Isu rebet tanah UUM tidak seharusnya menjadi isu politik sempit oleh semua pihak. Apa perlu Kerajaan Pusat berkira untuk membayar cukai tanah sebanyak RM1.743 juta demi jihad pendidikan anak-anak pelajar dan warga UUM yang seramai lebih kurang 25,000 orang.
Jika Kerajaan Pusat boleh membawa pembangunan yang berbillion ringgit kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang mengapa jumlah yang ciput ini menjadi pertikaian dan senjata politik murahan.
Apa yang melucukan pemerhati politik ada para academia ialah kenyataan-kenyataan Naib Chanselor Professor Datuk Dr Mustafa Ishak yang lebih politik dari orang politik.
Beliau yang sepatutnya menjadi academician yang professional dan menyerahkan tugas dan tanggung-jawab politik ini kepada wakil rakyat atau Ahli Parlimen kawasan itu untuk besuara dalam hal ini.
Walaubagaimanapun situasi menjadi lintang pukang apabila wakil rakyat membisu seribu bahasa kerana mungkin YB-YB kawasan itu sedar bahawa isu cukai tanah UUM ini tidak ada asas untuk dipertikaikan.
Mungkin Prof Mustafa juga bercita-cita ingin menjadi ahli politik dan ini sebagai persediaan atau latihan sebelum menjadi calun dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Tidak salah untuk memasang cita-cita politik cuma pilih kawasan yang sesuai.
Saya amat setuju mummy, VC kena ikut contoh Ungku Aziz..didik anak anak bangsa..politik..leave it to the polticians!
ReplyDeleteVC UUM ini adalah Profesor Kang Kung!
ReplyDeleteNanti banyak lori/trailer dan van membawa barangan bebas cukai keluar masuk kampus UUM, mesti jenuh melihatnya. Profesor UUM ni selalu menulis di Utusan Meloya dan muncul juga di RTM membodek pemerintah, selalu tersenge-sengeh tak nampak angsung ketrampilan seorang akademik. U\NC UUM ini seperti juga yang sebelumnya tak faham apa itu kepimpinan akademik yang harus dia membawa UUM tersenarai dalam kelompok 300 universiti dunia terbaik dalam tempoh yang wajar, ni tak asyik menyimpang dan menekan ilmu patriotik harus diberi kepada pelajar UUM, mesti setia pada negara, menyanyi lagu 'terang bulan'dan faham sejarah negara yang diberikan UMNO.NC ini belum lagi menghasilkan sebuah jurnal yang terbit dalam jurnal antarabangsa yang berwibawa.Jadi untuk elak semua itu beliau lebih suka berpolitik seperti politikus UMNO.
ReplyDelete