Hampir setiap tahun habis sahaja umat Islam berpuasa dan selesai menyambut hari raya maka rakyat akan dihidangkan dengan berita sedih di dada-dada akhbar tentang peratus kadar kemalangan yang meningkat.
Sudah berbagai-bagai kajian dan punca kemalangan dibuat entah yang mana satu yang tepat dan berkesan untuk dilaksanakan masih menjadi persoalan.
Apa pun MR ingin cadangan pihak pemegang-pemegang konsesi lebuhraya seperti PLUS khasnya atau LLM memperbanyakan hentian R & R atau REHAT DAN RIADAH di sepanjang lebuhraya.
Kutipan jutaan ringgit wang tol dari rakyat seharusnya dilaburkan kembali dengan membina R & R yang cantik seperti contohnya hentian Tapah dan Sungai Perak di lebuhraya Uatara Selatan.
Situasi sekarang hentian R & R terlalu kurang dan perjalanannya terlalu ‘stress’ dan tekanan kepada pemandu berkeluarga dengan lori-lori kontena yang panjang.
Persepsi lebuh raya sebagai medan perlumbaan dan mengejar masa harus diubah kepada lebuhraya untuk berekrasi dan pemanduan ‘cool’ dan santai.
Kemalangan jalan raya banyak berlaku di jalan persekutuan, jalan bandaran dan jalan negeri.. itu yang harus diambil perhatian oleh kerajaan...
ReplyDeleteApa susah. Wang banyak buat la 5 lorong atau elevated ka. Orang bayar tol punya. Kemalagan banyak dan selalu jam/ sesak sebab jalan sempit. Cuba perhatikan dan tak tahu apa sebabnya lebuhraya sebelah utara kebanyakkannya 2 lorong.
ReplyDeleteBanyak masa yang ada gunakan lah untuk menyelidik bukan asyik mencari kesalahan syarikat konsesi aje. Bila masa kena puji, LLM/KKR/JKR dapat nama. Bila kena hentam, semua menikus dan syarikat konsesi laH YANG AKAN KE DEPAN MENJAWAB SEGALA MASALAH.
Yang si MIROS, NIOSH dan JKJR buat apa. Makan gaji buta saja, yang dia tahu suruh konsesi beli tu beli ni untuk keselamatan pengguna lebuhraya konon.
Aku pun tak faham apasal ada crash cushion kat bucu jalan. Dengar cerita benda tu harga 30K lebih dan hanya satu syarikat saja yang dibenarkan menjual kepada konsesi. Lepas tu plak, siapalah yang bodoh nak hentan bucu jalan melainkan sengaja nak rosakkan crash cushion tu.
Masalah dalam jabatan kerajaan ni, adalah pegawai yang tiada kelulusan akedemik yang cukup, membuat andaian berdasarkan pengalaman yang entah relevan atau tidak.
saya rasa, kena tetapkan had laju minimum ketika musim perayaan...sebab musim raya ni, ramai sangat pemandu yang terlebih berhati-hati sehinggakan memandu di lorong kanan dengan perlahan (lebuhraya) atau memandu dengan kelajuan perlahan yang tidak masuk akal(jalan persekutuan).Polis juga memainkan peranan seperti tak buat road block di jalan persekutuan atau tunggu tepi jalan sambil nyalakan lampu kecemasan.Pemandu yang nampak polis secara automatik akan perlahan kenderaan mereka yang mana akan memberi impak sehingga berkilo-kilometer di belakang mereka (cth: di jalan jerangau jabor).Sekian.
ReplyDeleteSenang aje..tiap kali perayaan semua lebuhraya ditutup. Jadi orang tak boleh balik kampong. atau pun naik kan tol RM10.00 per km. hehehehee...sebab aku tak lalu jalan bertol. Aku raya rumaha sendiri....
ReplyDeleteMemang benar. Hentian R&R PLUS ke utara memang tidak cukup. R&R kat Tg Malim amat diperlukan. Skrg ni dibuat spt melepaskan batuk ditangga je.
ReplyDeleteMami Rok: betoi betoi.toeri nak kurang accident kat PLUS:
ReplyDelete1.bina R & R setiap 1/2 km satu.
2.wajibkan had laju tidak kurang 110km sejam.Kalau kurang 110 km sejam saman sama dia.
3.banyakkan lubang dan lopak supay kereta tak laju.
4.saman dan bayar serta merta.kalau tak cukup duit sandarkan apa yg ada termasuk jam tangan,gelang atau kasut.
5.pemandu di PLUS hendaklah tidak dikurang drp umur 65 tahun ketas.
kena letak tanda had laju atau papan tanda amaran di kawasan yang kerap berlaku kemalangan di lebuhraya supaya pemandu sentiasa beringat..
ReplyDelete