Sunday, May 22, 2011

Kejadian tanah runtuh, Shahrizat Jalil tidak sensitif dengan perasaan masyarakat

Bukan semua penghuni rumah anak yatim At-Taqwa adalah anak yatim: Shahrizat
 PEKAN - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.

Katanya berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu semalam, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dan kem motivasi.

Siasatan awal kementerian mendapati pusat berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Pekan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata, beliau telah meminta kementerian dan agensi terlibat seperti Kementerian Pelajaran, JKM, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera untuk mengetahui status rumah terbabit dan kebajikan penghuni-penghuninya.

"Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfiz dan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahu asal-usul kediaman itu," katanya sambil menyampaikan takziah daripada Wanita Umno kepada waris mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu.

Beliau berkata, daripada 47 penghuni yang terlibat dengan bencana yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu, 27 daripada mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara JKM di mana keluarga atau waris boleh menemui mereka di situ.

Shahrizat berkata sekiranya mana-mana penghuni terbabit disahkan sebagai anak yatim, pihak kementerian akan mengambil tindakan yang sesuai bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.- Bernama

Di dalam suasana hiba dan menyayat hati ketika ini kenyataan Shahrizat Jalil seperti di atas adalah sungguh tidak sensitif dengan perasaan masyarakat khasnya perasaan keluarga dan sanak saudara mangsa yang terlibat.

Apakah Sharizat ingin nyatakan bahawa rumah anak yatim ini beroperasi secara haram apabila ianya tidak berdaftar dengan JKM? Apakah salah untuk mengadakan kem motivasi dan tahfiz di rumah anak yatim tersebut? 

Apakah kerana rumah anak yatim ini tidak berdaftar dengan JKM maka waris mangsa tidak berhak menerima apa-apa bantuan dari JKM?

Tidak pernah sesiapa yang waras akan meminta kejadian bencana sebegini untuk berlaku, apa yang berlaku sudah berlaku dan adalah tanggung jawab semua pihak khasnya pemimpin negara seperti Shahrizat untuk tidak memberi tekanan kepada keluarga yang terlibat.

Hakikatnya kenyataan-kenyataan Shahrizat seperti yang di atas “is uncalled–for” dan tidak kena pada tempat, masa dan ketika. Ketika bencana sebegini sifat kemanusiaan seharusnya mengatasi segala protokol, birokrasi, status dan darjat.

7 comments:

  1. betul lah tu apa yg dia cakap kita simpati tetapi yg benar tetap benar

    ReplyDelete
  2. Mummy...

    Mummy pun termakan dengan "misquote" Shahrizat ni? Terer betoi la puak-puak malaysiakini..putaq alam betoi! wartawan bernama pun ikut jugak buboh angle story yang salah? Hahaha...

    Bukan senang nak tengok Mummy kantoi misquote tajuk punchy macam ni..hehehehehe...

    Mummy...saya ada time Shahrizat sebut benda ni...sekiranya rumah anak yatim tu bawah kementerian, rasanya lagi teruk shahrizat kena! Heheheheheee...

    ReplyDelete
  3. sangat bersetuju dengan pendapat Mummy 100%

    ReplyDelete
  4. Shahrizat perlu siasat Pusat Tahfiz dan rumah anak yatim yg berselindung dan di salah guna.Dulu satu van budak sek tahfiz kemalangan di Slim River Perak dan beberapa org meninggal dunia.Sampai sekarang masih beroperasi lagi.Sila rujuk di Talian NUR.

    ReplyDelete
  5. Salam. saya amat bersetuju apa yang dinyatakan. memang kami semua simpati , alfatihah. namun kebenarannya. banyak perkara yang perlu di lihat. Tempat tersebut memang "bom jangka" kita lupakan pendaftaran dgn JKM dsb, just see the location. itu sahaja, seorang yang berfikiran waras akan terus menyatakan ciri-ciri keselamatan tidak dihiraukan oleh mereka yang bertanggungjawab menguruskan tempat tersebut.maaf kalau menyinggung mana-mana pihak, saya ikhlas.

    ReplyDelete
  6. Salam Duke and rakan bloggers,

    Jika kita masih ingat isu RUMAH Titian Kasih (RTK) sebuah rumah kebajikan yang terletak tidak jauh dari Taman Tasik Titiwangsa apabila media memaparkan nasib seramai 45 orang anak yatim, ibu tunggal dan warga emas yang terpaksa mengosongkan rumah berkenaan atas perintah mahkamah.

    Liputan meluas mengenai RTK ketika Shahrizat berada di Filipina menyebabkan beliau terpaksa membatalkan sidang akhbarnya mengenai kanser payu dara yang dijadualkan berlangsung di pejabatnya.

    Dalam sidang medianya di RTK, Shahrizat menyifatkan laporan meluas mengenai RTK ketika beliau bertugas di luar negara adalah satu 'DRAMA'.

    Beliau memberikan jaminan kesemua penghuni RTK akan ditempatkan di rumah perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam masa dua hari.

    ''Yang paling penting ialah penghuni RTK perlu diselamatkan. Sesiapa juga yang ingin menjalankan pusat jagaan perlu mematuhi undang-undang. Saya balik dari Manila tengok surat khabar berita sampai hendak berkhemah di luar rumah, tepi jalan, apa hal ini? Saya tahulah media memang suka 'drama' sebegini.

    ''Dalam masa dua hari semua penghuni RTK mesti ada di tempat yang selamat dan terpelihara. Yang sakit, dibawa ke hospital, yang hilang perlu disiasat polis. Ini semua kena dijaga. Saya faham niat RTK suci, tetapi ada undang-undang," katanya. (Utusan)

    Itulah selalunya kenyataan Shahrizat, beliau perlu sedar ada terdapat rumah jagaan OKU di bawah Kementerian beliau pun tidak menepati keselamatan seperti ada Pusat Dalam Komuniti(PDK) yang beroperasi di rumah sewa, tidak terdapat ‘emergency exit door, fire fighting equipment, dsbnya’.

    PRU sudah dekat manakala ‘rating’ Shahrizat makin jauh, Wanita UMNO hanya mendesak untuk tambah kuota calun wanita dalam pilihanraya.
    Saboooor aje laaaaaa…

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.