Kerbau sebagai lambang kegigihan tenaga orang Melayu dan nilai yang tinggi |
Kami cucu-cucu seringkali berkejar di belakang Tok Mamak ketika beliau sedang membajak tanah menggunakan kerbau sebelum menanam padi.
Kegemaran kami ialah menangkap haruan curut, keli, sepat benua dan puyu kerana apabila tanah diputar maka melompat-lompatlah ikan-ikan itu dan kami menangkap menggunakan cekap buluh.
Haruan, sepat benua dan puyu sungguh sedap dibuat pekasam.
Apapun yang MR ingin berkongsi di sini ialah Bahasa Kerbau yang digunakan oleh pesawah ketika itu khasnya pesawah-pesawah di utara Semenanjung sungguh unik, sehingga kerbau-kerbau tersebut faham arahan tuannya.
Berikut ialah di antara bahasa yang digunakan :
Ha'ih - Maknanya menyuruh kerbau berjalan
Chah - Maknanya menyuruh kerbau ke arah kanan
Sok - Maknanya menyuruh kerbau kearah kiri
Diam - Maknanya menyuruh kerbau berhenti
Serot - Maknanya menyuruh kerbau undur ke belakang
Paling Chah - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kanan
Paling Sok - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kiri
Hari ini semua itu hanyalah kisah kelmarin yang indah sebagai kenangan dan kerbau tidak berjawatan lagi kerana kerja-kerja membajak telah diambil alih oleh mesin Kubota dari Jepun.
Peredaran zaman hari ini lembu lebih berharga dari kerbau. Zaman Tok Wan dan Tok Mamak dahulu lembu banyak dipelihara dan sinonim dengan kaum Bengali untuk susu, sehingga ada lagu "Kici-kici lembu jaga".
Tidak pernah terlintas di kepala arwah Tok Wan dan arwah Tok Mamak ketika itu bahawa suatu hari nanti keluarga Pak Menteri pun berminat memelihara lembu dengan pelaburan jutaan ringgit.
Yang mereka tahu hanyalah kerbau berkerja keras membajak di sawah menggunakan kudrat mereka dan dibantu tenaga kerbau dan berkomunikasi dengan bahasa kerbau. Kerbau dilihat sebagai kotor kerana berkubang di dalam sawah.
Konklusinya Kerbau ada bahasanya manakala lembu tidak pernah tahu bahasa.
MR
ReplyDeleteJangan heran, masa ini banyak juga Pak Menteri di bahasakan, Ha'ih, Chah, Sok,
Diam, Serot,Paling Chah,Paling Sok kerana "DUIT".
Jangan lupa jula, kakawan kita dalam PKR dan PAS yang di bahasa kerbaukan oleh DAP.
hehehehehehe....
Salam Mummy,
ReplyDeleteDulu kalu Mummy masih ingat..Jabatan Haiwan pernah perkenalkan satu spesis hibrid kacukan seladang dan lembu menjadi "selembu". La ni..bila menteri pun minat bela lembu..tiba-tiba muncul spesis baru iaitu kacukan antara kerbau dengan lembu yang dinamakan "KEBU"..yang jadi kebu tu..kita la..rakyat.. kena kerja kuat macam kerbau pastu kena buat bodo macam lembu..ha..ha..ha..meh kita pakat gelak kat diri sendiri..
HE HE HE HE.
ReplyDeleteMR.....RAKYAT MAKANLAH TULANG-TULANG LEMBU.ITU PUN CUKUP SERONOK WALAUPUN DAPAT TULANG.
MAKA ISI DAN DAGINGNYA UNTUK ORANG YG MONTEL-MONTEL.
MAKA YG KURUS BERTAMBAH KURUS LAH MUMMY.....
Aku setuju kat MUMMY...rakyat jangan gila sangat cam poliTIKUS tuh..nama pun TIKUS...kalo tak betoi aja...kita telongkopkan masa mengundi...jangan kira sapa...jangan kira parti...jangan kira apa jasa depa...pasal yang kerja kuat adalah rakyat...kia yang jadi KEBU kata Mummy tuh kan kan kan..
ReplyDelete