Dua tiga hari lepas rakyat digembirakan dengan berita minyak RON95 tidak akan dinaikkan. Semua rakyat rasa lega tetapi disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari apabila Kerajaan hari ini memgumumkan pelarasan kadar tarif elektrik sebanyak tujuh peratus atau 2.23 sen/kwj berkuatkuasa 1 Jun depan.
Di mana kadar tarif elektrik baru nanti ialah 33.54 sen/kwj berbanding 31.31 sen/kwj yang dinikmati ketika ini.
Rakyat seolah-olah dipermainkan dengan janji-janji dongeng.
Semoga cerita video persetubuhan haram pemimpin pembangkang tidak akan padam kerana harga letrik yang mahal.
Semenanjung Malaysia telah lama menerima tarif elektrik yg murah sedangkan rakyat Sarawak telah lama membayar tarif elektrik yg mahal. Rakyat Sarawak rilek jer. Sedangkan rakyat Sarawak lebih ramai yg hidup bawah garis kemiskinan. Kena tgk skop yang lebih luas yer sebelum ambil apa2 tindakan. - orang Sarawak
ReplyDeleteMR.kalau macam tu bila kerajaan umum kenaikan tarif letrik aku fahamlah bahawa pilihantaya ke 13 bukan tahun 2011.Yang pasti 2012.Kalau PRU 13 buat 2011 alamat bungkus lah BN.Aku harap pemimpin UMNO janganlah geli nak nak jadi calon sangat.Takut hilang deposit.Inflasi makin meningkat.Harga barang meningkat.Kos hidup meningkat.Pendapatan menurun.Waktu sekarang yang untung ialah parti pembangkang.Banyak isu yang menguntungkan mereka.Cuma UMNO yang bangang tak pandai main isu.Modal UMNO ialah isu video Pak Sheh sahaja.Yang lain diam.Lapas ini Mat Sabu nanti pusing 1 Msia main isu kenaikan macam -macam benda.Nampak sangat yang kerajaan pun letih dengan defisit budget.Aku ingat kerajaan pun buat pembaziran banyak sangat.Apa yg terjadi yang miskin bertambah msikin yang kaya pun akan jadi miskin.
ReplyDeleteNaikkan apa saja kini akan disusuli kalimah 'untuk tujuan rasionalisasi......', 'tidak membebankan rakyat..', kerajaan adalah kerajaan mengamalkan 'rakyat didahulukan....'- tak habis-habis rakyat diklentong habis-habisan. Bukan kita tak ada duit( kita ada minyak, balak, getah, kelapa sawit, pembuatan) tapi duit kita banyak kena tiris, banyak aktiviti 'bailouts' dan rasuah yang pergi ke kroni UMNO. Gomen tak minat cerita rasuah peringkat mega kerana makcik Felda dan Melayu bangan di kampung tak ambil pot, yang melauang akan kenaikan harga adalah kalangan NGO, orang bandar,5.49 juta isi rumah, presiden CUEPACS, parti pembangkang, persatuan pengguna seperti CAP tak termasuk orang agamawan seperti mufti, imam, ustaz atau JAKIM. Mereka syok berdengung yang inflasi dan kenaikan harga yang akan memiskinkan kita lagi. Nak harap pemimpin UMNO?
ReplyDeleteTNB tu syarikat BN ke PR?
ReplyDeleteWAHAI PEMIMPIN KU ..KAU NAIKAN SAJA APA YG BOLEH DINAIKAN.
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteCek tak tau sangat pasai bajet negara..malas nak follow..pasai apa? Pasai bajet kita yang buat sumanya pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri dari kaki pengampu..buta kayu..penakut..start dari KSN,KSP, KSU membawak la ke PSU..apa yang depa bajet pun depa tak tau apa..tiap-tiap kementerian takdak la yang tak main ratus juta akalau tak bilion..tapi projek-projek yang dirancang sumanya hampeh..yang dapat manfaat dah tentu kroni menteri-menteri..walaupun kita dengaq MOF potong bajet banyak kementerian tapi jumlah yang kena ditanggung oleh kerajaan masih terlalu besaq..pasai apa? Pasai saiz kerajaan terlalu besaq..saiz kementerian dan jabatan sentiasa berkembang..sampai bertindan fungsi dan aktiviti. Sebagai contoh baru-baru ni berlangsung acara Citrawarna dengan gilang gemilang diadakan oleh Kementerian Pelancongan di Dataran Merdeka. Apa salah kalau satu kementerian sahaja yang ditugaskan khusus untuk mengadakan apa jua acara/event untuk Kerajaan Malaysia? Kementerian atau jabatan lain hanya merancang apa acara mereka siap dengan anggaran bajet. Jadi takdak la berlaku pembaziran berhubung sewa tapak, peralatan, khemah dan sebagainya. Kita ni suka sangat kerja secara berasingan (segregated)..pas tu hantaq bajet besaq-besaq..tu yang kerajaan jadi tak berduit memanjang..bila berlaku kenaikan harga minyak dunia..terpaksalah kerajaan naikkan apa-apa yang patut..rakyat didahulukan la katakan!