Wednesday, October 26, 2011

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan  juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant.

9 comments:

  1. anak didik tabika KEMAS otaknya tidak "selut"...tetapi orang yang memaparkan ini otaknya berselut..hanya tahu memfitnah tanpa usul periksa..."selut"nya otak hingga tak mampu berfikir...

    ReplyDelete
  2. mummy rok. kemas di kedah retorik je lebih.sebab dok pulun pasai politik umno berlebihan maka hal ehwal kanak-kanak tadika terabai.audit kena siasat sama kerja kontrak pun banyak dok beri pada kroni dan proksi.buat bisnis nombor satu.politik nombor dua.kanak-kanak tadika nombor tiga.

    ReplyDelete
  3. mummy rok. kemas di kedah retorik je lebih.sebab dok pulun pasai politik umno berlebihan maka hal ehwal kanak-kanak tadika terabai.audit kena siasat sama kerja kontrak pun banyak dok beri pada kroni dan proksi.buat bisnis nombor satu.politik nombor dua.kanak-kanak tadika nombor tiga.

    ReplyDelete
  4. Memang pun...anak saya masuk tadika kemas...haram apa pun tak pandai.... harapkan pada nama saja KEMAS.... belajar sukukata pun tak tau.....guru nya asyik menghilang..... sangat menghairankan.... langsung tak ada potensi.... yang pengusaha KEMAS ni org melayu sendiri...kenapa biarkan anak anak menjadi org yang berotak "selut"....... memalukan betul.

    ReplyDelete
  5. salam, kepada pihak berkenaan sila ambil perhatian mengenai permasalahan ini...sewajarnya perkara seperti ini tidak terjadi khususnya dalam menjaga kebersihan dalam mendidik anak2 kita di masa hadapan...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. saya tak sokong umno, tapi anak-anak saya semua tadika kemas, sebab pada saya kemas itu satu ajensi kerajaan. bila masuk sekolah darjah satu, anak saya dapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

    saya dulu bersekolah di Ipoh, bercampur dengan Cina dan India, jadi saya tahu tahap pembelajaran mereka. memang budak Cina majoritinya rajin, tapi bukanlah sangat bijak seperti digembar-gemburkan orang ramai, bahkan budak melayu lebih hebat lagi pencapaian akademiknya. inilah akibatnya suka menyebarkan mitos untuk melemahkan bangsa melayu.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Mummy Rokiah.

    Jangan lah Mummy berlaku tak adil pada KEMAS. Bukan semua guru2 KEMAS mcm itu. KEMAS sebuah agensi yg telah lama ditubuhkan. Sebeluma ada pra sekolah Kementerian Pelajaran dan tabika/taska/taski private yg bercambah mcm cendawan sekarang, TABIKA KEMAS lah yg banyak berjasa. Ibu saya kerja KEMAS. Dan adik beradik saya semua TABIKA KEMAS. Abang long saya seorang jurutera awam dan saya serta adik saya guru berijazah. Alhamdulillah. Kami semua bermula dgn TABIKA KEMAS. Jgn lah suka buat tuduhan secara blanket macam ini. Tak adil. Anak-anak orang PAS pun ramai yg pergi ke TABIKA KEMAS walaupun mungkin mak pak mereka tak suka kerajaan. Saya tak nafikan memang kebanyakan orang2 KEMAS adalah orang2 UMNO yg pegang jawatan dlm bahagian. Tapi mak saya tak pakai Toyota Land Cruiser mcm Khairy ataupun Alphard. Dia cuma pakai Myvi saja walaupun sudah lebih 30 tahun jadi AJK Wanita Bahagian. Dia bekerja utk parti dan KEMAS tujuh hari seminggu kadang2 kerja sampai tiada langsung cuti hujung minggu. Tapi gred nya cuma lah S17 dan merupakan kakitangan kontrak saja. Bila bersara nanti tak ada pencen mcm sesetengah guru2 berijazah yg belajar dpt biasiswa kerajaan tapi dok hentam kerajaan sepanjang masa. Jadi jgnlah suka2 hati nak tuduh semua orang KEMAS mcm2. Terima kasih. Saya minta maaf sebab tulis banyak sangat.

    ReplyDelete
  9. Pengalaman kami berurusan dengan pihak pengurusan KEMAS baik dari peringkat penfarah negeri hingga ke pegawai bawahan mendapati mereka ini sangat Kemas dengan bersikap ujub,riya',bongkak,sombong,kurang ajar dan biadap.Mungkin inilah faktor utama anak-anak melayu keluaran tabika Kemas mundur,mandom,kurang aktif dan mundur dalam pelajaran suka bermain banyak dan bila besar menjadi manusia negatif merempit sana sini mengganggu ketenteraman awam menjadi low class minded young generation.
    Guru kemas sebahagian yang kami dapati berdasar pengalaman yang lalu ok baik budi pekerti berbeza berbanding pengarah negeri dan pegawai-pegawai Kemas yang suka bersikap kemas bongkak dan sombong.
    Inilah faktor utama anak-anak keluaran kemas menjadi minda berselut sebab manusia yang menggubal dasar etika kerja terdiri dari pegawai-pegawai kemas ni otak mereka lebih berselut.
    Malang nasib anak-anak melayu KEMAS sekiranya perkara sebegini dibiarkan berterusan di masa akan datang.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.