DS Najib dilihat turun kebawah menemui pegundi-pengundi muda melalui perhubungan laman-laman web social seperti Facebook, Tweeter,Bloggers dsbnya.
Sentuhan-sentuhan ‘touch n go’ ini hanya ‘gitu-gitu’ aje tetapi hasil jangka panjangnya masih belum terbukti.
Dasar-dasar untuk pengundi muda khasnya belia dan bekas-bekas siswazah atau dalam lain perkataan orang-orang muda masih belum dilihat hasilnya. Di antaranya:
1) Skim Rumah Pertamaku untuk membantu golongan muda masih terawang-awang dan rata-rata orang-orang muda mendapati kesukaran apabila bertembung di antara penggubal dasar dan perlaksana dasar.
Apabila DS Najib membuat pengumuman dalam pembentangan budget 2011 tahun lepas ianya seolah-olah keesokkannya sedia untuk dilaksanakan tetapi cakap tak seperti pembikinannya.
(Lihat Lapuran Skin Rumah Pertamaku – Berita Harian link)
2) Isu kedua ialah peminjam-peminjam PTPTN yang disenaraihitamkan. Jumlah atau angkanya sebanyak 1.7 juta dan semakin membengkak angkanya setiap tahun.
Apakah sudah nasib bekas-bekas graduan ini disenarai hitamkan sebaik golongan muda ini melangkah keluar universiti ketika masih teraba-raba mencari pekerjaan.
Ramai di kalangan mereka yang disenarai hitamkan tanpa sedar kerana sistem di PTPTN tidak dikemaskini dan ketinggalan.
3) Satu lagi dasar untuk orang muda yang masih belum terbukti kejayaannya ialah skim usahawan siswazah. SME Corp sebagai agensi pelaksananya lebih berceramah dari bekerja.
Ramai usahawan di kalangan siswazah yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman tersebut. SME Corp harus membuktikan berapa siswazah yang sudah mereka bimbing dan bantu sehingga berjaya setakat ini.
MR berpeluang berdialog dengan beberapa kumpulan-kumpulan muda yang rata-rata sudah tidak yakin dengan dasar Kerajaan hari ini khasnya isu-isu yang di atas kerana realiti yang mereka hadapi tidak seindah seruan pemimpin.
Malah ada yang telah ‘give up’ langsung dengan birokrasi dan berusaha untuk bekerja di negara lain.
DS Najib harus ‘hand’s on’ untuk ‘address’ isu ini jika tidak keyakinan golongan ini kepada Kerajaan yang memerintah akan terhakis.
Susah cakap MR.Ada dasar indah khabar dari rupa.Ada dasar nampak indah macam bedak sejuk sahaja.Ada dasar sedap macam mi segera.Ada dasar keras macam kerak nasi.Bukan sahaja sentuhan pada anak muda belum berhasil.Sentuhan kumpulan dewasa pun tak kesampaian.Mungkin Dato Najib terlupa rasanya.Dasar yang dia cakap itu dicipta oleh pegawai kerajaan bukan orang politik.Kita tahu sahajalah orang politik cakap dan buat press statement sahajalah.Sebab itu sedap dan hebat dipertengahan jalan.Mana ada orang politik yang mampu gubal dasar.DiMalaysia sebenarnya yang cukup ada kuasa kuasa ialah pegawai kerajaan.Teruatama yg top-top.Menteri pun kena jual seringgit dua sahaja.Kalau nak cerita amat panjang.Cerita perasaan dan sentuahn orang muda.Nak harap pada Pemuda UMNO dan PU3 UMNO sebagai jambatan segala maklumat sudah tidak boleh diharap lagi.Mereka pun indah khabar dari rupa,kaki,tangan jari dan sebagainya.Mereka lebih utama perut dan poket sendiri lagi.Ada lah sikit-sikit sekali sekala soal wanita melayu lari ke LOmbok.Pada hal banyak lagi perkara yang kena di buta sebagai perjuang muda mudi.Dato Najib kena waspada bahawa semua suara-suara ini cukup penting bagi PRU 13 nanti.Saat ini UMNO hanyalah merupakan kueh yang amat kecil di mata rakyat.Dato Najib perlu mencari ramuan supaya keuh yang sedang mengencil ini di perbesarkan sesuai dengan segala inspirasi rakyat.Jangan biarkan anak muda kita diracuni oleh musuh UMNO sendiri pula.Terus terang boleh dikatakan sayap remaja UMNO sudah hilang taring untuk memebela anak muda dalam pelbagai hal dan masaalah yang mencabar.Setuju sangat tajuk MR ini.
ReplyDeleteberapa orang sangat orang muda PM jumpa,dlm malaysia ni berjuta2 org muda ada, jadi klu nak tackle orang muda banyak kan program ekonomi, skrg ini peluang kerja sangat terhad, maka kerajaan hendaklah buka peluang seluas-luas nya kpd generasi baru untuk cebur dalam perniagaan, jgn buat monopoli utk org2 tertentu saja,buka tiada monopoli lagiumpamanya AP kereta, AP gula, AP kertas DLL..........
ReplyDelete