Tuesday, May 10, 2011

Singapura sukar mencari penganti George Yeo, pengundi Parti Pekerja kena belit

Pengerusi sebuah badan pemikir atau “think thank” Singapura Simon Tay dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura menyatakan Singapura kini tidak mempunyai calon berkelayakan untuk menggantikan bekas Menteri Luarnya, George Yeo yang tewas kepada calon Parti Pekerja dalam pilihan raya umum republik itu baru-baru ini.

Menurut lapuran AFP, Yeo merupakan bekas brigadier jeneral bermula menceburi politik pada 1988. Pernah memegang jawatan Menteri Perdagangan, Menteri Penerangan dan Menteri Luar pada 2004.

Beliau dilihat sebagai seorang pemimpin sederhana dan berpengaruh di ASEAN dan kekalahan Yeo seolah-olah merupakan ‘bencana politik’ yang teruk kepada Singapura.

Calun-calun Parti Pekerja meraikan kemenangan mereka
Begitulah strategi Singapura melukiskan gambar untuk rakyatnya seolah-olah rakyatnya yang mengundi George Yeo melakukan kesalahan yang besar kerana tidak mengundi George Yeo. Dengan membesar-besarkan peranan George Yeo ini ia akan memperkecilkan kemenangan Parti Pekerja.

Adalah mustahil PAP Singapura sukar mencari penganti George Yeo kerana perancangan pembangunan pemimpin pelapis PAP Singapura telah dirangka dengan strategik yang sebenarnya.

Siapa tidak kenal mentor mereka Lee Kuan Yew yang strategis itu. Pandai belit-membelit.

Apa pun PAP tidak perlu gusar jika mereka lenyap di Singapura kerana tunas mereka di Malaysia DAP sedang tumbuh dan akan tumbuh lebih besar lagi dari Singapura.

3 comments:

  1. Kita kena terima tiada kuasa yang boleh menekan gerakan rakyat baik di Singapura, Malaysia, Timur Tengah, Afrika Latin atau di mana saja. Lambat laun sistem penindasan betapa diselaputi/dicover dengan gemerlapan pembangunan tetap tidak boleh menafikan suara rakyat yang ingin kebebasan dari segi politik dan ekonomi.Sistem di Singapura amat menindas, misalnya 10% populasinya menikmati pendapatan RM 57,450 sebulan dan 10% populasi terbawah mendapat RM3,400 sebulan. Cukup dasyat ketidakseimbangan ini, tapi pada permukaan Singapura nampak berjaya dan kaya. Sama juga jika dibuat perbandingan dengan negara seperi Singapura, negara Arab atau di Latin Afrika. Rakyat majoriti hidup boleh saja mungkin seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika ramai rakyat majoriti mula sedar atau celik mereka akan membuat tuntutan dan ini akan menggelegakkan suasan sosial atau politik dan pikah berkuasa akan kata yang mereka sudah diracuni fikiran mereka oleh orang asing dan sangat bahaya kepada negara, maka dikerahkan polis, tentera polis tanpa uniform mematahkan gerakan rakyat, yang lebih gila seperti di Libya, pemimpinnya mengebom rakyatnya yang memberontak dan pertarungan antara gerakan rakyat ada yang sivil dan ada yang militan bergantung kes sesebuah negara. Singapura selama 50 tahun berjaya membendung suara rakyat namun buat akhir ini rakyat semakin matang dan terus mendesak perubahan atau pengaihan kekayaaan yang lebih adil setimpaldengan kos hidup sedia ada.

    ReplyDelete
  2. kalau singapura sukar mencari pengganti george yeo MAKA malaysia juga sukar mencari pengganti paklah badawi,
    sekian lama sistem pentadbiran yg diamalkan BN sangat mengkagumkan dunia di hancurkan paklah dlm jangka masa 4 tahun shj pemerintahan nya, kini najib sudah membaiki kerosakan kerosakan yang ditinggalkan si badawi tu, dan rasanya pru13 boleh lah diadakan pada bila-bila masa shj dri sekrg......

    ReplyDelete
  3. PEGI JAHANAM DENGAN SINGAPORAAAH

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.