya dengan rasa amat pedih untuk menerima kenyataan coretan yang dibuat oleh anom 9.12 am.

    Sukar untuk dinafi, melainkan kita sanggup berselindung disebalik jari kelingking!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.