Saturday, May 21, 2011

Belilah Utusan Malaysia. Satu Melayu Satu Utusan Malaysia.

Berhubung kenyaringan Utusan Malaysia mempertahankan Melayu dan Islam, Teo Cheng Wee, Regional Correspondent Straits Time Singapura menyatakan dalam tulisan beliau “Arguably no newspaper in Malaysia evokes stronger emotions than Utusan Malaysia, the Umno-owned Malay daily which has been at the forefront of the country's political battles since the last general election in 2008.

In a region where mainstream newspapers generally exercise restraint when it comes to writing about racial and religious sentiment, Utusan is an anomaly. Well known for its Malay nationalist roots, its stance has become more strident over the last two years, as it regularly published strong commentaries attacking non-Malays and articles about how Islam is under threat”.

Kenyataan beliau mengambarkan seolah-olah suara nyaring Utusan itu menyerang bukan Melayu, kenyataan ini sama sekali tidak benar. Apa yang sebenarnya ialah kaum Melayu dan Islam negara ini sedang diserang bertalu-talu selepas PRU12, 2008 yang lepas.

Utusan sebagai lidah kaum Melayu hanya menyampaikan suara ketidakpuasan perasaan kaum Melayu negara ini walaupun terdapat segelintir Melayu yang telah hilang jatidiri mereka kerana dikorbankan untuk kepentingan politik songsang pihak tertentu tetapi dalam masa yang sama mereka masih mengecapi kemewahan atas nama Melayu.

Semoga Melayu yang masih cinta akan bangsanya akan terus membeli Utusan dan membaca Utusan.
 
"BELILAH UTUSAN MALAYSIA, SUARA MELAYU. SATU MELAYU SATU UTUSAN MALAYSIA"

4 comments:

  1. Melayu ramai berjuta orang tapi edaran utusan sehari seratus ribu lebih je...yang lain tu tak belike..belilah..tolong utusan ni..dah iklan kurang pulak..jangan kedekut 1.50 je...

    ReplyDelete
  2. Suratkhabar sampah yang hanya layak buat pembungkus nasik lemak atau alas untuk siang ikan jer!....

    ReplyDelete
  3. Jangan kita buta perut kelompok orang Melayu buka saja simpati dengan UMNO, ada sebahagian signifikan yang simpati dengan perjuangan politik PAS dan PKR. Jadi adalah kurang tepat semua orang Melayu harus simpati dengan UMNO, malah pada zaman pra-Merdeka dulu (baca sejarah sedikit) ramai orang Melayu condong kepada parti kiri Melayu PKMM namun pihak kolonial Inggeris berjaya menggagalakan aspirasi mereka. Dulu lagi ada perbezaan sokongan terhadap Melayu kiri dan Melayu kanan, bukan fenomena baru.
    Utusan Meloya dan dikunci oleh UMNO(baca sejarah Usmana Awang melancarkan gerak mogok membantah UMNO mengambil alih Utusan Meloya) untuk menjadi suara UMNO. Edaran masa berlalu dan kepimpinan UMNO didapati gagal membangunkan sebhagain besar orang Melayu, banyak statistik boleh menunjukkan. Gagal bermakna gagal nak bergayut pada kuasa yang mengizinkan UMNO/kroni/saudara mara mereka mendapat kekayaan dengan mudah. maka nak dapat pengaruh sokongan Melayu maka dibakarkan semangat yang tidak tertulis/didokumentasi seperti 'ketuanan melayu','kontrak sosial',orang UMNO pejuang kemerdekaan, orang Cina/India/Arab/Pakistani/Bugis/Boyan/Jawa dan banyak lagi adalah 'pendatang'. Kononnya mereka tak kenang budi dan bukan Melayu tulen seperti Madey/Tungku/Hussein Oon/Toyo/ adalah pendatang. Utusan Melaoya tidak lantang menyoal kenapa rakyat Kelantan atau Terengganu tak dapat royalti minyak. Utusan Meloya tak lantang menanya mana perginya RM 52 bilion bagi ekuiti orang Melayu tapi ia akan berlagak bagai hero Melayu menghunus keris bertanyakan orang Kristian akan menggantikan agama Islam bagi Malaysia. Tapi kini Utusan Meloya kerjanya nak hentam DAP dan Anuar Ibrahim tanpa fakta yang kukuh. Selesai itu pula akan menghentam PAS kerana masih liat untuk bergabung dengan UMNO, tanpa disedari orang Melayu mana yang jadi sasarannya, mungkin orang Melayu bangan di kampong/Felda atau orang Melayu di kota. 'hari-hari UM hentam AI/DAP.....hari-hari UM hentam AI/DAP.... hari-rai UM hentam AI/DAP sampai PUK13.

    ReplyDelete
  4. dulu utusan meloya memuji-muji pak sheikh anuar,begitu juga dgn berita harian dan tv3 mengagung-agungkan sheikh kul juburi suatu ketika dulu....................
    awat hampa tak keji pun pd waktu itu........
    ini lah bangsa melayu yang betul2 tak pandai memerintah negeri penuh dgn sampah sarap, lebih baik serah kembali pada inggeris............

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.