Monday, February 28, 2011

Panau dan kurap dalam UMNO belum habis dirawat

Apa yang menarik dalam PRK Merlimau ialah, sebelum keputusan menang atau kalah ia telah mengajar pemimpin UMNO awal-awal lagi apabila Wanita Bahagian Jasin ingin memboikot PRK itu.

Menyingkap kembali selepas beberapa hari kematian ADUN Merlimau,Shahrizat Jalil terus membuat kenyataan agar pucuk pimpinan tertinggi UMNO meletak calun wanita di Merlimau dalam PRK.

Apabila kenyataan sebegini dibuat mendahului Presiden dan Timbalan Presiden Parti ia telah meletak harapan yang tinggi kepada Ketua Wanita Bahagian berkenaan untuk bersiap-siaga bersolek maklumlah... bakal menjadi calun seterusnya menjadi wakil rakyat dan bergentanyangan dengan ‘title’ Yang Berhormat.

Sebaliknya apabila Tan Seri Muhyiddin Yasin membuat pengumuman bahawa calunnya bukan dari kalangan wanita, Ketua Wanitanya Zaleha Bujang merasa tersinggung kononnya barisan atasan tidak pernah dengar dan pedulikan suara Wanita.

Mereka mula membandingkan keterbukaan pembangkang, apabila PAS meletakkan calon wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang baru-baru ini. Maka begitu mudah UMNO masuk perangkap PAS.

Kerana malu tidak dipilih, Wanita UMNO Jasin bertindak ingin memboikot PRK dengan menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya kerana berasa keciwa dengan keputusan pucuk pimpinan apabila tidak memilih beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Insiden ini seharusnya tidak dianggap insiden terpencil oleh UMNO, jika tidak dirawat dengan segera ia akan berlaku dalam skala yang lebih besar semasa PRU13 yang akan datang. Kerana kegilaan untuk jadi YB dalam UMNO telah mencecah tahap maksima.

Nampaknya panau dan kurap di dalam UMNO masih tidak habis dirawat. Gelembung-gelembung politik UMNO hanya seperti buih di tengah lautan, nampaknya banyak tapi mudah pecah.

Mala petaka yang mereka hadapi dalam PRU12 yang lepas nampaknya tidak mengajar mereka.

6 comments:

  1. zanzan said.....

    perlu diingat puluhan ribu ataupun ratusan ribu wang telah dihabiskan semasa pimilihan parti,setelah mendapat tempat di dalam bahagian maka cita2 tinggi mengejar glamour pun bermula, mulai tanam impian yang kuasanya ditangan penuh ketua parti,pimpinan tertinggi parti sudah tentu mempunyai data-data yang terperinci soal pemilihan calun,hanya individu2 yang memasang impian sahaja yang tidak tahu perkara tersurat lagi tersirat,
    begitu juga yang berlaku kpd PKR,dimana pemilihan jawatan parti mereka penuh dengan tipu helah memenangkan kroni2 untuk di calunkan pd pru13 nanti,dunia politik skrg dipenuhi dengan kejaran glamour dan kedudukan yang tiada kesudahan

    ReplyDelete
  2. Salam MR..jangan gusar.
    Biasanya kemarahan sebegitu sekejapnya.
    Kami Wanita Umno selalunya bertaut kembali cepat2 dan terus berjuang memastikan calun BN yang dipilih menang dengan cemerlang.

    Jangan dengar daripada pihak yang tak putus2 hendak mematahkan semangat kental nama baik soldadu2 Wanita Umno dalam PRK Dun Merlimau.

    Wanita Umno dimana2 Dun adalah sayap kuat yang sentiasa boleh diharap..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. apabila hidung tersangkut kat dahan mana ada masa nak tgk bawah........ bila dah jatuh barulah teringkat kat bawah................................MELAYU MUDAH LUPA..>.>....>>.>..

    ReplyDelete
  4. MR.selalu nya yang suka buat perangai boikot ini ketua pemuda.Rupanya ketua wanita pun jadi juga.Nasib baik ketua puteri belum geli lagi nak jadi YB.Bapak Najib kena tegur atau ketuk kepala Sharizat sikit.Jangan main tembak-tembak.

    ReplyDelete
  5. Itu antara penyakit yang masih kekal wujud dalam UMNO yang sukar diubati....biasanya orang pertengahan lebih mendahului pucuk pimpinan dalam membuat sesuatu kenyataan [bukan buat kerja..kalau buat kerja bestlah]...ni antara punca calon-calo UMNO kalah dalam PRU ke-12 lalu...bila kecewa...depa boikot..depa sabotaj...puas hati kalau calo sendiri tumbang...apa depa dapat...hanya kepuasan...hilang kuasa/hlang kerusi tap apa...janji depa kalah...yang boikot..yang sabotaj dapat apa.....Ketua PW Jasin kena jawab dan Ketau PW Pusat juga kena jawab....apakah PW UMNO perlu menyertai semoga ada di kalangan wanitanya akan terpilih sebagai calon.......insya-Allah....buatlah wahai Wanita UMNO untuk mencari kepuasan hati......wanita

    ReplyDelete
  6. Begitu juga terjadi didlam PR..mula2 nak dinamakan org PKR utk bertanding..tetapi dibatalkan lalu dibagi pada org PAS..!!Tapi calon PAS tetap diamik yg recycle..ala..tlg la..carila muka baru..wtpe nak diamik lagi muka yg dah tewas 2 kali.....!skrg ni dah nmpk ada yg tidak puas hati..dimana org2 PR tidak turun padang membantu berkempen..terutam pengerusi DAP sendiri..dimana dia sendri lebih suka melancong dari menolong org sendiri..
    kesian..kesian..kesian..

    dah nmpk x puas hati org3 PR ni...x pyah nak tipu la...

    wu di

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.