Mungkin ramai berpendapat bersukan boleh merapatkan perhubungan, pergaulan dan kemesraan tetapi bersukan juga boleh mengakibatkan sebaliknya jika ‘sporting spirit’ telah luntur.
Sejauh mana Indonesia boleh menerima kekalahan dengan Malaysia dalam acara bola sepak Sukan SEA di dalam suasana hubungan kedua-dua negara sering diuji dengan pelbagai isu seperti isu perbatasan, pembantu rumah dan dakwaan pemilikan kesenian dan kebudayaan.
Suasana perlawanan yang penuh emosi itu merupakan satu tekanan yang ultra kepada pemain Indonesia dengan penyokong-penyokong yang fanatik diluar kawalan pihak keselamatan mereka sendiri, apabila berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini sebelum perlawanan dijalankan.
Menurut lapuran Shaharudin Mustafa dari Utusan, jurulatih pasukan Indonesia Rahmad Darmawan terpaksa memaksa beberapa pemain beliau untuk mengambil sepakan penalti pada malam itu kerana hanya tiga sahaja pemain yang sanggup dan yang lain takut akan risiko gagal menjaringkan gol.
Begitulah kuatnya tekanan yang mereka hadapi dari penonton, jurulatih sehingga kepada pemain pada malam itu.
Hakikatnya jiwa ribuan penyokong fanatik Indonesi sedang bergelora sebaik meninggalkan Stadium Gelora Bung Karno pada malam kekalahan tersebut.
Gelora ini tidak mudah padam malah sangat mudah dibara jika ada anasir-anasir pembelot yang mengambil kesempatan menyalakan unggun api kebencian kepada Malaysia untuk kepentingan politik peribadi sebagai persediaan menghadapi PRU13.
Geloranya jiwa Bung Karno terhadap Utari Tjokroaminoto, Inggit Garnasih, Fatmawati, Hartini, Yurike Sanger, Haryati, Kartini Manoppo dan Ratna Seri Dewi berganding dengan geloranya jiwa anasir ini akan merenggangkan lagi semangat serumpun kedua Negara.
Hakikatnya semangat dan gelora jiwa Bung Karno telah pun masuk ke dalam bilik-bilik tidur rumah kita melalui pembantu-pembantu rumah Indonesia yang kita gajikan menjaga anak-anak kita.
MR: ala kita pun tahu ada mankok hayun yang baling batu dari malaysia ke jakarta tanam kebencian pada malaysia.
ReplyDelete