MR berpeluang mengikuti Perhimpunan Melayu Perkasa yang diadakan di Alor Setar pada 30 April 2011 yang dihadiri Che Det.
Walaupun terpaksa berjalan kaki kerana sukar mendapat ruang parking kereta tetapi kerana teruja untuk mendapat bahan berita dari ucaptama Che Det kejauhan berjalan kaki terasa begitu dekat.
Tersempil dicelah-celah pengunjung MR dapat rasa kehangatan Melayu Kedah dan keseluruhan “feel” di bawah bahawa PAS akan terus memerintah Kedah kerana Melayu Kedah masih tidak bersatu.
Dasar UMNO Kedah yang tidak pernah mengenang jasa bekas pemimpin anak Kedah sendiri jelas terbukti apabila tidak ada langsung kepimpinan tertinggi UMNO Kedah yang hadir dalam majlis Che Det pada hari itu.
Hari ini kita marah pada pengundi Cina yang tidak kenang jasa kerana tidak mengundi BN dalam PRU yang lepas dan pilihanraya Sarawak baru-baru ini sebaliknya kita sendiri yang tidak mengenang budi pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa pada negara ini.
Mungkin di kalangan pemimpin tertinggi Melayu UMNO Kedah merasa bimbang jika mereka hadir dalam majlis ini kelak mereka tidak akan mendapat undi kaum Cina kerana Perkasa dilabel sebagai rasis.
Inilah UMNO Kedah, di dalam keadaan kapal hendak karam pun masih angkuh, sombong dan berpecah belah sesama sendiri.
Salam,
ReplyDeleteYang ni aku sangat setuju dengan MR...Politik MELAYU tarafnya takat tu saja, nak jaga periuk nasi sendiri..
Lingkop...
Bukan setakat Kedah, Perak pun sama.
ReplyDeleteUMNO takut cina marah nantitak dapat undi PRU13.
Cina tak sokong BN semasa PRU12 dulu dah.
Nasi dah nah jadi bubur pun masik lagi tak sedar2.
tokoh2 UMNO yang 50 tahun ke atas, berundurlah dengan terhormat, bagi peluang orang muda yang lebih bersemangat memimpin.
ReplyDeleteSalam MR..Kes nie saya tak paham..!!pasai apa..tak dak chief2 UMNO Kedah langsung pulak..depa pi mana..??tak kena panggil ka..??awat takut tak dapat seat ka bila PRU 13 nanti...???arahan dari ataih ka..??supaya jangan pi..perhimpunan tu..boleh dak sapa2 bagi tau..??
ReplyDeletepemimpin pemuda umno pun sama.. batang hidung pun tak nampak, maklumlah tak dak elaun..
ReplyDeleteApa salahnya mengundi DAP atau mana-mana parti, kan itu hak si pengundi. Kenapa pakai alasan yang orang Cina tak kenang jasa. Apa jasa kerajaan terhadap orang Cina yang rata-rata (bukan ahli perniagaan)tidak mendapat terus 'keistimewaan' yang diberi kepada orang Melayu(khususnya pemimin UMNO/kroni). Orang Cina datang sehelai pinggang bermula dari kuli, lalu terjun dalam sektor perkhidmatan dan maju. Ada yang datang lebih awal dari generasi Mahathir atau Toyo. Orang Melayu juga 'pendatang' dari Sumatra, Jawa, dan dari gugusan Nusantra lain tapi lebih awal dari yang kumpulan orang Cina dan India yang dibawa oleh British atau pedagang lain (Arab/India/Pakistan/). Salahke mereka kerja macam hamba lalu berjaya dan di'kelaskan' sebagai pendatang, mata sepet dan dituduh tak taat setia? Mereka membayar lebih banyak cukai dari semua orang Melayu. Mereka membangunkan KL, George Town dan mungkin banyak bandar-bandar lain. Anak-anak mereka cerdik. Kontraktor Cina berkerakyatan Malaysia banyak membuat masjid, surau, bangunan agensi kerajaan proMelayu dan membantu membangunkan ekonomi negara. Itupun orang Cina tidak patriotik? Mereka pun ada wakilnya untuk menyuarakan apa yang tidak kena, selalunya kepimpinan bangan UMNO dan inilah yang menyebabkan UMNO/Perkasa gusar dan membuat orang Melayu lain turut sedar dan memilih parti alternatif berdaftar lain kerana semakin cerdik tidak seperti orang Melayu kampung atau Dayat di Sarawak yang lambat sikit untuk sedar.Kenapa UMNO guna Cina sebagai bahan benci mereka sedangnkan pemimpin mereka juga bersongkokol dengan cukong Cina untuk merembat kekayaan
ReplyDeletenegara termasuk para pemimpin Perkasa sendiri.
Tak tahulah orang Melayu Kedah masih bangan nak dengar klentong UMNO/Perkasa atu mereka pun dah cerdik.
Sokong mummy.Saya pun kesana.Sedih dan pilu terasa.mana Umno mana melayu PAS@PKR.Kapal dah nak karam melayu sedang lena dan akan menagis air mata darah memperjuangkan nasib Orang Melayu.Cina hindu semakin biadap kerana melayu Lemah.Mereka sekarang sedang perkuda melayuPas+PKR yang sudah hilang jati diri.Lebih malang lagi Melayu a Umno made Don't Know?????.Sering berebut jawatan dan projek kerja Hampas.
ReplyDeleteMasih teringat ketika berkempen G15 buat TDM beberapa tahun lalu di Dewan Millenium Jitra......sampai mengalir air mata saya dihina oleh perwakilan-perwakilan Kubang Pasu kerana kempen untuk TDM (saya orang luar). Ada seorang bekas Ketua Pemuda Bahagian yang kini sudah dapat title "Dato", dengan selambanya berkata "Buat apa nak tolong dia? Dia bukan ada power lagi dah!". Rasa nak bagi "flying kick" saja kat malaun tuh.....biar sampai terpelanting ke kilang kicap dia...(MR boleh agak siapa mangkok ini). Saya sokong kenyataan MR dalam posting ini......UMNO Kedah asyik-asyik "pi mai pi mai tang tu jugak"....dan semua kepimpinan adalah orang "kaki kawaq" yang tak layak memimpin UMNO Kedah. Adios UMNO Kedah....
ReplyDeleteAnon 9:09 AM
ReplyDelete1. Jika anda seorang berbangsa Cina, saya tak kisah sangat. Anda sudah semestinya bersuara begitu. Dan kami orang Melayu amat memahaminya dan tak ambil 'pot' pun ( kata org Kedah)
2. Tapi jika anda orang Melayu , banyak kesimpulan boleh dibuat tentang diri dan tentang pendapat anda (andaian semata-mata) antaranya :
* anda adalah seorang yang buta sejarah.
* anda berfikiran sempit, mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang sememang pun mahu memusuhi orang Melayu.
* anda tak faham atau sengaja tidak mahu iktiraf perjuangan NGO-NGO Melayu yang memang ikhlas berkorban masa, harta dan tenaga mahu mempastikan masa depan yang lebih elok untuk generasi Melayu akan datang.
* anda nampaknya buta untuk melihat pengorbanan manusia Melayu yang berjuang, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk bangsanya .
* anda seorang munafik atau dlm bahasa Inggeris ' a blatant hypocrite' bila mengkritik dasar-dasar yang telah satu ketika dahulu memberi keselesaan kepada anda dan keluarga.
* anda tidak syukur dengan apa yang sudah dinikmati selama ini. Kerana bertentangan dengan pendirian dan falsafah perjuangan, anda sanggup membelakangkan lojik, fakta, mungkin statistik dan sejarah !
* anda kelihatan kecewa dalam perjuangan politik anda , maka timbullah kata-kata negatif yang lebih bersifat emosional dan bias.
* anda mungkin seorang yang tidak kerja dengan kerajaan. Cara bahasa lebih menampak anda sebagai seorang yang berkerja sendiri atau berniaga atau ada rakan kongsi dari golongan orang Cina atau anda sebenarnya cari makan dan rezeki dengan orang Cina seperti berkongsi perniagaan, transportation, kedai runcit atau jual "getah scrap" ( cuma dibuat andaian saja )
* anda berfikiran jumud dan sempit bila tidak mahu melihat kepada isu yang lebih besar ( the bigger picture). Baik ke, buruk ke, lihat pada matlamat musuh dahulu ? Jika kehancuran kita yang nak dicapai, maka segala kebaikan terdahulu perlu diketepikan segera. Tak payah menunjuk intelektual, atau pandai-berhujah, atau kononnya ahli fikir. Kalau musuh sudah di pintu rumah, apa ke jadahnya nak berpolemik lagi ??? Nyah mereka terus. Tapi kalau dah terhutang budi, jemput masuk ajelah dan hidangkan segala benda yang ada di dapur. Biarkan anak bini mati kelaparan, asalkan musuh yang mengasapkan dapor kita selesa di rumah kita sendiri. Biar anak bini tunggu di luar sementara kita layan orang yang tak sepatut di bawa masuk dari awal lagi.
* anda silap bila mengatakan UMNO dan Perkasa gusar ; gusar sebab apa ? Pertama , Perkasa berjuang dengan caranya sendiri. UMNO dengan caranya. Tapi persamaan adalah dalam bentuk mempertahan hak orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Jika anda masih menyebelahi pihak yang secara terang-terangan mencabul atau mempersoal apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan, maka anda memang lebih buruk dan busuk daripada mereka !!! Anda memang tak cerdik, tak kaji dan tak faham Perlembagaan. Buat-buat cerdik tapi sebenarnya cetek tahap pemikiran !
* anda mempamer kebodohan sekali lagi bila mendiskripsi perjuangan sebagai 'kelentong'. Agaknya selama ini, semasa berjuang dahulu , anda lebih kelentong daripada berhujah benar !!!
* anda jangan naif bila tidak mahu mengaku bahawa terdapat mereka yang tidak seberapa patriotik ; diakui dari kaum lain pun ada juga ! Dalam soal seumpama ini, 'the law of averages' digunapakai.
3. Perkara 2 tidak dituju kepada sesiapa yang bukan Melayu. Harap faham ! Tapi kalau termakan cabai, pedasnya tahanlah juga !!!!!
4. Perkasa tidak rasis dalam tindak-tanduknya. Mereka hanya mempertahan hak mutlak mereka. Perkasa mungkin boleh dilabel rasis jika Perkasa menidak hak orang lain. Jadi lojiknya, orang lain pun JANGANlah mempersoal hak mereka. Percayalah Perkasa sudah mendapat kepercayaan sebilangan besar orang Melayu ; angka yang menyokong makin hari makin bertambah. Jika PERKASA dilihat sebagai 'the saviour' atau 'penyelamat', jangan salah PERKASA pula.
Kenapa PAS akan kekal perintah Kedah:
ReplyDelete1.PAS tak berjuang Islam Lagi.DAP tahu PAS cakap Islam dibibir sahaja.Sebab itu PAS/DAP jadi sahabat.
2.UMNO di Kedah belum setabil berpecah belah.Terutama di bahagian yg dipimpin oleh Ketua yg tak ada kualiti.Begitu juga Pemuda jadi loleh dan lembut.Wanita sudah tak larat.PU3 dah kondem terus.
3.Komponen BN sendiri seperti MCa,MIC,Gerakan,PPP terus lena macam UMNO juga.
4.UMNO masih bermain dalam kain sentung sendiri.Dengan NGO renggang.
5.Seluruh pimpinan UMNO lemah.UMNO Kedah tak ada hala tuju.Merapu sahaja.
6.Dengan Perkasa mereka main wayang tongkoi.Takut bersama Perkasa takut dilihat rasis.Takut bila mereka jadi calon nanti undi Cina hanyut.
7.Pemimpin UMNO permainkan Perkasa.Tak ihklas.Sepatutnya UMNO perlu jadi isi dgn kuku dgn Perkasa .Pemimpin UMNO takut dan pengecut.
8.Pemimpin UMNO uatamakan kepentingan diri dari perjuangan Melayu.
9.Perkasa teruskan perjuanagn ini.Bersuarakan demi Melayu walaupun dianggap rasis.
Siapa pemimpin Agong Perkasa.?
ReplyDeletePok Bregahim anak Ali?
Tak payah sokong dia.
Lahabau nie sejak di kolej lagi suka menyibuk.,
Perjuangan nya Tak Jelas,
Sekejap UMNO,sekejap Berjasa,sekejap 46,sekejap menumpang Pas,leps tur nak ngending UMNO balik.
Sebenak nya dia tubuh Perkasa.,
Cuma nak kan tempat jadi calon pada PRU13 nanti.
PAS X kan bagi lagi tiket di Pasir Mas.,
UMNO jauh sekali.
PKR mati hidup balik X mau dia.
DAP? SUPP ahh!....
X der siapa nakkan dia.
Tur pasai dia cuba menonjolkan diri.,
Buat hebok saja.
Gua baca sejarahnya.
jgn maree!!
kesian TDM........
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat MR dan BURUNG MERBOK. Melayu perlu segera bersatu dan fokus hanya pada keutuhan UMAT MELAYU itu sendiri.
ReplyDeleteMelayu sepatutnya ada satu NGO yg boleh pengaruhi parti2 politik, seperti Dong Jiong utk org cina.
ReplyDeletenamun Perkasa dilihat terlalu bias kepada umno menyebabkan melayu dari PR dan atas pagar tak nak terlibat sama.
Jika Perkasa sanggup pisahkan diri dari umno, maka sokongan Melayu akan bertambah lagi.
Knapa tiba-tiba Mami marah kapada orang UMNO Kedah. Mami tau ka berapa banyak orang UMNO Kedah yang hadzir pada hari itu?.
ReplyDeleteMami tau ka yang hadzir pada hari itu kebanyakannya ahli UMNO. Jika nak harapkan orang PERKASA berapa orang je yang di Kedah niih...?
Sapa kata UMNO Kedah tak mengenang budi TDM?.
tAK FAHAM POLITIK JANGAN CAKAPLAH...
kenapalah antara kita masih tidak ada lagi orang malaysia..
ReplyDeletemasih terdapat perbezaan...
Salam..maksud Mumy tu betol, mmg yg hadir adalah org2 UMno.kita x nafikan bhawa ahli Perkasa bnyak terdiri dari org2 UMno..tp jgn lupa di dlm Perkasa jgk terdapt org Pas & PKr. tetapi mereka2 ini berjuang di dlm Perkasa di atas tiket PERJUANGAN MELAYU..di mana di dlm parti mereka sudah tidak punya suara dan suara mereka tidak lg mahu di dengar. saya amt bersetuju dgn Mumy..mmg pun penyertaan dari "ahli tertinggi" UMNo Kedah ramai yg x hadir...bla sya hubungi ramai yg memberi alasan...ada kerja lain la,anak kenduri la, nk p sana, nk p sini..memang patut la Tun mengungkapkan pantun : :"mELAYU SUDAH lUPA" PULAU PANDAN JAUH KETENGAH, GUNUNG DAIK BERCABANG 3, HANCUR BADAN D KANDUNG TANAH, BUDI YG BAIK DI LUPA SUDAH" mash bermimpi lg org2 Melayu...lupakan segala sengketa, marilah kita bersatu demi Negara Melayu tercinta ini...
ReplyDeletefaham2lah tak kan det khalid nak pi jumpa Tun M, begitu juga dgn rakan2 det khalid yang lain tu, org tua2 dah berpesan buat apa2 pun biarlah berpada-pada jgn lah sampai lupa diri nti kelak siapa yg rugi, kita kna tahu lah mcmana UMNO kedah pd waktu itu rasuah rm200 untuk halang Tun M sewaktu lawan G7, lupa ka........
ReplyDelete