Sampai bila Pehin Seri Mahmud Taib ingin menongkat langit memegang jawatan Ketua Menteri Serawak? Inilah yang selalu menjadi tanda tanya pemerhati-pemerhati politik atas pagar.
Hendak ditegur takut pula terguris hati dan perasaan, jika tidak ditegur bimbang pula nanti tempias teori domino Asia Barat berjangkit di Serawak. Itulah situasinya sekarang.
Pehin Seri dilahirkan pada tahun 1936, berumur 75 tahun masih segar bugar dan bertenaga. Jawatan yang dijawat sekarang bermula dari tahun 1981 ketika itu berumur 45 tahun ini bermakna sudah 30 tahun. Lama gillla tu……
Jika ditanya beliau, bukanlah hasrat beliau ingin menongkat langit tetapi “successor” beliau masih belum bersedia. Beliau sentiasa sedar bergayut terlalu lama memegang tampuk kuasa yang berlegar-legar sesama keluarga dan sahabat handai bukanlah amalan demokrasi yang sihat.
Tetapi apakan daya, mentadbir sebuah negeri yang bermacam ragam kepelbagaian ethnik, budaya, bangsa, suku dan kaum seharusnya diwarisi oleh pemimpin yang bijak, berwibawa dan boleh diterima oleh semua kaum.
Apa juga pandangan, apabila tiba masanya tidak dapat tidak beliau nescaya akan mengumumkan siapa "successornya" seperti kenyataan beliau kepada Bernama pada 17 Mach 2005:
KUALA LUMPUR, March 17 (Bernama) -- Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, the longest serving state government leader in the country, last night said he has identified the person who will succeed him when he retires.
However, he did not name the person or mention the date of his retirement.
"I can't tell," said Abdul Taib, who has headed the Sarawak government since 1981, when interviewed in the "60 Minit Bersama Menteri" (60 Minutes With The Minister) programme aired by RTM's TV1.
Seharusnya diingatkan kepada seluruh pemimpin muda Sarawak hari ini bahawa orang tua jangan ditegur sembarangan, takut merajuk membawa diri seperti lagu “Sayang Sarawak Sungainya Sempit” :
Sayang Sarawak sungainya sempit, Berbuah nenas lamun-lamunan;
Hendakku bawa perahuku sempit, Tinggallah emas tinggal junjungan.
Pantang sekali ditegur di hadapan isteri yang muda jelita dan bergetah. Egonya mudah terangsang.
“Siapa kata aku tua? Im big, strong and friendly you know……”.
Ibarat santan makin tua makin pekat, makin likat, makin melekat dan makin hebatttt.
Thursday, March 31, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Ustaz Azizan harus menggerakkan penubuhan "Gerakan Kedah Merdeka"
Tun Daim mengakui bahawa MB Kedah DS Ustaz Azizan seorang yang baik, mesra dengan rakyat dan ikhlas. Cuma orang Kedah kerugian kerana memilih PAS memerintah dan Kedah miskin kerana tidak mendapat pertolongan Kerajaan Persekutuan.
Kenyataan ini seperti menunjukkan Kerajaan Persekutuan menghukum rakyat Kedah kerana mereka memilih PAS. Marahkan nyamuk kelambu dibakarnya.
Inilah akibatnya apabila rakyat bangun bersuara menghukum UMNO dan BN kerana kesombongan dan keangkuhan mereka semasa berkuasa, hari ini mereka bakal menjadi rakyat miskin, merempat dan melarat.
Respon kepada kenyataan Daim itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk mengagihkan kemakmuran Negara ini kepada semua negeri.
“Tak perlu ungkit perkara ini, sebab itu tanggungjawab Pusat sebagai negara persekutuan. Jika mereka enggan salurkan bantuan, dan mahu negeri bawah PR cari dana sendiri, bermakna kita boleh isytihar Kedah keluar daripada Malaysia, tubuh pasukan keselamatan sendiri dan tadbir sebagai sebuah negara,” kata Ustaz Azizan.
Apa kata rakyat Kedah sambut cadangan Ustaz Azizan ini dengan menubuhkan “Gerakan Kedah Merdeka” seperti “Gerakan Acheh Merdeka”?

Monday, March 28, 2011
Daim dah mula berani dongak kepala
Dua hari berturut-turut di dalam Utusan Malaysia 28/3/201 Daim dan Mingguan Malaysia 27/3/2011 Daim wawancara menyiarkan wawancara Daim Zainudin.
Tidak seperti wawancara yang sebelum ini di mana Daim hanya menjawab soalan dengan jawapan yang pendek-pendek, kias-mengias seperti tidak berminat atau tidak bersungguh.
Sebaliknya wawancara kali ini dijawabnya dengan panjang lebar, penuh bertenaga seperti pengantin baru kahwin.
Apakah yang menyegarkan Daim?
Mungkin Daim sedkit kembang jubur apabila Tun Mahathir di dalam Memoirnya “A Doctors In The House” telah menjulang beliau dengan mendedikasikan satu "chapter 39" sebanyak 11 ½ mukasurat melambung nama beliau.
Tidak mustahil juga Daim telah mula nampak kebangkitan DS Najib yang bakal membawa kemenangan besar dalam PRU13 yang akan datang maka keyakinan beliau dengan wang yang dilaburnya akan beranak-pinak dalam negara ini.
Ini berikutan telah nampak putik-putik kehancuran makhluk persosak bangsa, Pak Sheikh akan menjunam dan hanyut dilambung gelombang "Tsunami Video Sex" dan BN akan mula kuat kembali.
Malah menurut sumber, Daim bersemangat kerana mungkin beliau juga telah menonton Video Sex yang telah didedahkan oleh sahabat karib beliau Datuk Shuib Lazim. Melihat kesahihan pelakon itu maka Daim yakin pelakonnya akan hancur seperti debu berterbangan di ruang angkasa.
Apapun generasi muda seperti MR hari ini sedang menunggu giliran memoir Daim pula, seperti kata Daim “Ramai yang bertanya dan menunggu memoir saya”
MR ingin mengetahui bagaimana saham-saham di pasaran saham dimanipulasi oleh Daim ketika itu seperti cerita Hollywood "Wall Street, Money Never Sleep" dan kemana gerombolan-gerombolan manusia mahakaya yang telah dicipta oleh Daim hilang sekelip mata seperti Tajudin Ramli, Halim Saad, Azmi Hamzah, Sam Abu Hasan, Amin Shah dan ramai lagi.
Daim seharusnya mendedahkan di dalam memoir beliau perhubungan beliau dengan Lee Kuan Yew yang tersurat dan tersirat, siapa menggadai dan siapa yang tergadai.

Sunday, March 27, 2011
Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum beliau menonton video tersebut
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks merupakan perbuatan tidak bermoal.
Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.
Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit -kerana ia dilaporkan oleh ¬semua media massa di negara ini.
“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral” kata Nik Aziz (Sinar Harian)
Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya? Nik Aziz seharusnya menonoton dahulu video tersebut sebelum memberi kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.
Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.
Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.
Apapun masa akan menentukan segalanya.

Thursday, March 24, 2011
Tayangkan Video Sex terkini di pawagam utama supaya rakyat dapat melihat siapa pelakonnya
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne dan Presiden Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet), Khairul Anwar Othman elah membuat lapuran Polis terhadap trio 'Datuk T' atas kesalahan membuat tayangan serta menyimpan rakaman video lucah di Seri Carcosa Negara Isnin lalu.
Laporan tersebut menuntut bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim ditangkap kerana kesalahan menyimpan dan mempamerkan rakaman video lucah.
Hakikatnya mereka telah mengakui bahawa video tersebut memang lucah walaupun mereka sendiri belum melihat sejauh mana kelucahan pelakon video tersebut kerana video tersebut masih lagi berada dalam tangan trio “Datuk T”.
Apa yang mereka harus lakukan ialah mendesak pihak berkuasa di bawah mana-mana peruntukan undang-undang negara ini supaya video tersebut ditayangkan secara meluas di RTM, TV3 atau Astro untuk memastikan memang video tersebut lucah yang melampau.
Atau mungkin jika kelucahannya keterlaluan sehingga 21sx keatas ianya hanya perlu ditayangan kepada orrng-orang dewasa di pawagam-pawagam utama bandar-bandar besar Negara ini.
Biar rakyat sendiri menilai sejauhmana hebatnya aksi pelakon video tersebut sehingga ia boleh dicalunkan di dalam kategori anugerah Pelakon Lelaki Terbaik abad ini mengalahkan pelakon Hollywood Tom Cruise you...

Sunday, March 20, 2011
Karpal Singh telah berjaya menghalalkan yang haram
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Sigh menarik nafas lega apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mula berlembut dengan isu penjualan loteri di negeri tersebut.
Karpal berkata, beliau gembira dengan hasrat Mursyidul Am Pas itu hendak mengkaji semula pelaksanaan undang-undang baru yang dibuat Kerajaan Negeri Kelantan.
Yang sebenarnya Tok Guru Nik Aziz tidak perlu tunduk dengan tekanan dari Karpal Singh kerana ini akan menampakkan Islam sangat lekeh dan mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang anti Islam.
Ternyatalah hari ini pengaruh Karpal begitu kuat apabila telah berjaya menghalalkan hukum Islam yang ternyata haram.
Mungkin dunia akhir zaman maruah Islam bukannya digadai oleh Mat Rempit tetapi telah digadaikan oleh Tok Guru.

Thursday, March 17, 2011
DISIPLIN DAN KETABAHAN BANGSA JEPUN DIWAKTU KRISIS - “THE SOFT POWER”
AP |
Stesyen-stesyen TV di seluruh dunia telah menyiarkan rakaman gelombang Tsunami yang telah meranapkan rumah-rumah mereka, tanah-tanah diratakan dan kenderaan-kenderaan mereka dilambung badai gelombang tak ubah seperti kereta-kereta mainan kanak-kanak, terdampar kebingungan dalam satu lanskap yang ganas.
Di sebalik peristiwa itu liputan-liputan juga telah memaparkan sikap mangsa yang tenang mencari-cari orang-orang yang tercinta serta beratur menunggu keperluan asas. Tidak ada tanda-tanda perebutan, kekerasan dan wajah bengis bahkan masing-masing berbaris di kedai yang separuh kosong.
Long que for water |
Banyak entri dalam blogosphere berbahasa Inggeris telah membicarakan tentang bangsa Jepun sebagai satu bangsa yang tabah. Bayangkan bagaimanakah sikap, reaksi dan perangai bangsa-bangsa di negara Barat jika bencana sebegini menimpa mereka.
Profesor Universiti Harvard, Joseph Nye mengulas bahawa bencana ini bakal menterjemahkan "soft power" Jepun - istilah yang beliau ciptakan untuk menggambarkan bagaimana sesuatu bangsa itu mencapai tujuan mereka dengan tampil lebih menarik bagi orang lain.
Que for petrol |
"Walaupun tragedi ini sangat besar, peristiwa yang menyedihkan ini menunjukkan ciri-ciri pekerti yang sangat menarik dari Jepun di mana dengan ini akan mengukuhkan lagi kuasa lembut mereka," kata Nye menerusi email AFP.
"Selain dari rasa simpati, peristiwa itu juga menunjukkan bagaimana masyarakat yang berhemah dan bersopan bersiap berhadapan dengan bencana sebagai contoh kepada negara moden lain berserta menangani dengan tenang dan tertib," katanya.
Que for food |
Beberapa pakar percaya bahawa gempa bumi ini bakal mengubah naratif lembaran tentang Jepun seperti dilahirkan semula setelah bertahun-tahun berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang lemah, penduduk yang tua dan kerajaan yang silih berganti.
"Persoalannya, apakah Jepun berupaya menghadapi keperluannya untuk berinovasi dan menghidupkan kembali ekonominya," kata Nicholas Széchenyi, wakil pengarah di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa.
"Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat ramalan tetapi dalam pemerhatian saya dari jauh selama ini, nampaknya orang-orang Jepun sedang menunjukkan ketahanan pada saat-saat krisis. Saya berpendapat bahawa banyak perkara yang akan diperkisahkan tentang Jepun pada hari-hari dan minggu-minggu mendatang , "katanya. – AFP
Membaca komen yang dipetik dari AFP di atas ianya bertepatan jugalah dengan apa yang alami oleh kenalan MR, Datuk Yong Soo Heong Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), yang berada di Tokyo semasa kejadian itu bagi tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRIO).
Komen pertama Yong sebaik selamat mendarat di KLIA semasa ditemuramah ialah, beliau kagum dengan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun meskipun ketika mereka menghadapi malapetaka itu.
"Apa yang kita boleh pelajari daripada kejadian ini adalah rakyat Jepun sangat berdisiplin selepas bencana itu berlaku, penduduk di Tokyo sangat berdisiplin. Mereka beratur untuk menaiki bas, teksi dan semuanya," kata beliau lagi.
MR kira inilah sekali lagi kejayaan Jepun apabila mereka telah berjaya membentuk peradapan yang cukup tinggi walaupun di dalam situasi krisis bencana alam yang meruncing. AS juga pernah menghadapi bencana alam seperti banjir di mana semasa kejadian masaalah yang utama ialah kecurian harta benda yang sukar dikawal.
Begitu juga semasa kejadian Tsunami di Kota Kuala Muda berbagai-bagai maki hamun dilemparkan kepada Kerajaan yang memberi bantuan ketika itu malah sehingga hari ini masih ada suara-suara sumbang yang berbunyi.
Malah yang lebih parah ialah apabila bencana alam yang menimpa dipolitikkan. Bantuan tilam pun boleh menjadi rebutan dan bermasam muka satu kampong.
Setiap hari kita didendangkan dengan lagu “Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang tiada dibantu, Yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat menghormati. Kita berkhidmat jujur dan ikhlas, Mencurah bakti tak minta dibalas, Harapan rakyat satu amanah, Budi bahasa budaya kita” .
Lagu dinyanyikan sampai naik berlenja-lenja air lior tetapi realiti amalan seharian kita tidak seperti apa yang kita nyanyikan.
Konklusinya, hari ini Jepun sekali lagi membentuk peradapan dunia. Malaysia juga tidak mustahil membentuk peradapan kita yang tersendiri jika ajaran Islam betul-betul difahami.
Wednesday, March 16, 2011
Zainal Aznam membuka ruang untuk DAP hentam DS Najib
Akibat keceluparan Zainal Aznam dan Tunku Zafrul hari ini telah membuka ruang kepada wakil DAPLim Lip Eng (DAP-Segambut) di dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini untuk mempersoalkan DS Najib berhubung berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan pengerusi baru Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam jawapannya berkata, adalah tidak berasas dan tidak relevan perlantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham. Malah pada masa ini, tidak ada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham.
Hakikatnya pentadbiran DS Najib hari ini sedang menghadapi petualang-petualang dalaman yang lebih merbahaya daripada berhadapan dengan pembangkang sendiri. Mereka ini lah yang sebenarnya telah menyelinap keluar segala maklumat sulit GLC untuk dibelasah oleh Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.
Selagi anasir-anasir yang tidak setia ini tidak dibasuh dan disental dengan “Clorox” selagi itu pentadbiran DS Najib tidak lancar.

Sunday, March 13, 2011
Maya Karin menggatal lagi.
Maya Karin nampaknya tidak habis-habis digossip dengan bukan dengan calang-calang tokoh. Jika dahulu dikatakan ada affair dengan KJ hari ini dengan Datuk Seri Effendi Nawawi pulak suami seniwati tersohor Tiara Jaquelina.
Entah dari mana angin ini datang sehingga pokok bergoyang. Kata seorang artis rakan MR “Kalau tidak ada gempa bumi di dasar laut masa kan ada tsunami di Jepun”.
MR membantah rakan tersebut kerana pepatah itu sudah tidak relevan lagi kerana dunia Melayu hari ini sudah dikucar-kacirkan dengan gossip, pembohongan, hippokrasi dan lakunan. Yang tidak ada pun diada-adakan.
Masyarakat Melayu mudah melatah dengan khabar angin, gossip, tahyul dan cerita-cerita hantu. Sebab itu filem-filem hantu mudah mencapai box office dan kutipan jutaan ringgit di Malaysia ini.
Ada penerbit filem yang hampir bankrupt telah berjaya menyelamatkan diri kerana pelaburan yang menguntungkan dalam filem hantu dan tahyul.Cerita-cerita sebegini telah terbawa-bawa sehingga ke tempat tidur, dalam rumah dan pejabat Menteri.
Jika benar Datuk Seri Effendi mempunyai jalinan dengan mana-mana artis itu adalah perkara biasa kerana beliau merupakan seorang yang berjiwa seni dan kekayaan beliau mampu melabur jutaan ringgit untuk menerbit apa juga genre filem.
Mungkin dari prospek pelaburan ini Datuk Seri Effendi ingin melabur pulak dalam filem bergenre hantu dan tahyul kerana pelaburan dalam Puteri Gunung Ledang dahulu telah merugikan.

Saturday, March 12, 2011
Pendakwah dan Pegawai Jakim kena turun padang cari 'kerja'
Baru-baru ini semasa majlis perasmian Pemukiman Hala Tuju Jakim Sabah, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz telah menegur pendakwah dan pegawai Jakim yang terlalu tebal dengan imej “pegawai” sehingga tidak turun padang mencari “kerja”.
Mereka terasa begitu hebat dengan kot, tali leher, berkerusi empuk di dalam pejabat berhawa dingin sehingga sukar menerima teguran serta pandangan pihak lain dan tidak terbuka minda mereka.
Menurut beliau lagi dengan sikap mereka “hanya kita sahaja yang hebat” telah menembokkan mereka dari menerima pandangan pihak lain yang lebih bernas terbukti dengan penyelidikan dan saintifik kebenarannya.
MR ingin angkat tabik kepada KP Jakim, Datuk Wan yang berani dan telus mendedahkan perkara ini demi kebaikan masyarakat Islam negara ini.
MR kira pegawai-pegawai yang sebegini sebenarnya tidak “competent” dan lemah daya saing jika dibandingkan dengan pendakwah agama lain. Mereka gagal berhujah secara ilmiah dan saintifik malah seringkali mengelak diri mereka dari bertembong dengan soal-soal permasaalahan masyarakat khasnya fomula semasa dan saingan baru.
Apabila mereka lemah, mereka pun membina tembok yang tinggi agar masyarakat tidak tahu yang mereka itu sebenarnya tidak tahu.
Peranan mereka langsung tidak dirasai oleh masyarakat Islam agar boleh dijadikan tempat rujukan yang sah dan berintegriti.
Maka tidak hairanlah rongga-rongga kosong ini diisi oleh mubaligh-mubaligh agama lain dan “ulamak-ulamak “politik yang bertopengkan Islam untuk kepentingan politik mereka sehingga masyarakat menjadi pening dan binau.

Siapa yang gila talak?
Kenyataan Ustaz Azizan bahawa BN Kedah gila talak yang sebenarnya tersasar samasekali kerana yang gila talak itu bukannya BN Kedah tetapi rakyat Kedah yang gila talak untuk kembali kepada BN kerana Kerajaan pimpinan Ustaz Azizan gagal sama sekali untuk menunaikan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat.
Rakyat rasa tertipu dengan memilih PAS kerana langsung tidak membawa pembangunan dan Kedah saling tidak ubah seperti padang jarak padang terkukur.
Ternyatalah Ustaz Azizan tidak memahami perasaan rakyat Kedah yang terang-terang teraniaya dengan janji-janji palsu.
Mungkin penggal ini Ustaz Azizan boleh membeli-belah kerana dana tinggalan Kerajaan BN dahulu masih belum kering tetapi bayangkan jika PAS masih memerintah dengan dana yang sudah kering-kontang kelak apa akan jadi dengan rakyat Kedah.?

Wednesday, March 9, 2011
Hikayat Merong Mahawangsa filem epic yang hebat
MR jarang-jarang tonton wayang tetapi apabila berjumpa dengan Norman KRU di sekitar hujung tahun 2010 berbicara tentang filem epiknya “Merong Mahawangsa” terasa teruja juga MR menunggu saat-saat tayangannya.
MR pernah membaca hikayat ini yang di tulis oleh Prof Siti Hawa Hj Salleh, Jabatan Persuratan Melayu UKM. Beliau juga pernah membentangkan kertas kertasnya yang berjudul “ Hikayat Merong Mahawangsa : Antara Mitos dan Realiti”.
Hari ini KRU telah ‘merealisasikan’ hikayat ini dalam bentuk filem untuk tontonan ramai. Setelah menontonnya MR kagum dengan penerbitan filem epik ini yang MR kira hebat hasil kerja tangan anak tempatan yang penuh kreatif dan bertenaga.
Besok 10 Mac adalah hari tayangannya di pawagam.
TAHNIAH NORMAN!

Tuesday, March 8, 2011
Apa Tun M tulis dalam buku terbaru beliau? "
Dapatkan buku terbaru memoir Tun M di MPH Bookstore.
After an eight-year wait, Tun Dr Mahathir Mohamad’s highly-anticipated autobiography hits the bookstores today. The book titled A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad comprises 62 chapters spanning 809 pages.
In the chapter “Daim Becomes Finance Minister”, he says he had to defend Daim against repeated allegations that he was lining his pockets and taking kickbacks.
He adds that “no clear evidence was ever produced”, but the “whispering grew louder and more spiteful”.
In the end, “when the talk got to be too much and I could not bear it anymore, I arranged for him to resign,” writes Dr Mahathir.
( The Star)

Sunday, March 6, 2011
Pengerusi MAS Dr Munir Majid kena belajar dari Pengerusi AirAsia x Tan Seri Rafidah Aziz. "SHAPE UP OR SHIP OUT"
Pic : Bernama |
Ini memandangkan kredibiliti dan trek rekod Tan Seri Rafidah semasa menjadi Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri dahulu masih belum boleh disaingi mana-mana menteri selepas beliau.
Menurut Tan Seri Rafidah beliau mengambil masa selama dua minggu sebelum membuat keputusan untuk menerima tawaran AirAsia X.
Beliau membuat keputusan setelah pihak pengurusan memberi taklimat lengkap dan yakin dengan corak pengurusan, model perniagaan dan langkah-langkah yang diambil untuk membangunkan AirAsia dan AirAsia X.
Memahami prinsip dan sikap beliau ternyata beliau bukanlah seorang Pengerusi yang hanya akan memanaskan kerusi atau Pengerusi yang memenuhi kuota 30% Bumiputera, seperti banyak syarikat-syarikat bukan Melayu yang meletak Pengerusi di kalangan kaum bumiputera hanya sebagai pepatung untuk dicucuk hidung mereka.
Malah terdapat juga GLC-GLC yang melantik Pengerusi dari kalangan pesara-pesara Kerajaan, bekas-bekas TKSU, KSU dsbnya seperti contoh yang terdekat ialah Telekom Malaysia sehingga ke hari tidak ada perubahan besar.
Apabila berlaku kerugian pendekatan yang paling mudah ialah dengan membuang pekerja dan menjual asset bukannya mencari formula pengurusan perniagaan yang bijak dan cerdik.
Malaysian Airline System Bhd. (MAS) juga seharusnya merasa tercabar apabila Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru supaya MAS perlu belajar daripada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) untuk mengenal pasti cara pengurusan yang dapat menjamin keuntungan tanpa perlu menaikkan harga tiket.
Malah katanya juga beliau pernah menyuarakan pandangannya mengenai perkara itu kepada Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Munir Majid.
Tan Sri Dr Munir Majid selaku Pengerusi MAS ternyata tidak lagi boleh tidur nyenyak dan ralit kerana pesaingnya ialah AirAsiaX yang Pengerusinya ialah bekas Menteri yang agresif dan dinamik.
Apapun MR ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Seri Rafidah Aziz kerana kembali berjuang dalam arena industri yang mencabar.
Saturday, March 5, 2011
KDN harus batalkan kemasukan 45,000 perkerja asing dari India
Berhubung dengan proses kelulusan kemasukan 45,000 pekerja asing dari India yang konon ingin diisi dalam beberapa sector kritikal KDN seharusnya membatalkan terus permohonan mereka. Di dalam kertas katanya 45,000 tetapi dbelakang kertas kita tidak tahu entah berapa ribu lagi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S Subramaniam menyatakan proses ini melalui saluran yang telah ditetapkan tetapi beliau harus lebih mengenali kaum ini yang tidak pernah mengenang budi kepada tuan yang telah memberi mereka makan dalam Negara yang makmur dan tidak berkasta ini.
Cukuplah dengan perangai kurang ajar Hindraf yang biadap dan membuat kacau bilau dalam negara ini. Kesejahteraan, kemakmuran dan kedamaian yang kita kecapi salama ini bukannya harga yang murah untuk dihina oleh golongan yang berkasta rendah.

Wednesday, March 2, 2011
"We did not boycott the campaign nor shut down our operations room," Wanita UMNO Jasin
Berikut adalah jawapan Ketua Wanita UMNO Jasin menafikan bahawa mereka akan menutup bilik gerakan PRK Merlimau.
Kenyataan ini adalah jawapan susulan dari posting MR Panau dan kurap di dalam UMNO belum habis dirawat
JASIN: Jasin Wanita Umno refuted an allegation that the wing was boycotting the Merlimau by-election and had closed down its operations room.
Its chief, Zaleha Bujang, who met Barisan Nasional candidate Roslan Ahmad yesterday said it was an opposition tactic to split BN.
"Even though I was not chosen to contest for the seat, I will still remain supportive and loyal to BN.
"The allegation, which I believed was started by the opposition, is not true at all. We did not boycott the campaign nor shut down our operations room," she said in Kampung Chin Chin after a gotong-royong.
Roslan and his wife, Siti Zalifah Omar, were there to visit villagers as part of his campaign.
Zaleha, who was among the seven BN shortlisted candidates to contest for Merlimau constituency seat, said she was assisting Roslan in the campaign. - NST 2/3/2011

Tuesday, March 1, 2011
DS Rosmah - Sepatutnya Mesjid tarik orang UMNO bukan tarik pelancong
“YB” DS Rosmah Mansor percaya dengan lokasi strategik Mesjid Cina yang akan dibina di Jalan Davis Kuala Lumpur berserta pembinaannya berelemenkan kesenian yang unik Mesjid Cina tersebut mampu menarik pelancong ke negara ini.Rosmah,Mesjid Cina tarik pelancong
DS Rosmah juga berkata setakat ini mesjid yang dilihat berpotensi menarik pelancong ialah Mesjid Negara, Mesjid Wilayah Persekutuan, Mesjid Putra Putrajaya, Mesjid Terapung Tungku Tengah Zaharah, Mesjid Kristal Terangganu, Mesjid Ubidiah Kuala Kangsar, Mesjid Kampung Laut Kelantan dan Mesjid Ulu Melaka.
Adalah tidak salah bagi DS Rosmah melihat pembinaan mesjid-mesjid dalam negara ini dari sudut untuk menarik pelancong tetapi matlamat asal pembinaan mesjid juga hendaklah diambil-kira.
Peranan utama dari sudut pengisian ilmu dan pusat penyebaran agama Islam untuk menyatukan-padukan umat Islam dalam Negara ini harus juga diperhebatkan. Ini supaya mesjid tidak kosong dan hanya gah dengan keseniaan binaannya sahaja tetapi isinya tidak ada.
Maka tidak hairanlah apabila ada di kalangan rakan-rakan yang menyatakan Kerajaan BN pandai membina mesjid-mesjid yang hebat tetapi akhirnya pengisiannya dipenuhi oleh ‘ulama-ulama’ PAS dengan syarahan-syarahan dan khutbah politik yang memecah-belahkan masyarakat.
Tambahan lagi orang-orang UMNO sendiri amat jarang-jarang dan kurang berjamaah di mesjid yang mereka bina.
Hakikatnya hari ini mesjid di bandar-bandar lebih ramai jemaahnya dan berbagai aktiviti-aktiviti keagamaan berbanding dengan mesjid-mesjid di kampung-kampung yang cukup usang dan lengang.