Saturday, August 20, 2011

Boleh kah Marina Mahathir dikecam?

Puan Marina Mahathir nampaknya dikecam hebat kerana kenyataannya dalam kolum The Star yang menyokong demonstrasi BERSIH yang diterajui lawyer Ambiga baru-baru ini.

Ketua Penerangan Perkasa melabelkan Puan Marina sebagai Melayu mudah lupa atau dalam perkataan yang lain Melayu lupa daratan.

Hakikatnya Puan Marina tidak terkecuali atau kebal dari kecaman walaupun beliau adalah anak perempuan kesayangan Che Det pemimpin agung Negara ini, jika agama Islam dan Melayu diperkotak-kotakkan.

Umum mengetahui dalam satu keluarga itu bukan semua anak-anak itu ‘menjadi orang’ kata orang utara. “Menjadi Orang” bermaksud hebat dan cemerlang atau boleh dibangga masyarakat.

Begitu juga Che Det, beliau mungkin hebat tetapi anaknya tidak dapat mewarisi kehebatannya kerana Che Det juga lemah dengan kemanjaan anak perempuan kesayangannya. Prinsip Che Det tidak sama dengan prinsip anak perempuannya yang lebih liberal dan terbuka tidak mahu dikongkong kebebasan berfikir.

Anak perempuan Che Det mungkin tidak pernah melalui pengalaman melihat pelempang askar Jepun seperti Che Det alami semasa zaman Jepun menawan Malaya dahulu.

Che Det pernah makan ubi kayu rebus dengan nyior digaul garam semasa zaman Jepun manakala zaman anak perempuan Che Det sudah pandai makan potato chips digaul garam dan sebuk perisa Ajinomoto produk ciptaan Jepun.

Kesimpulannya kehebatan pemimpin itu bukan satu warisan yang boleh diperturunkan kepada anak-anak mereka.

6 comments:

  1. Salam Mummy.

    Pada teorinya memang macam tu.

    Jarang kita dapat temui anak betul-betul boleh mewarisi sikap dan sifat-sifat terbaik orang tuanya.

    Kita kan manusia, sudah tentu ada cacat celanya.

    Tetapi, anak kenalah berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu. sekurang-kurangnya nama baik orang tuanya kenalah dijaga pada mata umum.

    ReplyDelete
  2. mami.yg dihormati.Marina ni bukan apa hanya sekadar nak curi sedikit perhatian dari kerajaan atau pun Dato Najib sendiri.Lagi pun kalau yes woman selalu bukan dapat apa.Jika ada kelainan maka ada juga lah perhatian.Di Malaysia hari ini siapa yang nakal dan rajin teriak lompat-lompat maka dapat perhatian.Cuba tengok bila bukan Melayu lompat sikit kerajaan sedekah banyak pula.Pembangkang sedekah lagi banyak.Itulah caranya di Malaysia kalau nak dapat sesuatu.Jangan lah marah pada Marina tak tentu pasal.Mesti bersebab.

    ReplyDelete
  3. Salam MR
    Setiap manusia ada pendapat masing2. Puan Marina Mahathir bukan menyokong parti pembangkang cuma menegakkan hak pendapatnya. Dan pendapatnya tidak semesti bercanggah dengan Tun Mahathir.Kita tak tahu.Bapanya mungkin membiarkkan anaknya meluahkan pendapat masing2.
    Syabas pada Puan Marina. Karektor yang tersendiri dan sanggup menebal muka biarpun dikritik.

    ReplyDelete
  4. Bukankah Tun Mahathir pernah berkata "tidak ada satu pun dalam keluarga Tun yang pandai Tun sendiri."

    Memang Marina tu bodoh macam Tun katakan.

    Bodoh nya Marina kerana tak tau menjaga nama Tun yang kita semua sayangi dan sanjungi.

    Kerana Tun saya sendiri tidak tergamak untuk menghentam Marina kerana sayang dan hormat saya pada ayahnda Tun Dr. Mahathir dan ibunda Tun Siti Hasmah.

    Semoga ALLAH sentiasa memberkati dan merahmati Tun suami isteri

    ReplyDelete
  5. KALAU PUAK PAKATAN HARAMJADAH MAKI TUN, AKU BOLEH TERIMA LAGI

    TAPI KALAU ANAK DIA BUAT CAMTU, AKU PANAS BETUI - SIAN TUN

    ReplyDelete
  6. Salam Mummy,

    Cek rasa dah banyak kali cek kata..kita kata kita pengamal demokrasi dan hak bersuara dan berhimpun dilindung oleh perlembagaan..tapi coba kita lihat..adakah kita betui-betui demokrasi? Suatu masa dulu cek setuju dengan cara dan kebijaksanaan Tun..tidur lain bantal tapi mimpi yang sama..tapi kebijaksanaan Tun tak kekal lama..tindak-tanduk Tun mirip ke arah "diktator"..nak kata perjuangannya untuk survival orang Melayu..Melayu yang mana? Kita ada macam-macam ikon material..tapi masih ramai Melayu yang melarat..anak-anak kita keluaq mengaji je dah jadi penghutang..ada KLCC yang tersergam indah tu pun hanya buleh kita tengok je..nak beli-belah kat situ? Jangan harap..yang tentu kita kena belah..jangan cerita nak shopping kat Pavillion..kita ni atas sikit dari pekerja Indon dan Bangla saja..yang tentu..kita pakat kerumun Bazar Ramadan..itu je yang mampu. Rakyat boleh kata ramai yang dah bukak mata..kalu tak..takkan berpuluh ribu turun ikut Bersih..itu sebagai amaran kepada kerajaan..kembali la menjadi kerajaan berkebajikan seperti masa kita mola-mola merdeka dulu. Jangan sebab diberi peluang dan kepercayaan..kita tamak dan rasa harta negara jadi hak kita..orang tua-tua dah kata..orang tamak
    selalu rugi. Syabas kepada Puan Marina..anda tidak menjadi anak durhaka hanya setakat berbeza pandangan dengan orang tua anda.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.