Dasar DS Najib ingin melihat 30% wanita diletak pada peringkat pembuat keputusan di dalam sektor swasta yang meliputi syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat dan institusi berkanun, serta institusi kewangan seharusnya dilihat dasar tulin dari seorang Perdana Menteri.
Ini berikutan beberapa pendapat yang dilontarkan bahawa dasar ini adalah dasar DS Rosmah Mansor atau “bedroom policy” kerana sekarang pun kata mereka telunjuk DS Najib sudah 30 peratus digubal oleh isteri beliau.
Pendapat-pendapat nakal sebegini tidak harus dilayan kerana hakikatnya tanpa dasar ini pun wanita akan menguasai bukan setakat 30 peratus malah mencecah 70 peratus memandangkan peratusan kemasukan pelajar-pelajar ke IPT baik awam atau swasta menyaksikan wanita lebih ramai dari lelaki.
Dunia akhir zaman.
Thursday, June 30, 2011
Wednesday, June 29, 2011
Kebebasan ada batasannya. Jangan sampai terjadi begini, satu dunia tahu.
Rubber tapper charged with biting wife's genitals
By ONG HAN SEAN, The Star
KUANTAN: A rubber tapper claimed trial Wednesday at a Sessions Court here to a charge of hurting his wife by biting her genitals.
Mohd Shakri Ismail, 28, is charged with causing injury to his wife Roshapida Mat Sidik, 23, while trying to have sex with her at their home at Felda Bukit Goh here between 12am and 3.30am on April 21.
If convicted, he can be jailed up to five years. Mohd Shakri, who was unrepresented, told Sessions judge Noradidah Ahmad that he had never hurt his wife. Noradidah then asked him why there were bite marks on Roshapida's genitals.
Mohd Shakri stood silent at the question and pleaded not guilty to the charge. Noradidah fixed bail at RM7,000 and set July 25 for mention.
Deputy public prosecutor Amer Abu Bakar Abdullah appeared for the prosecution.

Sunday, June 26, 2011
Loya haprak cucuk hidung orang Melayu
Ambiga ialah loya haprak yang merupakan bekas Presiden Majlis Peguam yang bertanggungjawab mencetuskan tuntutan untuk pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001 apabila Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang ternyata bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Haprak ini juga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan semasa kes Lina Joy dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Haprak ini juga telah mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Agenda utama haprak ini sebenarnya untuk memecah belahkan Melayu dan umat Islam Negara ini. Apa yang peliknya ramai pulak Melayu yang dicucuk hidung mereka untuk diheret menyertai perhimpunan haram Bersih di mana yang sebenarnya adalah untuk membersihkan orang-orang Melayu.
Melayu harus sedar jangan asyik bersorak kelak kampung tergadai.

Friday, June 24, 2011
Datuk T di aniaya, kita tunggu episode seterusnya
Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ”tampering” (diubah-ubah) dan ”superimpose” (gambar ditindih) dilakukan.
Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan. (Utusan)
Ternyatalah apa yang Datuk T tayangkan itu bukanlah video palsu atau rekaan Cuma kesalahan Datuk T ialah apabila mereka menayang video itu kepada segelintir wartawan sahaja.
Jika inilah hukumannya adalah lebih berbaloi jikalau Datuk T menayang video ini di pawagam-pawagam utama negara ini kerana yang sudah pasti akan menempa pulangan jutaan ringgit hasil jualan tiket.
Begitu jugalah kepada pelakon video ini, adalah lebih baik jika semasa beraksi beliau memakai cermin mata hitam supaya pihak pakar dari Dartmouth College tidak dapat mengesan siapa pelakonnya yang handal itu.
Apa pun sama-samalah kita tunggu episode seterusnya yang berjodol “Apa nak jadi?”

Tuesday, June 21, 2011
Ketua Puteri Jerlun ditangkap khalwat versus tulisan Rapera tentang politik mati pucuk
Dapatkan buku Rapera terbitan Thinker's Library |
Yusmawati Yaacob, 31, and Jasmi Mohd Ismail, 47, pleaded not guilty to committing the offence on May 11, at about 1.20am.
They were arrested by the state Islamic Religious Department in a house at Taman Tunku Sarina at Bandar Darulaman near here”.
Dalam lain perkembangan MR juga tersipu-sipu membaca buku terbaru rakan blogger Bro Jahaberdeen “Rapera” dalam muka surat 57 bab yang bertajuk “Sex and Politic : Political Impotence in Malaysia” dengan intro bernafsu “impotence refers to the man’s consistent inability to sustain an erection sufficient for sexual intercourse or the inability to achieve ejaculation, or both. Impotence can vary. It can involve a total inability to achieve an erection or ejaculation, an inconsistent ability to do so, or a tendency to sustain only very brief erections”.
Apa pun konklusinya sex dan politik tidak dapat dipisahkan bak kata P.Ramlee seperti “lagu dan irama” kerana kuasa, wanita dan takhta cukup mudah mengabui mata. Lagi banyak Ketua Umum bersyarah lagi kuat keperluan sex nya.
Monday, June 20, 2011
AWAS! AWAS! AWAS! Pemuda akan berhimpun menyucikan BERSIH
Pergerakan Pemuda UMNO tetap akan berhimpun jika penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) berkeras meneruskan perhimpunan besar-besaran di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu pada 9 Julai ini, sebagai tanda sokongan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pemuda UMNO tetap akan turun berhimpun dan berdepan dengan mereka jika BERSIH berkeras meneruskan agenda mereka, namun perhimpunan kami sebagai tanda sokongan kepada SPR yang sudah bersih, walaupun pembangkang mendakwa sebaliknya” kata Naib ketuanya, Datuk Razali Ibrahim.(Utusan)
Betul ke Pemuda UMNO mampu mengumpul ahli-ahlinya untuk menghadapi BERSIH sedangkan mesyuarat Pemuda Bahagian pun tidak mendapat sambutan.
Pemuda hari ini hanya mampu berkumpul jika mendapat upahan yang lumayan. Mungkin KJ boleh memperuntukkan beberapa juta ringit untuk diupah kepada Pemuda bagi menyucikan himpunan BERSIH.

Saturday, June 18, 2011
Penjelasan Buku Anas Zubedy, pemikiran Anas atau pemikiran Bhuvanes Krishnasamy?
MR tidak berhasrat untuk berhujah panjang atau berdebat dengan mana-mana rakan bloggers kerana MR kira sesiapa juga bebas menyatakan pendapat demi menegakkan kebenaran atau menyuarakan suara-suara rakyat.
Walaubagaimanapun apabila Saudara Anas Zubedy di dalam komennya pada 17 June 2011 (post has been removed by the author) mempertikaikan kredibiliti MR seolah-olah MR tidak membaca buku beliau dan hanya “cut and paste” posting dari rakan bloggers Tok Senawi atau dalam lain perkataan “hentam keromo” ini telah mencabar MR untuk memberi sedikit dari puluhan hujah berhubung buku beliau yang terlalu cetek kajian tentang memahami al-Quran.
Sebagai menjawab permintaan Anas, berikut ialah penjelasannya.
Pertama sekali perlu diingatkan Anas perlu meneliti kredibiliti penterjemah buku beliau.
Anas tidak boleh mengambil mudah hal-hal yang bersabit dengan agama dengan membenarkan BHUVANES KRISHNASAMY menterjemahkan buku beliau dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia.
Sejauh mana penterjemah buku memahami Al QAuran? atau lebih memahami bible. Tidak hairanlah penterjemah buku ini pun sudah boleh dipertikai kredibilitinya tentang ilmu Islam.
Soalan MR ialah sudahkah Anas semak betul-betul tafsiran sebelum di ‘publish’ buku beliau, seperti ayat-ayat suci Al-Quran dari sudut tafsirannya? Begitu juga halnya dengan terjemahan Bible yang saudara ‘quote’ adakah tepat terjemahan tersebut?.
Banyak petikan-petikan ayat Al-Quran yang saudara nyatakan di dalam buku tersebut ditafsirkan berdasarkan "word-by-word" di mana kerja ini sama saja dengan penganut-penganut Kristian yang menafsirkan kitab mereka "word-by-word".
Seharusnya Anas merujuk dari kitab-kitab tafsir muktabar seperti Al-Azhar atau sekurang-kurang Ahmad Sonhadji Mohamad bagi mendapatkan tafsiran yang tepat dan tidak boleh hanya merujuk kepada terjemahan dari laman-laman web tanpa berguru.
Sedikit dari puluhan contoh ialah, dalam bab dua, m/s 41 buku Anas ada menyebutkan "Memang jelas bahawa penggunaan istilah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam Bible bukan sahaja dibenarkan, malah ia diseru dalam Al-quran". Persoalannya dari dalil dan nas mana yang saudara petik dan gunapakai sehingga Anas membuat kesimpulan sedemikian?
Apakah Anas merujuk surah Al-Maidah 5:81 seperti yang disiarkan?
Dalam ayat tersebut Allah memperjelaskan tentang sifat dua (2) jenis kaum iaitu Yahudi dan Nasrani. Dalam ayat tersebut Allah memberitahu Nabi Muhammad SAW, bahawa sifat Yahudi itu lebih keras, sebab itu mereka sanggup membunuh para Nabi dan Rasul yang dihantar kepada mereka.
Manakala sifat Nasrani agak lembut keranasebelum ini mereka sudahpun mendengar tentang kenabian Rasullullah SAW. Dan peristiwa penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyi memperlihatkan tepatnya firman-firman Allah.
Setibanya kaum muslimin, yang terpaksa berhijrah demi menyelamatkan diri dari puak Quraish itu, ke Habsyi, mereka diajukan soalan oleh Raja Habsyi an-Najasyi yang berbunyi: “Apakah yang diperkatakan oleh Muhammad (SAW) tentang Isa Al-Masih dan Ibunya Maryam?”.
Maka para sahabat memberitahu bahawa Muhammad SAW bersabda, "Isa adalah hambah Allah dan seorang Rasul serta dengan kalimat Illahi, rohnya ditiupkan ke dalam rahim ibunya. Muhammad juga mengatakan bahawa ibunya seorang gadis yang baik lagi suci".
Lalu, Ja'far bin Abi Talib membacakan surah Maryam, sehingga menangis seluruh yang mendengarnya betapa benarnya kata-kata Allah. Akhirnya mereka beriman dengan Allah dengan mengamalkan akhlak yang mulia.
Persoalannya, di manakah tempat yang disebutkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan dalam kisah tersebut?
JELAS sekali lagi buku tulisan Anas ini sudah menyimpang dan ingin MR persoalkan, adakah buku ini pemikiran Anas Zubedy atau pemikiran Bhuvanes Krisnasamy?

Thursday, June 16, 2011
Haramkan buku Anas Zubedy
Berikut MR petik posting dari blogger http://www.toksenawi.blogspot.com/ memperincikan hujah penulisan anak muda Anas Zubedy yang kalut dan menyimpang dari landasan yang sebenar.
MR mengenali blogger Tok Senawi yang memang mendalam kajian beliau tentang bible dan MR menyokong jika buku ini diharamkan..
Menakutkan! Begitulah kira-kiranya perasaan TS apabila selesai membaca buku yang bertajuk "Allah dalam Bible, boleh atau tidak? - Satu sudut Al-Quran" karya Anas Zubedy. Seorang anak muda Melayu yang cukup liberal fahamannya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi menghalalkan penggunaan kalimah Suci Allah untuk orang Kristian didalam Bible.
Kejahilan beliau dalam menjemahkan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ketara. Al-Quran sumber rujukan utama umat Islam bukanlah boleh ditafsirkan sesuka hati mengikut logik akal. Pada masa yang sama juga memberikan terjemahan yang salah dari petikan-petikan Bible.
Sebagai contohnya petikan ayat suci Al-Quran dari Surah Ali Imran 3:113, menerangkan bahawa terdapatnya orang-orang Yahudi yang baik yakni yang mempercayai Allah dan Hari Kiamat dan mereka ini beriman dengan ayat-ayat Allah (mengerjakan yang makruf serta melarang kepada perkara yang mungkar).
Apakah ayat-ayat Allah dalam konteks ini bermaksud "Bible"? Hanya kerana yang membacanya itu adalah orang Yahudi maka kita mengatakan Al-Quran membenarkan kalimah tersebut digunapakai dalam Bible. Ini merupakan kekeliruan yang terang dan nyata TETAPI itulah yang cuba diterangkan oleh penulis!
Begitu pula dengan petikan dari Bible yang diberikan oleh penulis, katanya, " Yesus menjawab, kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, ....." Matius 22:37-40.
Sedangkan yang tercatit didalam Bible langsung tidak menyebut Allah, "Jesus said to him, You shall love the LORD your God with all your heart, with all your soul and with all your mind." (Matthew 22:37)
Penulis juga meminta agar penganut Kristian meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan hak bagi menggunakan kalimah Allah dan pada masa yang sama akan sedia menyokong mereka untuk sama-sama mendesak agar Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan.
Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kawalan atau sekatan terhadap apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama lain disebarkan kepada orang-orang Islam. Penulis mendesak agar penganut kristian di negara ini bersatu mendesak agar mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam atau orang Melayu!
Sikap penulis yang bertindak menyebarkan pluralisme agama melalui "perpaduan" adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Manakan sama Islam dengan mana-mana kepercayaan lain.
Sedangkan Allah hanya mengiktiraf Islam sebagai agama kepada seluruh umat manusia! Firman Allah SWT didalam Al-Quran, "Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu bagimu dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atasmu, dan Aku reda agama ISLAM itu menjadi agamamu." Al-Maidah 5:3
Perpaduan masyarakat tidak sama dengan agama. Agama berkait dengan akidah atau kepercayaan serta amalan. Perpaduan lebih kepada sikap toleransi dan kerjasama. Apakah dalam beragama kita boleh bertoleransi? Meninggalkan suruhan kerana sikap kurang senang orang bukan Islam terhadap amalan kita dan atas dasar prinsip "human-rights", contohnya memakai tudung!
"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." Al-Kafirun 109:6
Beginilah keadaan sekiranya kita tidak mempunyai maklumat tentang Bible dan Kristian serta tidak mendalami agama sendiri (Islam)! Beginilah juga keadaannya apabila bertindak dan berfikir hanya dengan logik akal. Mengapakah hanya memetik segelintir sahaja petikan dari Bible untuk diberikan bidalan dan perumpamaan? Mengapa tidak dilihat Bible secara keseluruhannya yakni intipati kandungannya?
Adalah lebih baik merujuk terlebih dahulu kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal agama sebelum memberikan sebarang tafsiran agar tidak terjerumus dalam jurang kehancuran akidah.
Sekadar membaca sahaja masih belum mencukupi. Sebab itu dalam bab agama kita disuruh berguru! Sebab itu juga ada majlis baca kitab di masjid dan surau tujuannya untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang soal hukum hakam!
Oleh yang demikian juga TS berharap pihak berwajib seperti KDN, agar mengambil langkah sewajarnya bagi membendung buku-buku atau sebarang terbitan yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.
"Ilmu tanpa amal itu sesat, amalan tanpa ilmu itu gila".

Tuesday, June 14, 2011
Korporat Melayu tak boleh dibuat kawan
Ahli perniagaan, Datuk Shamsuddin Hayroni memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau terpaksa menjual dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM5.5 juta kepada Dr. Mohamad Khir Toyo hanya dengan harga RM3.5 juta pada tahun 2007.
Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd. yang juga saksi pendakwaan kedua itu berkata, beliau tidak mempunyai pilihan selepas bekas Menteri Besar Selangor itu ingin membelinya di bawah harga pasaran kerana khuatir projek serta perniagaannya di negeri tersebut akan terjejas.
‘‘Perbincangan telah berlaku antara saya dan Mohamad Khir berhubung penjualan dan pindah milik. Saya tidak setuju dengan harga RM3.5 juta sebab ia terlalu rendah. Selepas ubah suai rumah dengan kos RM1.5 juta, ia boleh dijual dengan harga antara RM5 dan RM5.5 juta.
‘‘Setelah berbincang dengan orang rumah (isterinya), memandangkan saya ada projek dan aktif dalam perniagaan di Selangor, apabila Menteri Besar mahu rumah saya dengan harga RM3.5 juta, saya khuatir dengan kedudukan perniagaan saya di Selangor jika tidak bersetuju,’’ katanya. (Utusan Malaysia)
Inilah salah satu buktinya korporat Melayu tak boleh dibuat kawan. Masa mereka susah ponggong MB pun mereka jilat hari ini bila tersepit dipusingnya jarum jam sehingga Khir Toyo tersepit dan tercungap-cungap di mahkamah.
Ramai ahli-ahli politik lebih suka berpakat dengan korporat Cina kerana mereka pandai jaga lubang jika terperangkap.
"Pandai makan tarak pandai simpan maaaa" kata kawan MR, Lim Jit Khoon
Sejauh mana kebenaran ini harus disingkap dari sejarah yang lepas. MR no komen, kalau you all nak komen silakan…..

Monday, June 13, 2011
Di dalam UMNO hanya yang menyalak mendapat habuan
Umno perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menghadapi pembangkang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, unit tempur siber UMNO gagal dan tidak sistematik menangani isu-isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber.
Kebiasaan amalan di dalam UMNO semua kerja mesti dibayar tidak ada lagi perjuangan yang ikhlas tanpa habuan. Ada duit semua jadi.
Begitu juga amalan di dalam UMNO mereka yang betul-betul ikhlas buat kerja tanpa habuan tidak pernah dikenang dan diganjarkan.
Mereka-mereka ini seringkali menjadi mangsa makanan jerung besar yang hanya mengambil kesempatan seperti memerah tebu sampai tinggal hampas akhirnya habuk pun taraaaaak.
Ganjaran diberi kepada amereka yang pandai menyalak dan ‘demand’ yang bukan-bukan tetapi hasil kerja hanya ciput.
UMNO harus melihat betul-betul mereka yang ‘deliver’ supaya mereka ini kelak tidak disambar pembangkang.

Friday, June 10, 2011
Kalaulah ada sesiapa yang menafikan bahawa seks itu tidak penting pada pasangan yang berumah tangga pada peringkat awal terutamanya pada kaum lelaki, sungguh orang itu hipokrit dan mati pucuk.
Satu Malaysia gempar apabila kelab isteri taat ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, yang sebelum ini juga mengejutkan orang ramai dengan penubuhan kelab polygami.
Salah satu promosi atau penekanan yang diketengahkan oleh kelab isteri taat adalah tentang kepuasan hubungan seks suami isteri.
Dari situ maka ramailah yang melenting samada lelaki maupun perempuan membantah persepsi ahli kelab yang menganggap isteri sebagai alat seks kepada golongan suami.
Antara yang melenting seperti biasa adalah para penggiat sister in Islam, puteri Umno, wanita Umno dan juga Datuk Dr Mashitah, timbalan menteri di jabatan perdana menteri.
Kenapa kita perlu marah pada mereka yang bercita-cita menjadi seorang isteri yang taat? dan amat pelik sekali apabila isteri yang berusaha mahu memuaskan nafsu seks suaminya ditempelak dengan hebat dengan berbagai alasan. Dimana salahnya menghidangkan layanan seks yang hebat pada suami, lebih-lebih lagi pada pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.
Jika kita lihat secara ikhlas, bermulanya perkahwinan adalah berkisar kepada keinginan seks. Keinginan seks terbentuk secara semula jadi kepada semua manusia terutamanya pada golongan lelaki.
Kalaulah Allah tidak jadikan keinginan seks tersebut alamat sunyilah muka bumi dari makhluk yang bernama manusia. Manusia membiak beranak-pinak memenuhi muka bumi hasil daripada wujudnya keinginan seks tersebut.
Sebagai seorang muslim, salah satu daripada sebab ia berkahwin adalah kerana desakan melepaskan keinginan seks yang wujud secara fitrah. Keinginan itu mahu disalurkan secara halal yang dibenarkan oleh syarak. Itu proses normal apabila kita meningkat dewasa.
Lanjutan daripada perkahwinan tersebut maka dapatlah nafsu seks disalurkan secara bersih dan halal yang mana dengan izin Tuhan lahirlah zuriat berupa anak-anak menjadi waris kepada pasangan yang berkahwin.
Dengan terbentuknya keluarga, maka lahirlah perasaan kasih sayang dan rasa tanggung jawab bagi memelihara anak-anak sebaik mungkin. Bermula dari situ dunia perkahwinan menjadi lebih luas kepada pasangan suami isteri.
Selain daripada seks, perkahwinan kini menuntut kepada kesabaran mencari nafkah hidup, kesabaran mendidik, menyediakan tempat perlindungan dan lain-lain seumpama dengannya. Ini bermakna dunia rumah tangga berkembang kepada hal-ehwal selain seks pada peringkat kedua berumah tangga.
Kalaulah ada sesiapa yang menafikan bahawa seks itu tidak penting pada pasangan yang berumah tangga pada peringkat awal terutamanya pada kaum lelaki, sungguh orang itu hipokrit dan mati pucuk.
Janganlah kita nafikan kepentingan seks pada kaum lelaki. Satu dunia tahu perkataan yang paling teratas menduduki senarai perkataan carian di enjin pencarian internet adalah perkataan "seks". Baik di negara kita, mahupun di negara barat. Baik negara umat Islam mahupun di negara bukan umat Islam.
Alasan lelaki berpeleseran dan melanggan pelacur walaupun isterinya taat bukanlah alasan untuk menolak hasrat para isteri yang berusaha menjadi isteri yang taat.
Bacalah sejarah dunia dari dulu sampai sekarang, manusia naik dan turun tewas dan menang, mati dan hidup tak pernah sunyi daripada cerita seks. Seks, seks, seks, memang penting dan menjadi trade mark manusia sejak zaman purba sampai sekarang. Hanya mereka yang hipokrit dan control hensem saja yang menafikannya.
Amalkan seks secara sihat dan dibenarkan syarak, nescaya hidup anda lebih bermakna !!!
(sumber : rakan blogger wartasubhi.blogspot.com)

Ustaz Azizan jumpa bijih
Allah SWT telah menurunkan rezeki kepada rakyat negeri Kedah berkat memilih kepimpinan Ustaz Azizan dengan penemuan bijih besi di beberapa daerah di negeri itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penemuan galian baru berkenaan dikenal pasti sejak setahun lalu apabila bijih besi itu timbul secara semula jadi di atas permukaan tanah di daerah Sungai Petani dan Kubang Pasu.
“Saya gembira dan bersyukur dengan penemuan ini kerana boleh jana pendapatan negeri. Banyak kawasan dikenal pasti mengandungi bijih besi malah permintaan galian ini juga amat tinggi, terutama dari China,” katanya pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.
Sepanjang kepimpinan BN/UMNO di Kedah tidak pula kedengaran adanya bijih besi ini dan yang hanya rakyat ketahui ialah hasil masyul bumi seperti balak, kuari batu dan pasir.
Berebut-rebut tokoh-tokoh politik UMNO mengejar konsessi balak sehingga syarikat Pemuda UMNO ”Gempita Muda” yang pernah dipimpin oleh Datuk Ahmad Bashah berkubur tanpa nisan. Budaya ini juga dibawa-bawa oleh kepimpinan PAS apabila mereka mula mengambil alih Kerajaan.
Adalah menjadi harapan rakyat agar hasil dari bijih besi ini akan dibelanjakan dengan berhemah untuk rakyat Kedah dan tidak menjadi rebutan di kalangan exco-exco PAS nanti.

Thursday, June 9, 2011
Tu dia....di Kota Bharu
A SUPERMARKET carpark in Kota Baru, Malaysia, has turned into a meeting point for couples to have sex during their lunch break, reported Harian Metro.
The couples need only pay RM2 (S$0.82) per entry and they usually arrive in separate vehicles to avoid being spotted by acquaintances before engaging in sexual acts inside their cars in dimly-lit areas of the carpark.
Supermarket workers could view what was going on through CCTVs installed at strategic spots in the carpark.
'I have seen couples having sex in their cars,' a source said. -- THE STAR/ANN

Wednesday, June 8, 2011
Apa rasionalnya paparan To'kong Buddha dalam filem 'Kongsi'?
Terdapat satu babak dalam filem “Kongsi” di mana dipaparkan latar belakang To’kong Buddha yang dikira seharusnya sensitif dengan penonton remaja Islam Negara ini.
Menurut jalan ceritanya babak ini memaparkan tugasan yang diberi oleh Kimpedu (Bront Palarae) dengan mengupah Tumulak (Shaheizy Sam) untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap.
Semasa tugasan ini diberi semua pelakon mengadap To’kong Buddha dahulu seolah-olah ingin mendapat keizinan.
Rata-rata penonton filem Melayu hari ini boleh dikatakan 90% adalah kaum Melayu dan seharusnya penerbitnya David Teo yang kaya raya dengan wang Melayu tidak cuba menyelit jarum-jarum halus untuk merosakkan akidah orang-orang Melayu dan Islam.
Farid Kamil sebagai pengarah juga tidak seharusnya terikat dengan visual To’kong Buddha untuk mengambarkan Selatan Thai kerana banyak lagi visual yang lebih menarik di Thailand untuk menunjukkan kejadian berlaku di Thailand.
Kongklusinya filem ini gagal membentuk akhlak hanyalah membawa sedikit mesej 1Malaysia sebagai mengaburi pihak berkuasa untuk kelulusan Lembaga Penapis Filem.

Monday, June 6, 2011
Selamatkan PAS
Sikap Pas yang berdolak-dalik dalam soal kesahihan rakaman video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perkara biasa sebagai sebuah parti politik yang konon berpegang kepada konsep empat saksi.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.
Konsep empat saksi seperti di dalam hukum Islam telah dipergunakan sebagai alat untuk menyelamat kemungkaran yang dilakukan oleh rakan dalam parti mereka.
Perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum hudud juga hari ini telah terkubur hanya dipergunakan pada masa dan ketika yang sesuai dengan musim politik mereka sahaja.
Itulah PAS.
Hakikatnya PAS tidak perlu diyakini akan kesahihan video ini kerana Allah SWT lebih tahu siapa sebenar pelaku aksi sex dalam video ini.
Hampir setiap hari rakyat yang terdiri dari berbagai kaum sedikit demi sedikit sedang menonton siapa sebenar pelaku video sex ini maka biarlah rakyat yang menjadi hakimnya kelak.
Jika PAS masih bertindak menyembunyikan bangkai di dalam selimut satu hari kelak Parti Islam Se Malaysia ini juga akan dimamah ulat, hancur bersama bangkai yang semakin mereput.

Saturday, June 4, 2011
Tahniah kepada bekas penghuni BILIK 121
Sejarah telah melakarkan tanggal 31 Januari 1995 penghuni bilik 121 Hotel Perdana, Jalan Mahmood, Kota Baru telah di tangkap basah dengan isteri orang. Tokoh tersebut yang dikira sebaris popularnya dengan seorang lagi pelakon video sex dikira hebat kerana kejantanan mereka.
Hari ini tokoh khalwat tersebut telah dinobatkan sebagai Timbalan Presiden Parti Islam Se Malaysia memperolehi jumlah undi tertinggi sebanyak 420 undi dengan menewaskan tokoh ulama’ terkemuka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat 399 undi dan Nasharudin Mat Isa yang mendapat 224 undi.
Nampaknya trend kempimpinan dunia hari ini semuanya hebat-hebat kelaku sex mereka.
Tahniah kepada Mat Sabu yang memenangi Timbalan Presiden PAS!

Friday, June 3, 2011
DENDAM
Pada mulanya Normah tidak begitu ghairah menerima pelawaan Dato’ Ishak untuk keluar berpeleseran di kelab-kelab malam di sekitar Kuala Lumpur, kerana dia menginsafi bahawa perbuatan sedemikian adalah salah di sisi agama. Jemputan ini dibuat apabila Normah selesai menjalankan tugas pada waktu malam, tiga kali seminggu.
Dalam pada itu Dato’ Ishak sudah pun berkahwin dan mempunyai anak-anak kecil.Tetapi selepas dihulurkan hadiah demi hadiah serta buah-buah tangan yang mahalmahal, pertahanan Normah mula terhakis. Dia akhirnya menjadi girlfriend Dato’ Ishak yang gila glamour itu.
Status girlfriend CEO juga membawa kenaikan pangkat yang cepat dalam kerjayanya. Daripada hanya mengacarakan program-program yang kurang diminati, beliau diberi tugas mengemudikan majalah TV13, mengacarakan persembahan-persembahan agung dan tugas-tugas lain yang menjadikannya seorang ikon TV yang ulung.
Tudung kepala sudah pun tertanggal menjadi “artifak kuno”, rambutnya didandan rapi dengan fesyen rekaan baru dari Paris, pakaiannya disediakan oleh butik-butik terkemuka, kulit mukanya diuli halus dengan berbagai bahan kosmetik dan operasi kecantikan lain yang menonjolkan keterampilan dirinya sebagai seorang ikon yang sangat popular.
Kepulangan Normah ke kampung mengejutkan warga desa sehingga pemuda-pemuda kampung yang dulunya menaruh hati kepadanya mula berundur dengan perasaan rendah diri melihat transformasi gadis idaman mereka menjadi seorang makhluk yang asing perwatakannya daripada apa yang terdapat dalam masyarakat desa mereka.
“Amboi! Kalah Sarimah kalau nak banding dengan Normah kita,” ujar Sobri, setiausaha Belia 4B Felda Lubuk Merbau.
“Hish, dah macam patung aku tengok dia. Ala, patung kat supermarket tu. Dia buat apa kat muka dia, hah? Pipi bersinar, elok timbul. Dah macam Bukit Telor kat belakang kampung kita ni!” Mat Khir Ceme berkata.
“Cuba hangpa tengok dagu dia, terjuntai ke bawah! Air minum di Kuala Lumpur tu ada khasiat spesial kot?”Pak Cat ‘Gila’ menambah.
“Hangpa ni ketinggalan zaman la! Hangpa tau dak, perempuan zaman la ni, semua duk nak tiru pelakon-pelakon Hollywood. Depa kat sana pun apa lagi, cari untung la. Buat Botox, boleh cucuk muka, cucuk badan.Lepas tu boleh la nak sama dengan artis Hollywood,” Ismail, guru muda kelulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjadi pengerusi Belia 4B Felda Lubuk Merbau menerangkan.
“Oh! Sebab tu la aku tengok depa minat sangat dengan punggung besar macam punggung Jennifer Lopez! Dulu,orang kita, kalau punggung besar ni hodoh,” Mat Khir Ceme memberi pandangan.
“Punggung tonggek, orang panggil.” Sobri pula memberi penjelasan.
“Satu lagi, mulut luas macam Julia Roberts tu pun depa suka. Dulu orang tak pandang pun,” Ismail menambah.
“Aku rasa, sat lagi kalau Hollywood kata ‘Beruk Mak Ye’ tu lawa, semua perempuan nak ada muka serupa tu,” Sobri membuat kesimpulan.
“Kolot! Kuno! Diorang tu semua ikut cara orang dulu-dulu. Ketinggalan zaman! Kakak tak suka la lama-lama kat sini! Kakak nak balik KL esok. Yam bagi tau Mail, Kakak terpaksa balik sebab ofis panggil balik, so tak dapat bagi ceramah kat perhimpunan Belia 4B malam esok!” Normah mengarah adiknya Mariam, yang menceritakan komen-komen anggota Belia 4B terhadap dirinya.
“Tapi Kak, diorang dah buat persediaan sambut Kakak dan YB Dato’ Dr. Awang ke majlis tu!” Mariam dengan nada cemas mengingatkan kakaknya.
“Takpe. Biar dia je la yang pergi,” Normah membuat keputusan muktamad.
Normah menelefon Dato’ Ishak mengenai kepulangan awal dari percutian di kampungnya. Dia terkejut besar kerana disambut oleh Dato’ Ishak dengan hadiah sebuah kereta Honda Sports yang berharga RM300,000. Hadiah yang berharga ini membuatkan perhubungan Normah menjadi lebih intim dengan Dato’ Ishak.
Sepanjang malam selepas menerima kereta itu, Normah tidak dapat melelapkan mata kerana berasa sangat teruja dengan ‘buah tangan’ daripada Dato’ Ishak itu. Salmah pun sama-sama berkongsi keterujaan sahabatnya dan sepanjang malam, mereka duduk berbual mengenai kereta pemberian Dato’ Ishak itu.
Dato’ Ishak membeli kereta itu daripada pengedarnya, Edaran Juwana dengan membayar wang muka sebanyak RM30,000 yang merupakan sepuluh peratus daripada harga sebenarnya. Yang selebihnya dibayar ansuran sebanyak RM3,000 sebulan kepada pinjaman bank atas nama Normah yang diatur oleh Edaran Juwana.
Strategi ini diguna pakai oleh golongan elita yang menyimpan girlfriend. Andainya girlfriend itu lari, pembayaran wang ansuran bulanan itu dihentikan. Justeru, si girlfriend terpaksa setia kepadanya jikalau hendak terus memiliki pemberian yang berharga ini.
Tetapi ada dalam kalangan girlfriend-girlfriend ini yang cilik. Apabila mereka jemu dengan boyfriend-boyfriend yang rata-rata lanjut umurnya, mereka memastikan boyfriend-boyfriend baru terdiri daripada golongan berada yang mampu mengambil alih pembayaran ansuran bulanan kereta mereka.
Itulah yang dipertimbangkan oleh Normah apabila dia membelek kad bisnes Khalil Gibran pada malam itu. Khalil Gibran lebih tampan daripada Dato’ Ishak walaupun umur mereka agak sama. Dengan ketinggian badan Khalil Gibran yang mencapai enam kaki berserta misai tebal ala-Tom Selleck, pasti sekali Normah akan berasa bangga apabila dia dilihat oleh rakan-rakan gila glamournya dikepit oleh Khalil berpeleseran ke sana ke sini.
Lagipun Normah sudah mula berasa jemu dengan Dato’ Ishak yang kurang machonya dibandingkan dengan Khalil Gibran. Sudah setahun dia berada di bawah ‘kawalan’ Dato’ Ishak dan kini isteri Dato’ Ishak pun mula menghidu perhubungan mereka. Masanya untuk menukar selera sudah tiba.
Demikian sedikit sedutan dari novel terbaru Datuk Dr Affifudin Hj Omar. Dapatkan di MPH Bookstore.

Thursday, June 2, 2011
Nur Jazlan, Penjara Pudu dan 'hantu rayau' bekas banduan
Akibat dibelasah bertubi-tubi oleh Musa Sheikh Fadzil adik kepada Kadir Sheikh Fadzil dan abang kepada Aziz Sheikh Fadzil, Pengarah Urusan UDA, Datuk Jaafar Abu Hassan meletak jawatan.
Semuanya berpunca dari isu pembangunan semula tapak penjara Pudu yang melibatkan pelaburan biilionan ringgit yang diasak kerana tidak membantu Bumiputera.
Nur Jazlan dan Musa Sheikh Fadzil bersilat sakan sehingga lapuran pembangunan terpaksa dibawa ke mesyuarat kabinet.
Nampaknya ‘ hantu-hantu’ dan ’jembalang’ bekas-bekas banduan penjara Pudu masih berkeliaran walaupun penjara Pudu telah dirobohkan.
Kata Jaafar perletakan jawatan beliau tidak bersangkutan dengan hubungan dingin beliau dengan Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed

Wednesday, June 1, 2011
Isu gerai akan menggugat kepimpinan MB Kedah
ALOR SETAR - Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.
Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.
“Selagi tuntutan kami tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.
“Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa,” katanya pada media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman, semalam.
Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.
“Kami kesal kerana keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kami sebagai pembuat dasar dan polisi,” katanya.
Ishak berkata, rentetan peristiwa itu, 17 ahli majlis lantikan politik kecewa dan hilang keyakinan kepada Rozaina dan Radzuan, dan memutuskan untuk tidak hadir pada sebarang mesyuarat MPSPK bermula kelmarin sehingga digantikan dengan YDP baru.
“Keputusan kami ini bukan hanya disebabkan isu perobohan gerai, tetapi beberapa isu lain seperti beliau sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit,” katanya.
Antara kenyataan dalam memorandum itu ialah perancangan sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.
“Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan,” katanya.
Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.
“Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi,” katanya.
Memorandum turut membangkitkan rasa tidak puas hati keputusan dalam mesyuarat tidak dilaksanakan seperti yang dipersetujui selain membelakangkan ahli majlis dalam beberapa perkara.
Ishak berkata, mereka mahu campur tangan segera Kerajaan Negeri supaya kepentingan rakyat terpelihara.