Sunday, August 7, 2011

(Posting ini adalah untuk rekod) PUJUKAN GEREJA : Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan
(Sumber : BH Online)


SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.

Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.

15 comments:

  1. jadi siapa harus disalahkan jika pihak gereja berjaya memujuk wanita ini menerima bantuan dan memeluk agama kristian selepas ini.
    bangunan zakat tersergam indah,pegawai dan kakitanganya dapat gaji hasil dari kutipan zakat setiap tahun.
    umat islam yang malang seperti wanita ini dibiarkan tanpa bantuan.
    wang zakat bukan untuk bayar gaji dan buat bangunan..wang zakat adalah untuk membantu umat islam yang susah dan memerlukan bantuan.
    kepada Puan NUR...terima sajalah bantuan pihak gereja tersebut.
    rezeki jangan ditolak.
    fikirkan masa depan anak2 anda.
    pentingkan kebajikan mereka.
    kalau sudah ada yang sanggup membantu apa salahnya kita terima.
    nak harapkan jabatan agama islam sendiri jangan mimpi.
    dosa kita dengan ALLAH biarlah kita jawab di akhirat nanti.
    didunia pun hidup susah..buat apa nak fikir soal akhirat.

    ReplyDelete
  2. Mereka-mereka yang hanya dalam golongan Ibu Tunggal -janda, Balu serta anak yatim piatu saja akan faham kelohan keluarga ini.

    Ini lah golongan yang TERBIAR diNegara ini, diguna untuk kepentingan pihak2 tertentu.

    FULLSTOP..

    ReplyDelete
  3. MR,

    There is an underlying issue here. While we recognise that there are policy matters on the part of Baitulmal n such organisations, the fact remains that their activities are not well publicised. worse, we even heard cases of fund embezzlement. this does not auger well with the muslim public of an institution that should put integrity at their helm.

    we can learn a thing or two from this episode. how (despite the suspected ulterior motives) people needs to be approached; in monetary support or even in friendly spirit of concern. how much have baitulmal, perkim and such like organisations reach out for the muslim community in need? construction of lavish mosques or devote the money to people friendly program to spread the syiar islam - we CAN make that choice.

    salam ramadan al-mubarak

    ReplyDelete
  4. MR:-)

    Isu utama ialah pesongan oleh gereja.

    Isu bantuan ialah tajuk berasingan yg perlu diselesaikan segera.

    Masuk kepercayaan apa-apa pun, kemudian kita salahkan Jabatan agama, selesai masalah dan selamat diri.

    Pelajar buat jahat mencuri di supermarket, kemudian salahkan ibubapa kerana tak kasi wang saku yg cukup.
    Cukup frust dengar kan:-)

    Selamat berposa

    HHalem.

    ReplyDelete
  5. baitulmal?ada kt jln ipoh tu.tp yg buat keje uh dbg amanah tidoooo....tu pasl buat bodo...tp2 bulan amik gaji.org muslim lain susah ke apa ke ..lantak le.asl tp2 bulan amik gaji...

    ReplyDelete
  6. Salam Mummy,

    Perkara ni dah lama berlangsung..pendakwah Kristian cekap dalam mengoptimakan dana yang mereka ada..dalam sengap depa buat kerja..tak perlu hebah kat media. Soal ada orang Islam yang murtad atau tidak bila terima bantuan depa ni tak timbul. Yang penting bila ada pendedahan sebegini..ostad-ostad kita yang jaga baitulmal patut malu..kalu tak malu kat masyarakat pasai depa orang besaq..kurang-kurang malulah kat Tuhan Rabul Alamin. Janganlah ikut prosedur pinjaman bank untuk membolehkan orang yang memerlukan mintak bantuan baitulmal..la ni bank pun dah permudahkan prosedur depa. Dana banyak berbilion-bilion nak buat hapa kalu umat Islam terutama golongan asnaf terlantar menderita. Kalu tak sanggup pikoi amanah atau saja nak bodek bos-bos dan Menteri..lebih baik letak jawatan abeh cerita.

    ReplyDelete
  7. duit zakat SIMPAN buat pelaburan ... lagi untung !!!! ...
    mana2 agensi yg tak dak duit boleh pinjam dari PUSAT ZAKAT ye
    ni lah DUNIA AKHIR ZAMAN ... wang zakat berjuta tapi tak samapi ke golongan yg memerlukan. kalau adapun sekadar ....... dan aku sangat setuju dgn kata2 Dr Asri

    ReplyDelete
  8. as minta pihak yang bertanggungjawab dapat segera berhubung dengan pihak kami untuk membantu 09-7414994

    ReplyDelete
  9. Salam,
    Semua org asyik salahkan pusat zakat la, gereja la, tapi tak ada siapa yg nampak punca keluarga ni hidup susah. Kalau ikut cerita Pn Nur, suami dia malas nak cari nafkah. Itu isu utama dlm kemelut masalah keluarga ni. Kalau suami Nur mahu berusaha utk keluarga mereka, saya rasa masalah ni tak timbul. Mungkin pejabat zakat ada prosedur tertentu yg perlu dipatuhi sbb bukan senang nak jaga amanah yg telah diberikan. Pn Nur sepatutnya tak boleh simply giveup, dia sepatutnya terus merayu dgn Baitulmal kalau dah desperate. Kalau tak dapat juga, pergi JKM, jumpa ADUN, minta nasihat siapa2, jumpa MB kalau perlu, bincang dgn pihak sekolah utk bantuan anak2. Kena terus berusaha. Jangan ambil jalan mudah utk hidup senang. Kita tak boleh salahkan pihak gereja kerana mmg matlamat mereka utk menambahkan bilangan penganut mereka, dan kalau dapat tarik melayu/islam masuk kristian, itu adalah satu pencapaian yg besar bagi mereka. So kita org islam sepatutnya tak goyah iman & aqidah hanya kerana kemiskinan kerana byk saluran yg ada cuma kena tahu cara saja. Pn Nur pernah bekerja sbg pegawai akaun, meaning she's not dumb, so there is no excuse for what she has done. She should talk to her friends, I'm sure someone can help her. But first, the useless husband should be blame for all these problems in the family. Jangan lupa ada berjuta-juta rakyat asing bekerja di negara kita, bermakna ada berjuta peluang pekerjaan yg boleh dilakukan. Tiada alasan utk rakyat Malaysia hidup dlm kemiskinan.

    Dari Akak

    ReplyDelete
  10. MR.kes ini saya lihat sebagai kes yg terlepas pandang oleh setengah badan sama ada politik atau lain-lain badan kebajikan.Secara umumnya institusi zakat harus mempunyai satu pendekatan yang lebih serious untuk membantu golongan yg memerlukan bantuan.Dimana-mana tempat pun ada lagi isu macam ini.Masing-masing pihak bila terhantuk baru lah nak mendongak.Cara dan kaedah yang ada kini banyak kelemahannya.Petugas zakat perlu turun kebawah sebagai kewajipan dan jihad kearah membantu golongan miskin.Ramai orang miskin yang dapat bantuan zakat.Malah kedapatan ramai juga yang berhak tapi tak dapat.Ada juga manusia tamak tak layak dapat tapi mendapat zakat ini.Sebab itu miskin itu boleh membawa kepada kekufuran.Hanya orang yang mengalami hidup susah sahaja yg tahu apa itu kemiskinan.Hendaknya jangan antara kita umat Islam yg menerima rezeki mewah mengandaikan yg negatif pada mereka.Tak ada siapa pun mahu hidup susah macam Puan Nur ini.Semoga semua pihak dapat membuat pembetulan cara bantuan yang lebih sempurna dari yang sedia ada.Agar tahun hadapan isu ini tak berbunyi lagi.


    Hamba Allah.

    ReplyDelete
  11. Salam Mummy,

    Kepada Akak yang budiman. Tak semua orang bernasib baik dapat suami bertanggungjawab. Tak sedikit juga kaum Hawa yang membungkam rasa dan ambik alih tugas suami. Apapun yang ditanggung oleh Pn Nur..itu cobaan Allah kepada dia. Soalnya kalu tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Hakikatnya kesusahan tu bukan hanya untuk golongan papa kedana atau fakir sahaja tapi merangkumi kategori yang lebih luas mengikut keadaan sekeliling. Takdak sapa terhegeh-hegeh pi mintak bantuan kalu dia tak susah dan desperate. Zaman la tak buleh kita ukoq kesusahan orang berdasarkan lahiriah..bahkan hukum sendiri dah ditetapkan barring sapa pi curi harts baitulmal takkan kena keatasnya hudud (potong tangan) kerana sebahagian dari harta tu adalah miliknya juga. Sabit tu orang Islam wajib berzakat dan boleh diperangi kalu enggan bayaq zakat. Kalu kita persoalkan kenapa ada orang susah yang perlu dibantu dengan harta baitulmal..samalah macam kita marahkan Allah kenapa tak jadikan semua manusia ni kaya raya..dah tentu takdak pencuri perompak kat atas donia ni..takdak orang mintak sedekah sana sini..dah semua orang senang..pasai apa Allah jadikan zakat tu sebagai rukun Islam yang keempat? Nak taboq kat mana pulak harta zakat tu bila dah takdak orang susah? Tu la indahnya Islam..lengkap..penuh dengan sebab musabab dan rahsia tersendiri. Cuma cara kita mentafsir dan mentadbir mungkin lari dari yang asai. Kita sepatutnya bersangka baik dengan saudara kita..kalu dia tipu..dia tak tipu ostad yang jaga baitulmal atau masyarakat..tapi dia tipu Allah. Tugas kita adalah beri bantuan..tak kira apa alasannya nakkan bantuan..nak buat prosedur tu bulehlah..tapi biaq la munasabah. Jangan esok Allah terbalikkan kesusahan tu kat kita baru kita nak keriau..tak guna dah cek ooii!!

    ReplyDelete
  12. Wahai manusia, buatlah apa yang kamu nak buat. Depan tuhan nanti Islam ke Kristian ke Yahudi ke kamu jawablah sendiri, failed kalu masuk neraka.
    Orang dulu dulu susah makan ubi kayu nak hidup. Orang sekarang susah sikit riuh sekampung.
    Lantak korang lah, kubur masing masing, nafsi nafsi, dalam Quran pun dah sebut perkara ini. Cuma korang tak baca dan faham.

    ReplyDelete
  13. Mummy Rokiah, isu ini saya ada komen panjang lebar dalam blog saya: kayangdailypost.blogspot.com

    Sila lawati dan bagilah komen

    ReplyDelete
  14. Salam. Ini kenyataan akhbar dari pihak MAINS.

    "..Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan.."

    Wallahualam..

    http://politiknegerisembilan.blogspot.com/2011/08/isu-pujukan-gereja-jawapan-mains.html

    ReplyDelete
  15. Apa JAIS, JAKIM, JAWI, MAIK, dll buat..sibuk sibuk nak main politik juga..nak tumpang jadi pelakon drama politik juga..nak sibuk masuk tender sekolah dan tender balak jugak..inilah akibatnya..kerja amal bergaji yang dipertanggung jawab tidak dilaksanakan..akibatnya penganut sendiri terbuai dek alunan agama lain..inilaha masalah pendakwa kita..pendakwah agama lain tidak sibuk dengan benda benda lain..kerja depa berdakwah semata mata..full stop!!!pendakwah kita semua mau...pingat, pangkat, tender, jadi pengampu politik pun mau!!!

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.