Thursday, February 24, 2011

Parti anutan Bob Lokman pandai mengambil kesempatan

Kata Mat Salleh “in any crisis there is always an oportunity”. Begitu jugalah dengan PAS. Apa sahaja krisis yang berlaku di dunia ini yang pasti tu adalah peluang untuk mereka exploitasikan demi kepentingan politik mereka.

Nama Islam pun dipergunakan, Anwar Ibrahim pun ditonggang-tonggenya malah yang lebih sedih penderitaan mangsa Memali pun diperkudakan sepuas-puasnya tanpa ihsan dan belas kasihan. Tabung mangsa Memali ribuan ringgit yang dilkutip atas derita darah, peluh dan airmata diselewengnya sehingga kaum keluarga IbrahimLibya papa kedana.

Maka tidak hairanlah kemelut krisis politik Mesir menjadi bahan politik mereka seperti yang dibidas Mukhriz dalam Sinar Harian 24/2/2011."Krisis Mesir : Mukhriz bidas sikap PAS"

Mereka mengaitkan krisis politik di Mesir dengan situasi politik di Malaysia kerana pemimpin-pemimpin mereka cetek dengan ilmu politik antarabangsa. Kalau mereka tahu pun mereka akan memutar belitkan fakta di hadapan penyokong-penyokong mereka yang rata-rata dari luar bandar. Sama jugalah seperti mereka memutar belitkan ayat-ayat Quran untuk kepentingan politik mereka.

Semoga dengan “Islamnya” Bob Lokman di dalam PAS, beliau akan menjadi agen perubahan dengan menarik lebih ramai rockers, black metal dan gay kembali ke pangkal jalan dan tidak menjadi keldai tunggangan PAS.

14 comments:

  1. bukankah bob lokman itu kawan rapat aziz putera? bagaimanakah boleh jadi begini,agaknya dah kecewa dgn aziz putera?????
    memali,oh memali,cgu non adalh pejuang tulen memali,org2 luar PAS hanya menggunakan memali sebagai keldai tunggangan shj,hari ini kami dari kg memali dan sekitar disini semua dah sedar tentang apa sebenarnya perjuangan pas tak lebih dari hipokrit,semua yang umno buat adalah haram manakala apa yang dibuat pas semuanya halal-petikan kata2cgu non,termasuk yg terjadi kpd mangsa memali,
    hari demi hari kami menunggu agar kedah dikibarkan dengan bendera hudud tuntutan agama islam tapi malang sekali persefahaman/perjanjian syaitan (seperti zul nordin sebut) bersama pakatan pembangkang melunturkan sama sekali perjuangan islam kami,
    PAS kini menunggu masa sahaja dilaknat ALLAH dengan menaikan harga air di kedah, yang depa tau hanya naikan harga,tak fikir orang2 kampung nak hidup, bukit2 telah botak diambil pokok2 hata pokok2 kecil juga dikebas, moga2 bob boleh melawat negeri jelapang padi ini dan bolh bejumpa dgn kawan lamanya

    ReplyDelete
  2. Bob ni org kelantan..besa lah org kelate..pi mai pi mai cari org kampung depa juga..!!

    ReplyDelete
  3. Halo makcik..ape yg kome merepek nihh?? Bagi kome, cintakan Rosmah lebih baik dari cintakan golongan pejuang agama.

    ReplyDelete
  4. Heboh dan sibuk sungguh Bob masuk PAS.
    Apa pun beliau harus menyedarkan golongan muda akan banyak kepincangan yang berlaku dalam negara agar anak muda tidak lena dan bangkit menuntut perubahan cara aman, jika tidak nanti jadi macam Libaya, si gila Gaddafi tu akan menembak dan melalut mempertahankan ibu pertiwinya walaupun selama 42 tahun telah membangankan rakyat Libya dengan Islamnya, jamahariahnya(masses), buku hijaunya dan sosialisme Islamnya. Gaddafi dan kroninya dah sebat berbilion dolar hasil minyat dari perut bumi Libya.
    Bob you kena ada analisis sosial dan ekonomi untuk menjelaskan rakyat kita sedang dikenakan ke atas rakyat majoriti seperti korapsi, keadaan penempatan yang tidak selesa, brutaliti polis, penipuan dalam pilihanraya dan banyak lagi( ada mirip sikit dengan Mesir, Tunisia atau Libya. Tak tahulah jika Bob boleh huraikan secara seni. Jangan guna agama kerana agama tak boleh kupas melainkan untuk mendapat sokongan.
    Kalu Bob gagal tak payah masuk politik nanti kasi orang lain hentam sama lu. Perkasa nanti bagi sama lu tau yang you ini sudah tak betul walaupun you sebenarnya adalah betul.Ingat orang UMNO akan putuskan tali hayat atau sumber kewangan tuan.

    ReplyDelete
  5. hudud? al-quran atau parti?

    ReplyDelete
  6. Semoga lebih ramai jenama peliwat atau kena liwat terjun dalam raga PAS.

    ReplyDelete
  7. Mami, dulu2 bila baca komen u, nampak mcm org umno ada juga yg rasionalnya..tapi le ni dah biol balik..especially the first para of ur writing..sakit hati betul kat PAS ye.. I rasalah apa yg u tulis tu kena sebijik2 juga kat Umno,...bab2 ambik kesempatan ni, umno lg terer

    ReplyDelete
  8. Anom,
    Dari awal MR adalah non-partisan kalau tak kena kehendak rakyat MR akan bercakap.

    Tq

    ReplyDelete
  9. Kedah naik harga air sikit..kau terfikir ramai orang miskin dan orang kampung. Bila harga minyak,gula,minyak masak,tepung dll naik harga..kau tak terfikir ke ramai orang kampung/miskin yang semestinya orang MELAYU terpaksa tanggung beban dan kehidupan menjadi lebih tertekan..bila semua barang2 ni naik harga. Kau tak fikir ke haa?? Jangan Hipokrit. Cakap pakai la otak yg Allah dah kurniakan.

    ReplyDelete
  10. Salam Mami,
    I rasa salah u sebut 'kalau tak kena kehendak rakyat' tu sebab in ur context rakyat tu mcm condong kat UMNO je. Penyokong PAS bukan rakyat ke kat Malaysia ni? Bob Lokman tu tak termasuk ke apa yg dikatakan 'rakyat' tu dan dia dikecam because he has his own way in deciding what he wants.. Camana tu, ye mami?

    ReplyDelete
  11. Boleh tak mami bagi contoh ayat Quran mana yang PAS putar belit? Kalau mami pun tak faham sgt dgn ayat Quran ni, eloklah mami jgn buat fitnah. Fahamkan betul2 ayat Quran tu ikut context yg betul. Jgn terpengaruh dgn ckp2 org Umno yang tak nak mendalami Quran lepas tu tuduh orang lain putar belit Quran. Marilah kita cari kebenaran dengan berlapang dada..ini sebab Bob Lokman jadi ahli PAS pun dah sempit dada.

    ReplyDelete
  12. mummy. i respect your writing.

    saya tak nak komen apa2. tapi satu soalan saya nak bagi, pukul 830 malam kalau diberi pilihan, mummy nak ikot orang ke masjid sembahyang isya' jemaah ke atau mummy nak ikot orang ke majlis dinner yang malam yang glam dan meriah sekali?

    tepuk dada, tanya selera. :)

    saya pon bukan baik.

    ReplyDelete
  13. salam..harap penulis blogger ini faham erti perjuangan dan mengetahui isi hati saudara bob lokman itu sendiri...layari youtube, search for 'perjalanan hidupku' bob lokman...sudah banyak kita tertinggal dalam hidup ini, ingat, hidup di dunia sementara, jgn di akhirat merana...fikir2 fikir kan lah...

    ReplyDelete
  14. Berdakwahlah sebaik-baiknya Bob tapi bukan dengan cara menyebut-nyebut dan menghina seorang demi seorang seolah-olah anda sudah berada amat mulia dan selesa bila berada dalam PAS. Apakah orang yang diluar parti PAS itu sudah pasti tidak dekat dengan agama... tidak kenal penciptanya, jauh dari syurga? Syurga milik orang PAS sahajakah? Lagi satu, tolonglah rapikan keterampilan diri anda supaya nampak kemas dan rapi supaya imej Islam nampak bersih dan terjaga.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.