Memandangkan PRU13 semakin hari semakin hampir semua pihak harus dipikat hati mereka khasnya pengundi Cina. Ini kerana pengundi Melayu telah berpecah-pecah dan bercabang-cabang dan berpuak-puak. Melayu tidak bersatu lagi.
Maka tidak hairanlah di dalam usaha memikat pengundi Cina khasnya pengundi-pengundi “hawkers stall” RTM2 terpaksa menghiburkan mereka ini dengan mempromosikan sup makanan kegemaran mereka iaitu “Bak Kut The” dalam rancangan “Galeri Nasional Mandarin” Jam 12.21 tengahari pada 16/11/2011 yang lepas.
Rancangan selama lebih kurang 15 minit itu memaparkan bagaimana daging Babi dipilih di kandang, disiang, dimasak sehingga menjadi Bak Kut Teh dan ditunjuk juga teknik dan seni menghirup sup atau bubur Bak Kut Teh.
Salah seorang pengusaha Bak Kut Teh yang di wawancara berkata “ Bak Kut The memerlukan sokongan Kerajaan untuk memperkembangkan budaya Bak Kut Teh dalam Negara ini”.
Maka tidak hairanlah makin banyak kandang-kandang babi perlu diperluaskan untuk memenuhi keperluan Bak Kut Teh kelak.
Itulah betapa liberalnya stesyen TV Kerajaan hari ini kadangkala mengatasi stesyen-stesyen TV swasta sendiri.
Mereka terpaksa mengorbankan prinsip Melayu dan hukum Islam demi undi kaum minoriti.
Kesian kat kaum Hindu jugak. Ari-ari tengok Tuhan mereka disembelih dan dimakan.
ReplyDeleteKesian...sampai ketahap itu..saya tidak ada masalah dengan makanan orang lain terutama yang melibatkan makanan bukan Islam..saya menghormati dan menerima hakikat ini dulu kini dan selamanya..tetapi inilah masalah nya apabila kita tidak telus dan tidak konsisten pendekatan dan budaya politik kita.
ReplyDeleteKita meraba raba mencari dalil an jsutifikasi untuk terus bekuasa dan mengejar kuasa..akibatnya kita adakalanya dilihat melakukan perkara perkara yang terlalu jangkal, dangkal dan `menggelikan hati'.
Disatu pihak kita bercakap mengena gelagat orang lain yang bukan dari kelompok kita dengan berbagai tuduhan dan tempelakan, yang juga kadangkala dilihat terlampau..adakalanya pula kita juga hampir dan melakukan gelagat yang sama...
Maka jadilah budaya politik kita seakan akan`meraba raba mencari sebab untuk suka dan menyokong..dan kita juga meraba raba mencari sebab untuk tidak suka dan menentang'...inilah juga budaya dan pendekatan kita untuk memilih pemimpin.
Maka timbulah juga sinario dimana berlaku `sipolan itu syarat nya amat sesuai dan cukup syarat untuk memimpin TETAPI dia ni kurang senyum, PR nya lemah, dia tak datang kemajlis kenduri saya dan sipolan ini pulak walau pun perangainya kurang elok, tak berilmu, kaki macam macam TETAPI dia rajin masuk kampong saya, anak saya masuk jawi pun dia mai, dan kalau dia kaki `samun' pun, kita merasa juga...dia bedak kat kita sekali...
Budaya memilih tidak melihat `fardhu' nya tetapi lebih menekankan perkara perkara sampingan..budaya pemilihan dangkal...maka terpilihlah kita pemimpin `sampingan atau pemimpin accessories'...Maka belakulah insiden dimana `bak kut teh' jadi bahan nak pancing undi..
kita terus meraba raba...
Tak mengahirankan mummy..ketua dia di angkasapuri tu pun pemimpin `flip flop..sekarang dia ni pun dah bina jambatan dari bahan platinum..campok dengan uranium..tak boleh bakar punya!!
ReplyDeleteAdakalanya gelagat pemimpin jenis ini pun boleh menyebabkan satu dua undi hilang...kerana meluat aje..but they have every right to be `meluat' (maaf tak ada Bahasa Inggeris untuk perkataan ini!!)
Apa laa Mami ooiii RTM ni macam biasa laaa.. tak sensitif kerana diaorang di bawah naungan Menteri.
ReplyDeleteKalau TV swasta digasak nya kita bagai nak rak.