Tuesday, April 26, 2011

Isu pulau Utusan: MCA "nang bo ti nang koi bo ti koi"

Gesaan MCA supaya memulaukan Utusan Malaysia jelas menampakkan sikap mereka seperti kata-kata pujangga Cina kuno “Nang bo ti nang kui bo ti kui” dalam bahasa Melayu nya "orang bukan orang hantu bukan hantu”.

MCA telah menghantu-hantukan kaum Cina seolah-olah Utusan itu amat menakutkan, perkauman dan rasis dan menggesa Utusan dipulaukan. Persoalannya kepada siapa mereka tujukan supaya Utusan dipulaukan? Kepada orang-orang Cina kah atau orang-orang Melayu kah?

Jika seruan ini ditujukan kepada orang-orang Cina persoalannya berapa kerat kaum Cina yang baca Utusan?Jika kaum Cina tidak membaca Utusan ini bermakna mereka cuba menanam persepsi bahawa Utusan itu hantu yang menakutkan.

Jika seruan ini ditujukan pula kepada orang-orang Melayu ini bermakna ia adalah salah satu usaha terbaru mereka untuk menarik hak-hak keisimewaan orang-orang Melayu supaya mereka dibisukan dari bersuara mempertahankan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputera.

Dengungan paluan MCA ini telah sampai ke pentas Opera Cina atau Wayang Tongkoi DAP. Mendengar paluan ini DAP terus mengubah tajuk Drama Wayang Tongkoi mereka seperti kata Lim Kit Siang dalam blognya “Utusan Malaysia is not the Malay voice but the voice of Muhyiddin against Najib”.

Malah DAP menyahut paluan ini dengan lebih lantang untuk memecah-belahkan hubungan akrab Najib dan Muhyiddin. (lihat Blog Lim Kit Siang)

Kenyataan LKS yang cuba melaga-lagakan Najib dan Muhyiddin ini adalah usaha jahat DAP sebagai strategi awal untuk menyemai benih kebencian kepada kedua-dua pemimpin ini sebagai persediaan pilihanraya umum yang akan datang.

LKS sedar peranan besar Najib di Sarawak dalam pilihanraya baru-baru ini telah membawa aura dan impak besar kepada rakyat Sarawak untuk terus mengundi BN.

Manakala bahan kempen DAP yang berkesan ialah dengan memainkan isu-isu rasis untuk memancing undi kaum Cina di kawasan pengundi Cina.

Hari ini DAP sedang menghantu-hantukan kaum Cina bahawa Melayu itu adalah “Drakula”.

Itulah MCA dan DAP “nang boi ti nang koi bo ti koi”

3 comments:

  1. Masaalah org Melayu yg paling besar dan ancaman kpd mereka sendiri adalah sifat pelupa (short memory).
    Sekarang dibawah tekanan kaum pendatang bukan main berkobar2 semangat....tunggu sikit masa lagi...semua akan terlupa.....hendaknya bila kaum lain buat statement bodek..... maka pendirian mereka berubah.
    Setelah Merdeka lebih 53 thn kita masih dibelenggu ancaman politik yg sama sedangkan kepimpinan diterajui oli Melayu.
    Dimana silapnya.........yg sebenarnya UMNO tak henti2 buat silap......drp pemberian tambahan 1 juta kerakyatan....sebelum Merdeka hingga pelbagai kelonggaran
    bagi menjaga hati kaum lain....akhir semua kebaikan Melayu digunakan utk menjatuhkan Melayu.
    Mereka tidak bolih disalahkan kerana yg memimpin adalah Melayu yg tidak berpandangan jauh dan terlalu memikirkan kepentingan sendiri.
    Lihat saja kualiti kepimpinan UMNO hari ini!Muka pun tak bersih!Keupayaan ......hmmmmn...bukan memimpin tapi dipimpin......bukan dia nak fikir utk rakyat tapi sebaliknya.
    Bila ada isu yg berkaitan hak Melayu.....rakyat yg bising2...tetapi pemimpin Melayu....senyap aje.....

    ReplyDelete
  2. Kenapa tak diharamkan parti DAP? DAP menang bukan kerana meniup semangat Cina rasis tetapi memperlihatkan kebodohan pemimpin negara (tapi pandai mengarah sebuah video seks) yang terdiri daripada orang Melayu dari suku Bugis/Mamak/Minangkabau/Cina yang tidak membawa kesejahteraan kepada majoriti rakyat Malaysia yang terdiri daripada majoriti Melayu dan suku Cina/India/Dayak/dan banyak lagi. Mereka organised dan orang Cina bandar lebih celik dari segi bisnis/pelajaran/teknologi maka mudah menerima 'pembahruan' yang ingin dibawa oleh DAP bukan seperti orang kebanyakan Melayu/Dayak/Asli di desa, sulit nak terima kerana dah kena pendididikan UMNO.Pemimpin UMNO pun tahu yang kredibiliti mereka dah merosot maka terpaksa main isu perpaduan Melayu/Melayu akan kehilangan kuasa/ kehilangan kontrak/ kehilangan budaya dan agama kerana kemaraan DAP, tidak mahu sedar yang kepimpinan UMNO dah ketinggalan masa lambat laun, mahu transformasi tapi tak buat transformasi politik/ekonomi terhadap kepimpinan mereka, asyik main isu orang Melayu dah tak selamat pada buminnyasendir dan tak pernah tanya atau selidik mana perginya RM53 bilion untuk ekuii orang majoriti Melayu, mana perginya ketirisan RM 800 bilion yang mengalir keluar dan banyak kes rasuah mega? Orang UMNO nanti menghunus keris untuk menakutkan rakyat pada hal zaman ini zaman komputer. Guna polis, MACC,Kehakiman, SRP, RTM/TV3/Awani untuk klentong rakyat bodoh. Hais semua tak jalan salahkan DAP, dulu komunis, extremist Islam, Darul Arkam, Team B, Anuar Ibrahim, PKR. UMNO saja yang sempurna walaupun realitinya adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Silapnya orang-orang melayu juga.Senang sahaja hendak menimbulkan perasaan marah orang Melayu ni.Fitnah saja,si polan2 ini kaya sebab rasuah.Mulalah naik kemarahan orang2 melayu ni khasnya pembangkang melayu.Hakikatnya orang-orang cinalah yang menyebabkan berlakunya rasuah tidak kiralah dari MCA atau DAP.Mereka memang berbudaya melakukan rasuah di mana-mana pun.Hidup mati mereka hanyalah duit.Orang2 inilah yang dipeluk oleh pemimpin2 islam sekarang ini .Alangkah baiknya semua orang2 melayu bersatu, bangsa2 yang lain akan takut dan menghormati penduduk asal nagara ini.Suatu ketika dulu ,bila di ura-urakan diadakan perpaduan di antara Umno dan Pas, mereka bagaikan cacing kepanasan.Pernahkah kita berfikir mengapakah mereka jadi begitu..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.