Apabila Mat Sabu riuh rendah memanipulasikan fakta sejarah untuk mengangkat martabat penganas Komunis, baru lah pembesar-pembesar Negara hari ini sibuk mencari pejuang-pejuang yang melawan Komunis dahulu untuk dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran.
Semalam Kanang anak Langkau dianugerahkan Bintang "Panglima Gemilang Bintang Kenyalang" yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang diPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Kanang anak Langkau yang banyak berjasa menyabung nyawa untuk melawan Komunis durjana seolah-olah tenggelam sebelum ini.
Anugerah ‘Datukship” kepada Kanang anak Langkau sepatutnya telah diberi 10 atau 20 tahun yang lampau.
Penyanyi ago-go tahun 60an dan tauke Cina judi pun mendapat anugerah Datukship lebih awal dari Kanang anak Langkau.
Inilah lumrah pemimpin yang ada, hanya melihat kepada pembodek-pembodek di bawah ketiak mereka sahaja.
Mereka yang pernah berjasa kalau tidak ada milage politik kepada mereka hanya dilupakan seperti anjing kurap ditepi jalan.
begitulah pemimpin haprak pilihan UMNO si dollah bedawi, pemimpin haprak pilihan PAS si sabu pejuang komunis, pemimpin haprak pilihan DAP yg menentang syiar islam, pemimpin haprak pilihan si pelaku bontot,
ReplyDeleterenung-renung lah si haprak- si haprak ini...............
Kanang anak Langkau yang banyak berjasa menyabung nyawa untuk melawan Komunis durjana eolah-olah tenggelam sebelum ini.Anugerah ‘Datukship” kepada Kanang anak Langkau sepatutnya telah diberi 10 atau 20 tahun yang lampau.Penyanyi ago-go tahun 60an dan tauke Cina judi pun mendapat anugerah Datukship lebih awal dari Kanang anak Langkau.Inilah lumrah pemimpin yang ada, hanya melihat kepada pembodek-pembodek di bawah ketiak mereka sahaja.Mereka yang pernah berjasa kalau tidak ada milage politik kepada mereka hanya dilupakan seperti anjing kurap ditepi jalan.
ReplyDeletesayat sangat setuju ngan statement di atas...adakah pihak berwajib 'terlepas' pandang...yg berlaku selalu..bila terjadi sesuatu isu...barulah pihak berwajib terhegeh-hegeh mencari orang berkaitan utk diberi 'penghargaan'...too cliche....
sangat setuju dgn artikel ini.... nasib baik Datuk KL masih hidup untuk menerima anugerah itu.... Harap pihak berkenaan peka akan orang yang benar benar berjasa kepada negara di masa akan datang.
ReplyDeleteAnugerah dan pingat diberikan kpd orang yg 'berjasa'. Cuma persoalannya, berjasa kpd siapa? Selalunya penerima itu 'berjasa' kpd ornag yg memberi anugerah itu, seperti pemimpin politik pemerintah, Ketua Negeri, Sultan dan Agung. Inilah lumrah di Malaysia. Mereka yg berhingus dan kencing tak straight lagi pun dapat "Datuk" dan Tan Sri. Kalau baling batu atau ketul taik kering di PWTc atau mana2 majlis besar2, daripada 10 ketul batu atau taik kering, 8 ketul akan terkena Datuk, Dato, Datin, Dato Sri, Datin Sri, Tan Sri, Puan Sri dan Tun serta Toh Puan. tambah2 pula jikan anugerah itu di terima drp Negeri Melaka dan Pahang.
ReplyDeletesri hartamas
sri hartamas
Saya rasa tak patut MR sindir kerajaan macam tu. Kenapa tak sebut penghargaan yang pernah kerajaan bagi kepadanya? Kanang Anak Langkau was awarded darjah Panglima Gagah Berani and darjah Seri Pahlawan Gagah Perkasa by the Agong in 1981. His wellbeing is taken care of by the government. He is currently the Temenggong (Chieftain) of the Iban in Sri Aman. if I am not mistaken, he is the only recipient of PGB yang menerima darjah itu semasa hayatnya. a few others dapat posthumously.
ReplyDeleteSilap tu, Mat Sabu tak manipulasikan fakta sejarah, beliau cuma mahu kerajaan iktiraf golongan pejuang kemerdekaan yang telibat pada sekitar 1946-1950 tidak kira latar belakang mereka yang melibatkan pejuang tulen dan bukannya golongan UMNO yang di menjadi pilihan penjajah untuk membereskan prosedur formaliti penyerahan kuasa dari penjajah kepada golongan UMNO. UMNO sedar yang mereka bukan pejuang teras dan tak mahu golongan lain diiktiraf betapa sulitnya nak memadamkan kebenaran ini.Berapa lama UMNO nak sorokkan kebenaran ini? Profesor Kang Kung dan beberapa askar/polis Melayu yang tak faham sejarah boleh saja memadamkan hakikat ini selagi UMNO berkuasa. Orang UMNO tak mungkin boleh bezakan kualiti pejuang seperti Dr. Burhannudin, Ahmad Boestaman, dan Ishak (Pak Sako) dengan perjuangan tembaga Datuk Onn, Tungku Abdul Rahman, cukup luas dan tak terbandingkan jika kita baca sejarah dari rujukan yang autentik.Pemberian 'Datuk' kepada Kanang anak Langkau adalah perkara kecil dan di konteks apa yang Mat Sabu mahu ketengahkan.
ReplyDeleteKEBAIKAN PEMBANGKANG....?
ReplyDeleteIni merupakan satu contoh klasik fungsi pembangkang..
Sebab itu antara hujah Komunis, sumbangan mereka adalah menyegerakan proses KEMERDEKAAN sebelum 1957. (tapi selepas tu hancus.....!!)