Thursday, March 17, 2011

DISIPLIN DAN KETABAHAN BANGSA JEPUN DIWAKTU KRISIS - “THE SOFT POWER”

AP
Washington (AFP News) – Di sebalik paparan wajah-wajah yang menyedihkan kerana kehancuran, Jepun bakal muncul dari bencana gempa-tsunami ini dengan satu jenama antarabangsa yang lebih hebat sebagai satu bangsa yang tabah dan disanjung.

Stesyen-stesyen TV di seluruh dunia telah menyiarkan rakaman gelombang Tsunami yang telah meranapkan rumah-rumah mereka, tanah-tanah diratakan dan kenderaan-kenderaan mereka dilambung badai gelombang tak ubah seperti kereta-kereta mainan kanak-kanak, terdampar kebingungan dalam satu lanskap yang ganas.

Di sebalik peristiwa itu liputan-liputan juga telah memaparkan sikap mangsa yang tenang mencari-cari orang-orang yang tercinta serta beratur menunggu keperluan asas. Tidak ada tanda-tanda perebutan, kekerasan dan wajah bengis bahkan masing-masing berbaris di kedai yang separuh kosong.
Long que for water


Banyak entri dalam blogosphere berbahasa Inggeris telah membicarakan tentang bangsa Jepun sebagai satu bangsa yang tabah. Bayangkan bagaimanakah sikap, reaksi dan perangai bangsa-bangsa di negara Barat jika bencana sebegini menimpa mereka.


Profesor Universiti Harvard, Joseph Nye mengulas bahawa bencana ini bakal menterjemahkan "soft power" Jepun - istilah yang beliau ciptakan untuk menggambarkan bagaimana sesuatu bangsa itu mencapai tujuan mereka dengan tampil lebih menarik bagi orang lain.
Que for petrol

"Walaupun tragedi ini sangat besar, peristiwa yang menyedihkan ini menunjukkan ciri-ciri pekerti yang sangat menarik dari Jepun di mana dengan ini akan mengukuhkan lagi kuasa lembut mereka," kata Nye menerusi email AFP.

"Selain dari rasa simpati, peristiwa itu juga menunjukkan bagaimana masyarakat yang berhemah dan bersopan bersiap berhadapan dengan bencana sebagai contoh kepada negara moden lain berserta menangani dengan tenang dan tertib," katanya.
Que for food


Beberapa pakar percaya bahawa gempa bumi ini bakal mengubah naratif lembaran tentang Jepun seperti dilahirkan semula setelah bertahun-tahun berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang lemah, penduduk yang tua dan kerajaan yang silih berganti.

"Persoalannya, apakah Jepun berupaya menghadapi keperluannya untuk berinovasi dan menghidupkan kembali ekonominya," kata Nicholas Széchenyi, wakil pengarah di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa.

"Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat ramalan tetapi dalam pemerhatian saya dari jauh selama ini, nampaknya orang-orang Jepun sedang menunjukkan ketahanan pada saat-saat krisis. Saya berpendapat bahawa banyak perkara yang akan diperkisahkan tentang Jepun pada hari-hari dan minggu-minggu mendatang , "katanya. – AFP

Membaca komen yang dipetik dari AFP di atas ianya bertepatan jugalah dengan apa yang alami oleh kenalan MR, Datuk Yong Soo Heong Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), yang berada di Tokyo semasa kejadian itu bagi tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRIO).

Komen pertama Yong sebaik selamat mendarat di KLIA semasa ditemuramah ialah, beliau kagum dengan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun meskipun ketika mereka menghadapi malapetaka itu.

"Apa yang kita boleh pelajari daripada kejadian ini adalah rakyat Jepun sangat berdisiplin selepas bencana itu berlaku, penduduk di Tokyo sangat berdisiplin. Mereka beratur untuk menaiki bas, teksi dan semuanya," kata beliau lagi.

MR kira inilah sekali lagi kejayaan Jepun apabila mereka telah berjaya membentuk peradapan yang cukup tinggi walaupun di dalam situasi krisis bencana alam yang meruncing. AS juga pernah menghadapi bencana alam seperti banjir di mana semasa kejadian masaalah yang utama ialah kecurian harta benda yang sukar dikawal.

Begitu juga semasa kejadian Tsunami di Kota Kuala Muda berbagai-bagai maki hamun dilemparkan kepada Kerajaan yang memberi bantuan ketika itu malah sehingga hari ini masih ada suara-suara sumbang yang berbunyi.

Malah yang lebih parah ialah apabila bencana alam yang menimpa dipolitikkan. Bantuan tilam pun boleh menjadi rebutan dan bermasam muka satu kampong.

Setiap hari kita didendangkan dengan lagu “Bangsa Malaysia berhemah tinggi, Ramah dan mesra elok pekerti, Yang tiada dibantu, Yang lemah dilindungi, Bertimbang rasa hormat menghormati. Kita berkhidmat jujur dan ikhlas, Mencurah bakti tak minta dibalas, Harapan rakyat satu amanah, Budi bahasa budaya kita” .

Lagu dinyanyikan sampai naik berlenja-lenja air lior tetapi realiti amalan seharian kita tidak seperti apa yang kita nyanyikan.

Konklusinya, hari ini Jepun sekali lagi membentuk peradapan dunia. Malaysia juga tidak mustahil membentuk peradapan kita yang tersendiri jika ajaran Islam betul-betul difahami.

9 comments:

  1. Perkara ini berpunca dari kera jaan dan pemimpin juga. kalau pemimpin tak da akhlak bagaimana nak didik rakyat dgn akhlak. kalau pemimpin boleh raba bontot gelfren org dan boleh kekal berpangkat dlm kera jaan bagaimana rakyat nak hormat. kalau pemimpin jepun sudah pasti letak jawatan atau harakiri sebab mereka ada maruah yg tinggi dan berperinsip. salah tetap salah. kat m'sia kalau yg bersalah itu ada duit, ada kuasa, ada pangkat, ada sedara yg berpangkat, hukuman boleh ajes...yg menangkap pula yg salah. kat terbalik kot tu. itu baru satu kes, apa hal pulak dgn kes rogol anak org, rogol dan bunuh anak org, belasah anak org- ada menteri yg belasah anak org sebab tak puas hati tak kena tangkap pun. Tunjuk isyarat lucah pada awam, rasuah tak yah ceritalah dah jadi amalan wajib sampai masuk keperingkat antarabangsa punya hebat tak hebat pemimpin m'sia. Jadi benda2 semua ni menimbulkan emosi yg tidak baik kepada rakyat, dendam, tak puas hati, benci, sakit hati, marah dan berbagai2 rasa yg negatif kpd kera jaan. jadi bila berlaku apa2 bencana inilah peluang nak luahkan segala rasa negatif yg terpendam sebab selama ini hak mereka disekat utk bersuara dan menyatakan kebenaran oleh kera jaan. Tetapi masih ramai lagi rakyat yg baik dan rasional seperti apa yg terbukti ketika tragedi bukit antarabangsa dulu. Cuma pihak kera jaan sekali lagi memberi contoh yg buruk dgn memperlekehkan pihak lain yg cuba membantu disebabkan kepincangan mereka sendiri. Malah kera jaan buat fitnah dan menyekat pihak ketiga utk membantu dgn berbagai alasan sebab nak tunjuk baik kera jaan. Pepatah melayu pun ada menyebut "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah", "kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari", jadi apayg kita harap dari rakyat juka pemimpin sendiri tak da displin dan maruah. mereka hanya datang kpd rakyat untuk undi bagi mengekalkan kuasa dan pangkat supaya dpt terus menikmati kemewahan dgn wang rakyat dan bermegah2 dgn kedudukan mereka. Khidmat mereka hanya utk diri mereka sendiri utk memgekalkan status-quo mereka. bukannya ikhlas. Kerana itulah jepun ada kumpulan rakyat yg digelar kamikaze sebagai reflek dari pemimpin yg baik, bermaruah dan bertanggungjawab. Pemimpin kita bini pun tak boleh kawal....

    ReplyDelete
  2. Satu rencana yang cukup baik untuk kita jadikan renungan dan bahan berfikir. Kita dapat menyaksikan bagaimana tenangnya orang-orang Jepun ini menghadapi situassi yang begitu gawat dengan tenang. Tidak ada laporan menyebut mereka mengentam kerajaan kerana kekurangan makanan.
    Saya amat bersetuju dengan MR, yang membandingkan sikap rakyat Jepun dengan orang-kita yang kebanyakkannya Islam. Ada laporan mengatakan ada drp mangsa2 tsunamai di Kedah yang sanggup menjadikan roti yang diberi sebagai bola sepak takraw kerana sudah jemi memakannya kerna terlalu banyak. Wallahhuaklam. Benar ataau tidak cerita ini hanya ALLAH YANG TAHU,.

    ReplyDelete
  3. akhlakmulia said.....

    masyarakat malaysia jauh ketinggalan dari segi budaya dan akhlak walaupun mengaku bekelas dunia,perkara2 seperti perasuah, peliwat,perogol,pemutar alam masih lagi disanjung masyarakat sekiranya mereka itu datang dari kumpulan yang sama,yang peliknya ketua2 kumpulan tersebut yang tercemar moral nya masih dengan bangga berceramah disana sini, bersyarah disana sini, bukan nya nak rasa malu pada masyarakat....budaya malaysia....

    ReplyDelete
  4. aku rasa beda2 ni mesti bermula dengan diri sendiri. Ada jati diri, pas tu kat keluarga, then masyarakat.Ianya mesti bermula dari stu unit yang paling kecil dalam masyrakat - iatu keluarga. Tak perlu menunding jari kat mana2 pihak sebab yang penting kita betulkan diri kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...

    aku rasa beda2 ni mesti bermula dengan diri sendiri. Ada jati diri, pas tu kat keluarga, then masyarakat.Ianya mesti bermula dari stu unit yang paling kecil dalam masyrakat - iatu keluarga. Tak perlu menunding jari kat mana2 pihak sebab yang penting kita betulkan diri kita sendiri.


    Sangat-sangat setuju dgn post di atas. Semuanya bermula dari diri dan keluarga sendiri. Jk kita berhemah dan ajar anak2 kita berhemah, maka akan wujud masyarakat berhemah... Semuanya nak salahkan kerajaan, bila dpt peluang utk lakukan sesuatu, sendiri lupa diri sbb tidak gunakn sebaik mungkin. Jari yg satu menunjukkan kesalahan pd org lain, tp kita lupa yg empat lg menunjuk pd diri sendiri... Sentiasa mencuba utk melakukan sesuatu yg lbh baik dr hari ke hari wpun ndak dpt lakukan semuanya serentak...

    ReplyDelete
  6. MR.komen OTAKLUNYAI tepat dan betul sekali.Pemimpin atas perlu tunjuk teladan yang mulia.Cakap agama pun sekadar dibibir sahaja.

    ReplyDelete
  7. Punca utama masalah akhlak orang2 Melayu kita ialah UMNO dan PAS. Satu jahat dan satu lagi bodo*.

    Fitnah-menfitnah sudah jadi satu budaya Melayu. Bukan itu sahaja, tetapi rasuah, kronisme, salah-guna kuasa, dan bermacam-macam lagi masalah.

    Bangsa Melayu perlukan seorang pemimpin yang mampu mencetuskan satu revolusi agar bangsa kita bersatu, maju dan makmur mengatasi bangsa2 lain di dunia.

    Untuk mencapai matlamat ini kita tak perlukan UMNO, PAS, PERKASA, PEKIDA atau seumpamanya. Kita perlukan sebuah sistem pemerintahan yang ikhlas utk kepentingan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

    Saya berasa sangat sedih melihat keadaan bangsa Melayu hari ini; masih ramai yg miskin, lemah dlm penguasaan ekonomi/bisnes, masalah sosial, pemimpin2 yg hipokrit baik UMNO atau PAS, mundur dr segi penguasaan teknologi, akhlak & bahasa.

    -skygyver-

    ReplyDelete
  8. betul tu....kami yang dok di kwsn anak bukit tidak diberi wang ehsan banjir berbanding kwsn bakar bata, pemberian di kuasai orang-orang tertentu...hampas sungguh.

    ReplyDelete
  9. Setuju sangat dgn skygyver...melayu ni bangsa yg tidak tahu dek untung...semua pemimpin politik hanya pentingkan diri sendiri dan kuasa...tak kiralah mereka dari apa parti pun..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.