Thursday, May 26, 2011

Utusan Malaysia akan hilang di dunia jika........

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata “Saya akan menjadi orang tengah menghalang mana-mana pihak yang cuba memboikot akhbar Utusan Malaysia”.

Mungkin jika ditafsirkan dalam lain perkataan, “membujur lalu melintang patah namun Utusan ku pertahan jua”.

Katanya, ketika pembangunan negara ini masih merangkak wartawan Utusan Malaysia atau Utusan Melayu ketika itu menyeberang sungai untuk mengumpul dan menulis berita dengan menggunakan mesin taip.

Pengorbanan sebegini tidak terdapat dalam akhbar Cina, India dan Harakah yang sanggup bergolok-bergadai seperti akhbar Utusan.

Justru itu kata beliau rakyat perlu mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang menjadi sasaran kritikan parti pembangkang kerana akhbar itu berperanan memperjuangkan hak orang Melayu di negara ini.

Apa juga saranan, semangat dan nostalgia yang berkobar-bokar semua itu tidak akan menjamin ‘survival’ Utusan untuk terus hidup di muka bumi Melayu ini.

Utusan akan berkubur jika Melayu sudah tidak membaca Utusan dan Melayu tidak lagi mahu berkorban RM1.50 untuk membeli Utusan Malaysia.

Jika Utusan tidak lagi dibaca, ’ciruclation’ Utusan akan menjunam dan apabila ‘circulation’ Utusan menjunam pengiklan-pengiklan tidak akan lagi menempah iklan dalam Utusan.

Dalam ledakkan informasi sejagat Utusan harus boleh bersaing dan Utusan sudah terbukti meredah dari zaman ‘taipwritter’ kepada zaman ‘laptop’ tetapi Utusan harus ingat bahawa persaing-pesaing mereka juga bukan calang-calang pemain seperti The Star.

Ramai di kalangan elit Melayu sendiri membaca akhbar ‘The Star’ daripada membaca Utusan mungkin kerana takut dilihat kolot dan tidak tahu berbahasa Inggeris.

Apa pun Utusan sentiasa dilihat akhbar perasaan Melayu, jiwa Melayu dan darah Melayu sebab itu buku ‘Mei 13 Sebelum dan Selepas’ hasil tulisan YTM Tunku Abdul Rahman diterbitkan oleh Utusan Melayu tetapi sebaik YTM Tunku Abdul Rahman bersara dari Perdana Menteri beliau telah dipinggirkan dan The Star menjadi pilihan beliau untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada Kerajaan melalui ruangan ‘Looking Back’ dan ‘As I See It’ malah Tunku dilantik menjadi Pengerusi akhbar The Star.

Konklusinya untuk hidup seribu tahun lagi orang Melayu mesti membeli Utusan RM1.50, “Satu Melayu Satu Utusan” tidak cukup berkokok berdegar-degar tetapi membaca akhbar lain.

Seperti kata kumpulan Sepah Maharaja Lawak “KATA HANG TUAH, TAK MELAYU HILANG DI DUNIA TETAPI HANG TUAH SENDIRI HILANG ENTAH KE MANA”.

14 comments:

  1. kalau asyik cerita lucah baik tak yah dan biarlah ia berkubur tanpa nisan kerana akhbar utama biarlah ia membawa aspirasi dan hasrat rakyat tentang masa depan negara ini. cerita lucah boleh di dapati di akhbar picisan atau tabloid

    ReplyDelete
  2. Kita tak naik muak atau mual jika Utusan Meloya memberi maklumat dengan fakta dan laporan yang seimbang, ni tak kebelakangan ni sejak tahun 2008 asyik-asyik membancuh berita pada muka surat pentingnya ' hentam Anuar ibrahim dan DAP dan berita yang berkaitan. Kononnya mesej yang orang Melayu yang tak setuju dengan UMNO adalah bukan Melayu- ini premis apa ni? Melayu liberal, intelektual dan kritikal terhadap pentadbiran bobrok UMNO dikira bukan Melayu tulen. Mamak, Arab, Punjabi yang simpati dengan Melayu dikira sebagai hero Melayu yang banyak terdapat di Pulau Pinang. Apa ni?
    Rakyat kena terima kepimpinan UMNO selama 4 dekad kebelakangan ni dah hilang konsep perjuangan dan logiknya harus diberi peluang kepada kelompok Melayu lain misalnya PAS atau PKR tapi jangan dengan AI atau DAP kerana mengikut kitab Utusan Meloya mereka adalah golongan yang dilaknati UMNO.
    Cukup hairan jika masih banyak orang Melayu bangan masih membaca Utusan Meloya sama juga mengikuti RTM, yang tiada apa yang menarik minda melainkan asyik-asyik hentam daya-daya yang cuba mencari perubahan. Ingat siapa di belakan Utusan Melayo, mereka bukannya 100% Melayu, ada mamak, ada melayu 'rasis', dan pastinya Melayu ikut telunjuk ketua mereka.

    ReplyDelete
  3. Utusan ni akhbar arus perdana,kne la berita tu seimbang.Klau berat sebelah tu yg org tuduh sebagai pencacai umno dan mengampu kerajaan,atau memang utusan ni ikut arahan umno??.Dah la TV pun berat sebelah,ni surat khabar pun sama gak.Kami terpaksa bergantung kepada media2 alternatif seperti internet utk mendapat berita yg seimbang. Rasa-rasanya kalau smua die hard fan umno bli utusan ni confirm tak merosot kn penjualan nyer,keahlian umno kn berjuta-juta,so logik nyer takde masalah,ke org umno pun sndri dh menyampah ngn utusan. utusan jangan la suka2 melabel org yg tak sokong umno sbgai pengkhianat melayu. Tunku Abdul Rahman sendiri last-last keluar umno,so nak label tunku pengkhianat ke?

    ReplyDelete
  4. apa untung nya lampung,puja,dan fanatik pada sheikh aljuburi....
    masa puja puji actor video sex tu dah berlalu.........
    sekarang ni masa untuk hentam dan dedah segalanya tentang sheikh songsang tu kerana apa yg dia mau telah capai di dalam kerajaan dan umno dulu..........
    manusia munafik-penipu dan pengajar budaya songsang......

    ReplyDelete
  5. Inilah dinamakan UTUSAN.. bahan hubungan erat warga kita..

    kiedentech baca bahan lucah? Hari2 atau bila ader berita berkaitan saja?

    Atuk saya takder Utusan, sanggup pusing Petaling Jaya cari, se makayah, saya, anak dan cucu... hah berapa generasi dah semua tu?

    Mungkin pada masa Atuk saya sedang baca Utusan, ramai dari kalangan golongan pembenci Utusan, Tok mereka masih duk sembah kat Chairman Moa ataupun ikut berjalan kaki dengan Gandhi pi pantai buat garam, atau dok kena godam dengan Sukarno?...

    Orang macam ni mana tahu apa itu perjuangan..dan sejarah.. macam semut ajer, mana ade gula, situ ler mereka mengayap..

    PAKYOP

    ReplyDelete
  6. Tak payah spin lagi le. Hang, Melayu celup asyik tumpang UMNO perkayakan diri dan kaum engkau saja.

    ReplyDelete
  7. Ada aku kesah?!!!!











    mantibai

    ReplyDelete
  8. si zahid ni tak ikut perkembangan langsung.... memang dah lama orang dok boikot utusan.. sapa nak baca utusan kalau beritanya tahap lap cermin...

    ReplyDelete
  9. Aku dah lama tak beli/baca Utusan. Puncanya simple..sejak zaman Zainuddin Maidin jadi Ketua Pengarang sampai sekarang Utusan hanya jadi Utusan Amno. Semangat asal Utusan Melayu yang bela orang Melayu dah lama hilang terutama zaman Madey. Utusan ditunggang sepuas-puasnya oleh Amno dan manusia yang ada dalam Utusan tak lebih dari pengampu, pembodek dan pak turut sahaja. Tapi heran jugak camana Zahid kata Utusan macam nak bankrap. Kalau nak bankrap macam mana hujung tahun lepas staf-staf Utusan boleh pergi makan angin kat Korea Selatan dan diberi bonus 4-5 bulan? Sapa pulak yang tanggung?

    ReplyDelete
  10. Dikatakan bahawa Utusan telah diarahkan oleh mahkamah utk membayar semula tunggakan bonus dari tahun 2009 kepada kakitangannya selepas mahkamah mendapati sebenarnya Utusan mendapat keuntungan bukannya kerugian seperti yg dilaporkan. Betui ka?

    Klu betui memang sesuai sgt akhbar ini dipanggil UTUSEKS MELOYA yang suka menipu. Dengan staff sendiri pun dia tipu, apatah lagi dengan para pembaca luar.

    Aku baca UTUSEKS MELOYA tu tapi tidak pernah membelinya.




    Wakakakakaka..............

    ReplyDelete
  11. memang patut utusan mengeSEX diboikot...berita memang tidak seimbang sejak pak malau mengambil alih pemerintahan....satu masa dulu semasa zm mengkritik pak malau...dia di tukar ketempat lain....tetapi sesiapa yang mengampu menggunakan media utusan mengeSEX semaximum....dia akan dinaikkan darjat olh pemerintah...itu lah hakikat nya

    ReplyDelete
  12. SILA buka http://www.youtube.com/watch?v=M3v2JB2tWFM !

    ReplyDelete
  13. Katanya Melayu beradab, bersopan, santun, sentiasa memelihara nilai dan adat ketimuran yang lemah lembut. Yang dok terpampangkan cerita Liwat, SEX, Rogol, menghentam orang, berbohong, fitnah, adu-domba tu nilai Melayu ke? Islam melarang kita mengaibkan sesama islam. Tapi cerita ini bila diketengahkan, ke mana perginya adab-sopan Melayu?

    ReplyDelete
  14. Dulu masa sekolah, Utusan la jadi pilihan sebab memaparkan cerita dari ceruk banat..cerita tentang kesempitan, cerita tentang bebanan rakyat. Idealisme ke arah negara maju dengan ruangan dan komen yang seimbang. Bila yg bagus puji....yg nampak tak bagus tegur. Tapi bila berita semua macam bagus w/p hakikatnya tak bagus..nilai Utusan dah jatuh. Baca NST lagi puas hati..sekurang-kurangnya ada CBT.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.