Wednesday, June 8, 2011

Apa rasionalnya paparan To'kong Buddha dalam filem 'Kongsi'?

Terdapat satu babak dalam filem “Kongsi” di mana dipaparkan latar belakang To’kong Buddha yang dikira seharusnya sensitif dengan penonton remaja Islam Negara ini.

Menurut jalan ceritanya babak ini memaparkan tugasan yang diberi oleh Kimpedu (Bront Palarae) dengan mengupah Tumulak (Shaheizy Sam) untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap.

Semasa tugasan ini diberi semua pelakon mengadap To’kong Buddha dahulu seolah-olah ingin mendapat keizinan.

Rata-rata penonton filem Melayu hari ini boleh dikatakan 90% adalah kaum Melayu dan seharusnya penerbitnya David Teo yang kaya raya dengan wang Melayu tidak cuba menyelit jarum-jarum halus untuk merosakkan akidah orang-orang Melayu dan Islam.

Farid Kamil sebagai pengarah juga tidak seharusnya terikat dengan visual To’kong Buddha untuk mengambarkan Selatan Thai kerana banyak lagi visual yang lebih menarik di Thailand untuk menunjukkan kejadian berlaku di Thailand.

Kongklusinya filem ini gagal membentuk akhlak hanyalah membawa sedikit mesej 1Malaysia sebagai mengaburi pihak berkuasa untuk kelulusan Lembaga Penapis Filem.

11 comments:

  1. Alahai mana boleh movie tukar akidah. Banyak filem Melayu, filem seram, tahyul dan karut maruk lebih banyak menggugat minda anak muda Melayu daripada adanya paparan tugu Buddha. Ramai orang Melayu masih percaya adanya pengaruh kubur yang berstatus wali dan membuat doa pada hal itu kerja syirik. Banyak cerita Barat ada adegan seks, keganasan yang mungkin boleh merosak minda anak muda khasnya orang Melayu. Orang Melayu terlalu banyak masalah dalam isu moral.Baca berita muka surat depan Metro atau Kosmo tiap-tiap hari! Banyak filem dokumentari berkualiti khasnya dari luar negara ada memaparkan artifak agama selain agama Islam,lebih kualiti tapi saya sedikit tak kata ia boleh meggugah akidah saya.Yang boleh menggugah akidah ialah adanya kelemahan akidah di dada anak Melayu yang tidak ditanam dengan ajaran agama yang logik dan saintifik.
    Ada banyak soal salah akidah yang lebih besar tidak disentuh oleh MR, seperti isu menyeleweng duit negara, seks oleh orang ternama dan salah tadbir oeh pempimpin dan soala ketirisan. Apakah gambar patung buddha boleh menyebabkan itu. Di Kelante ada patung Budda terbesar di Asiua Tenggara dan adakah anak Kelante sudah bertukar akidahnya?

    ReplyDelete
  2. kalau dilihat secara keseluruhan pada masa kini bahawa islam memang telah telah di perlekehkan dari pelbagai sudut samada politik, sosial, pemilihan makanan/kedai dan segala jenis bentuk perkara yang melibat hal islam. Semuanya kerana sikap tidak sensitif kita dalam menjaga kesucian islam. Dan yang paling dahsyat sekali ialah kita berundur dengan sendiri dan terlalu bertolak ansur dalam semua hal. MEREKA ADA???....

    ReplyDelete
  3. Jangan nonton...habis cerita

    ReplyDelete
  4. Apa nak heran dengan paparan patung Gautama Buddha ni? Di Kelantan berlambak-lambak patung Buddha, orang PAS tak kisah pun. Nik Aziz bagi bantuan lagi untuk besarkan kuil dan bina patung buddha baru yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  5. INILAH BUDAYA GENGSTER SEBENAR PUN.RAMAI JE X TAHU.BIASA JE GENGSTER2 MELAYU NI DOK MENUNTUT DALAM TOKONG2 NI..NAK BUAT MCMMANA DAH ITU JALAN YG DEPA PILIH

    ReplyDelete
  6. salam mummy , berikut adalah pandangan peribadi saya..

    1. bukan menghadap buddha tapi mengadap "Abang long" ketua kongsi thailand ( Bront Palarae )...

    2. buddha atau kuil2 beratap tajam adalah sinonim dengan thailand sbg mercu tanda negara thailand, boleh dilihat dalam mana2 gambar promosi perlancongan thailand..

    tayangan ini bg sy sekadar untuk hiburan walaubagaimanapon .. amat mengjenkelkan time tiba part gado2 dalam pasar bersebelahan org jual daging PORK!!..

    :-)

    ReplyDelete
  7. No problem le beb. Tak ada seks pun dalam tu.
    Remaja Islam sekarang dah biasa le dengan seks video dan macam-macam lagi yang lebih hebat.
    Kau ni ketinggalan zaman.

    ReplyDelete
  8. jangan jawab pakai akal fikiran
    cuba pie tanya alim ulamak apa hukum dia
    dulu kan dah kecoh pasai botak kepala jadi sami dan mufti2 kata haram..

    nie isu bab dok berlakon sembah depan patung nie kena la juga tanya alim ulamak.. yg hangpa dok meraban pie nik aziz laa apa kejadahnya..

    nie isu akidah bro... boleh terbatal agama islam seseorang..jadi baik p tanya golongan yg sebenarnya...

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Sokong kedahlanie. Nak berseni pun biarlah sesuai dengan tata dan larasnya. Apa salah kalau ditanya dulu pada mereka yang arif.

    Jalan cerita? Takkanlah tak boleh ditukar sikit...banyak filem-filem yg lebih besar dari Kongsi ni pun diubahsuai jalan ceritanya atas sebab-sebab tertentu.

    Jumud? Tak mengapalah kalau kita jumud sikit dalam hal-hal begini.

    Sekali 'harung' filem ini mungkin tak tinggalkan apa-apa kesan. Tapi bagaimana kesan jangkapanjangnya?

    60 tahun lalu, berpegangan tangan dalam filem pun seringkali tak boleh. Tapi selepas ada sedikit demi sedikit percubaan,dan tiada siapa menegurnya (atau tegurannya tak cukup 'kuat'), perbuatan itu menjadi amalan. Sekarang ni jgn kata pegang tangan, pegang apa pun orang dah tak kisah.

    Begitu jugalah dalam hal ini. Hari ni mungkin setakat patung Buddha, suatu masa nanti mungkin dalam synagogue...

    ReplyDelete
  10. KEPADA ORANG MELAYU ISLAM ,JAGA LAH AKIDAH KITA, LEBIH BAIK KITA BERSAMA-SAMA PULAUKAN FILEM YG BEGINI....

    ReplyDelete
  11. Biasa lah. Mula-mula pancing dan mainkan umpan. Umpan nampak lazat dan sesekali di beri cukup lumayan.
    Kerja keras nama nya. Mencari peluang dalam lubuk nama nya.

    Mula-mula ikhlas. Memancing untuk dapat rezeki. Banyak pula ikan. Boleh di jual dengan keuntungan lumayan. Beli dan beri lagi umpan - (modal yang mungkin datang dari tangan ghaib)

    Melayu pemain menjadi LEKA dengan mainan mengujakan demi ganjaran tidak seberapa. Tanpa di sedari bayang ghaib belakang tabir sudah mula menampakkan wajah hodoh tidak lagi berinsan.

    Ini lah cerita TAHYUL melayu ! Zaman P.Ramlee sudah lama berlalu. Tahap pemikiran masih sinonim kejahilan kerana mudah di perlakukan dalam bentuk suapan.

    Tak apa dengan hantu dan batu, asalkan boleh merambu mewah se ada nya.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.