Di dalam kekalutan isu-isu video sex dan pilihanraya Sarawak yang panas kerana BN dijangka merangkak lemas kerana pengundi Cina menyokong DAP , MR sempat juga mencuri-curi masa untuk melawat Pameran “8th Malaysian International Halal Showcase” di KLCC, Convention Center pada hari Sabtu lepas.
Kalau mengikut senarai yang tercatat dalam buku direktori pameran tersebut seramai lebih kurang 328 exhibitors yang mengambil bahagian.
Pameran kali ini merupakan pameran kali yang ke 8 dan kelihatan fizikalnya pengusaha kaum Melayu negara ini masih lagi termengah-mengah dan tercungap-cungap untuk mengejar kaum Cina di dalam perusahaan produk halal.
Kaum Cina sungguhpun mereka tidak mengucap dua kalimah shahadah tetapi ternyata mereka masih dominant dalam menghalalkan produk mereka.
Apa yang menariknya ialah, bagi mereka ini untuk mendapatkan pengiktirafan logo halal itu tidak berapa penting kerana prosesnya sangat sukar, tetapi cukup bagi mereka dengan mengikuti pameran halal ini dengan sendirinya pameran itu akan menghalalkan produk mereka kerana nama pameran pun “Pameran Halal Antarabangsa”.
MR sendiri menemui pengusaha Cina yang mengusahakan produk herba yang mengakui kapsulnya dibuat dari gelatin binatang yang tidak halal.
Konklusinya pihak JAKIM atau YADIM atau mana-mana badan pengawasan halal harus menghalalkan dahulu PAMERAN itu sebelum menghalalkan produk-produk perserta.
MR.fening kepala juga kita di Msia.takut juga dapat duit halal termakan benda tak halal.Ada juga orang dapat duit tak halal tapi fasal halal haram tip top.Lagi satu group pula halal hara, seupa sahaja.Janji masuk dan lantak sahajalah.Agaknya halal haram sekadar dibibir sahaja.Atau pun sekadar jadi institutsi halal haram tempat makan gaji.Salah sapa MR.
ReplyDeletenak wat cam ne.penganjur sendiri tak nak bg muka padan org usahawan melayu.menteri kena tgk berapa byk senarai pemohon org org melayu nak menyertai mihasvtapi di tolak.heran kan.....berjuta juta duit dibelanjakan tetapi pengisian tak mencapai matlamat sebenar...org melayu jugak lah yg putih mata.sprm apa lg tunggu..... masuklah siasat.entah entah nak sewa tapak pun kena hulur kot.....kalau ada lg yg nak jatuh di pej sprm biaukanlah.....dosa rasuah nie org lagi takut dari dosa jenayah tau....
ReplyDeleteKenapa nak gaduhkan sangat isu halal/haram ini. Orang bukan Islam yang makan babi,tangan mereka belum lagi dibersihkan dengan air tanah liat membuat masjid yang orang Islam melakukan ritual/amalan wajib sembahyang, ramai lagi yang berinteraksi dalam banyak hal dengan kita melalui sentuhan seperti bersalaman, orang Islam menghidu gelombang masakan bukan Islam yang terdiri daripada partikel atau bahan halus dari bahan khinzir masuk ke hidung dan diserapkan ke dalam tubuh ketika melalui tempat makanan di pekan dan unsur bahan haram itu tidak pernah disimak atau dibilas dengan cecair tanah liat sejak berkurun sudah, bagaimana?.Orang Islam masuk tandas awam, pastinya juga banyak bakteria dari najis bukan Islam turut hinggap ke bahagian tertentu orang Islam meskipun tak nampak dengan mata telanjang kita, bagaimana? Orang Islam beli sayur yang banyak mengguna baja yang terdiri daripada bahan najis haiwan termasuk haiwan babi bagaimana nak pastikan tiada kesan unsur haram bagaimana? Tak kira berapa ramai lagi pengunjung 'China Doll' oleh kalangan Islam yang tidak berapa tebal iman mereka? Bagaimana? Sulit nak cuci barang haram itu, tetapi kita boleh sibuk apabila ada produk herba dinodai gelatin babi.
ReplyDelete