Visual - Utusan Malaysia |
Membaca berita tentang sikap penonton yang GP Malaysia yang bertindak tidak sopan apabila membaling botol dan sampah sarap ke dalam litar sebagai memprotes saingan MotoGP dibatalkan kerana insiden tragedi meragut nyawa pelumba MotoGp Itali, Marco Simoncelli sesungguhnya amatlah memalukan.
Penonton tidak ubah seperti sikap mat rempit yang sedang menyaksikan perlumbaan haram. Sikap mereka tidak dapat membezakan perlumbaan Grand Prix Malaysia dengan perlumbaan haram disekitar ibukota amat dikesali.
Nampaknya kita hanya boleh berbangga dengan kemudahan fizikal Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tetapi mentaliti penonton kita adalah mentaliti mat rempit.
Bodoh punye blog, kau tak pergi mana kau tahu kau ingat murah ke nak masuk tu, tetiba aje batal, kalau ya pun pulangkan lah 20% ke, Bodoh kau nie,
ReplyDeleteAs salam...betul kata mummy...mmg mentaliti penoton sangat memalukan... lebih lebih lagi bila tv3 buat interview dgn penonton...bolehlak depa kata suruh adjust bagi jln gak perlumbaan tersebut...dlm hati saya cukup kesal...kita ni patutnya hormatilah mangsa walaupun bukan seagama kita...barulah kita boleh tunjuk bahawa kita ni adalah negara yang matang dan islam itu indah...ada gak di sekolah saya...guru guru bercerita...apalah orang dah keluar duit...ada adik beradik mereka kena balik sia sia sahaja..teruskanlah duit habis keluar...lagi sekali hati saya kesal...mcmni kita nak jadi pembentuk generasi baru...jelas dan nyata mereka ni semua bukan pencinta sukan tersebut yang sebenar...patutnya perlu ada rasa penghormatan yang tinggi dan risiko sebegini mmg ada...saya percaya sekiranya yang mati itu pelumba tempatan pasti mereka akan mecaci cerca sekiranya perlumbaan diteruskan...bila masuk kelas pelajar pelajar pun bertanya perkara sama dan beri komen negatif rugi duit penonton kena balik sia sia...saya katakan pada mereka...kalaulah awak yang jadi begitu...rasanya tak salahlah kalau kita angkat mayat ke tepi padang dan kita teruskan perlumbaan...bagaimana rasanya family awak bila jadi begitu...tiadakah rasa hormat pada yang pergi....barulah pelajar pelajar lelaki itu mengiakan kata kata saya... Jadi lebih baik kalau harga tiket dinaikkan (RM30 murah sangat sampai semua orang boleh pergi tapi memalukan negara dgn tahap pemikiran low class) agar yang benar benar bermentaliti kelas pertama ( tahu menghormati situasi) yang patut hadir dilitar yang lain kalau masih bermentaliti mat rempit tgk sahaja ditv.
ReplyDeleteKemewahan yang hanya lambang, tidak menjanjikan kebahagiaan jiwa nurani. Hanya kerana bukan murah tiket tu, menghalalkan sikap kebinatangan. Wang ringgit lebih utama dari sikap beradab.
ReplyDeleteBetulx3
ReplyDelete