Sunday, December 4, 2011

Aku lah ‘winnable candidate’

MR meluangkan masa ronda-ronda di sekitar Perhimpunan Agung UMNO lepas dan sempat bertemu dengan wartawan The Star, Joceline Tan dan beberapa wartawan dan bekas wartawan.

Realiti yang dapat MR rasakan ialah bahangnya di mana UMNO akan bersatu dalam PRU13 yang akan datang dan akan menyaksikan kemenangan hebat kepada DS Najib seperti PRU2004 semasa Pak Lah mula-mula mengambilalih tampuk kepimpinan.

MR tidak bercadang untuk membentang fakta dan hujah nya di sini kerana terlalu 'detail' dengan data dan statistik yang 'boring dan complicated' dan akan di tulis dalam media yang lain.

Dilihat pada tahun ini kehadiran rombongan pemerhati dari seluruh pelosok tanah air begitu ramai. Ada yang bertongkat, berkerusi roda dan dipapah malah jumlah yang ramai dari bermula dari perasmian sehingga hari terakhir ucapan penggulungan Presiden.

Ronda-ronda di bazaar jualan ternyata tidak dapat elak untuk senerih (bergesel) ponggong ke ponggong pengunjung membeli belah dan ramai yang kalam kabut buat sibuk.

MR juga berkesempatan bual-bual dengan beberapa Ketua Bahagian UMNO khasnya lebih gemar berjumpa Ketua-Ketua Bahagian dari negeri –negeri yang kalah kerana ingin mengetahui sendiri apa strategi dan perancangan mereka untuk menawan kembali negeri mereka dari pakatan pembangkang.

Di Negeri Selangor mereka lebih bertolak ansur dalam hal pencalunan kerana lebih akur dengan arahan Presiden. Aura dan kewibawaan kepimpinan DS Najib yang semakin terserlah yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dikira mudah membuat percaturan calun-calun PRU13 kelak.

Pulau Pinang yang satu ketika dahulu berdegar-degar mahukan dari kalangan UMNO untuk menjadi Ketua Menteri pun telah boleh bertolak ansur dan sedar betapa pentingnya perkongsian kuasa jika mahu memerintah kembali Pulau Pinang. Penindasan DAP di bawah KM Lim Guan Eng yang sebenarnya amat serik untuk kalah sekali lagi.

Kemasukan ramai 'consultant-consultant' dari Singapura ke PP adalah petunjuk-petunjuk awal kemana akhirnya PP akan di bawa oleh DAP.

Tetapi yang menarik dan sukar ditafsir ialah politik Kedah. Kerana kesemua Ketua-Ketua Bahagian mendabik dada “akulah winnable candidate”.

"Kentut aku lebih wangi dari kentut Si Polan"

Peruntukan yang diberi Kerajaan Persekutuan untuk penyelarasan Kawasan-Kawasan Parlimen di Kedah ternyata telah menjadi sebab musabab perbalahan dalam UMNO Bahagian yang dasyat sehinggakan Ketua Bahagian, Timbalan, Naib Ketua dan sayap-sayap di bahagian hanya manis di depan tetapi kutuk-mengutuk di belakang.

Ketua-Ketua cawangan di akar umbi dipengaruhi untuk mendapatkan tempat “akulah winnable candidate yang dicari-cari selama ini".

“Tidak lain dan tidak bukan kerana si Polan bin si Polan itu tidak boleh pakai kerana songlap projek Parlimen” kata En Winnable Candidate itu lagi.

“I Ketua Bahagian, I menang 80 undi menjatuhkan En Loser Candidate dalam pertandingan UMNO Bahagian tempoh hari, so I deserve untuk menjadi winnable candidate” kata Datuk Winnable Candidate dengan sombong dengan kemenangan majoriti 80 undi yang dianggapnya besar seperti roda kereta lembu.

Inilah secebis sinario dari ribuan sinario yang sedang berlegar-legar di Kedah hari ini.

Konklusinya kepimpinan tertinggi UMNO harus mencari calun di luar kotak kerana semua di dalam kotak itu adalah “recycle candidate” yang telah kemurok (rotten).

Wasallam.

5 comments:

  1. Kedah dgn ini dah setuju untuk tidak mencalonkan semula calon-calon yang telah kalah semasa PRU12

    ReplyDelete
  2. MR.DS Najib pun dah undur kebelakang soal wineable candidate ini.Masa mula-mula dulu nampak hebat dan tercacak bulu roma bila dengar DS Najib punya statement.

    Hari ini DS Najib dan nampak kendur dan lesu bila cakap wineable candidate.Sudah pasti orang Kedah kata calon UMNO di Kedah sudah sah pi mai pi mai tang tu dan muka tu jugalah.

    Tahniah lah Ostat Azizan.Ada harap jadi MB lagi buat penggal kedua.Ostat Azizan jadi MB kerana:

    a.undi PAS
    b.undi PKR
    c.undi DAP
    d.undi atas pagar
    e.undi pos


    UMNO nampaknya belum tranformasi lagi di Kedah.

    ReplyDelete
  3. Kena penghati semua...
    Ketua Bhg
    Ketua Wanita
    Ketua Pemuda
    Ketua Puteri
    Dan semua AJK yang menang di Bahagian 2 tahun dahulu. Kerana apa?

    Kerana mereka ini berharap nama mereka akan dicalonkan. Tidak salah untuk berharap kerana dalam berpolitik, pasti inginkan peningkatan malah jika dapat dicalonkan...itu menunjukkan kejayaan. Namun begitu...terimalah dan akurlah sekiranya tidak dicalonkan.

    Selain dari semua lapisan AJK di Bhg, pakteh percaya pasti akan ada calon2 yang turut tercalon dan ini mengikut perkiraan DS Najib, mampu memenangkan BN, jadi..terimalah calon ini. Cuma jika ianya calon yang diimport dari luar kawasan...ikutlah nasihat pembahas dari penang...jangan kuak tangan besaq sangat....

    ReplyDelete
  4. Setiap jurucakap negeri tetap mengambil beberapa minit untuk bercakap pasal `winable, candidates..tetapi ramai yang lupa bahawa winable parti juga adalah amat penting.

    Kalau calun nya winable tetapi parti nya tidak winable..kalah juga.

    Maka disamping meraba raba mencari calun winable..parti nya dulu mesti berusaha sedaya upaya untuk menjadi winable parti.

    Tranfomasi mesti berlaku didepan mata dan dilakukan secara jelas dan terang terangan.

    Kalau peningkatan integriti yang boleh dilihat sebagai satu tranfomasi, maka sesuatu yang melibatkan integriti mestilah dilakukan. Kalau ada isu isu yang melibatkan integriti kepimpinan dipersoalkan, maka tanganilah dia agar integriti terpelihara.

    Kalau pendekatan menjadi ukuran tranfomasi, maka ubahlah pendekatan. Kalau dulu sombong sekarang jangan sombong.

    Kalau ilmu yang menjadi ukuran tranfomasi, maka carilah ilmu atau sekurang kurangnya tambahkan ilmu.

    Kalau dulu agak tidak cerdik sekarang belajarlah untuk jadi cerdik dan tidak bodoh!

    Banyak lagi kalau mahu benar benar transform...dan kalau itu benar benar yang diinginkan sebagai usaha untuk transform..

    ReplyDelete
  5. wineable candidate:-
    -mesti elak drp org ramai meluat
    -calun yg dah kalah perlu diketepi
    -calun baru,muda,agak muda
    -berpendidikan tinggi, umpamanya kalangan jurutera, arkitek, lawyer, akauntant,sheikh agama,dll dan kedah perlukan 100% calun berpendidikan tinggi, ini utk mengimbangi calun2 drp PAS dan PKR serta DAP
    -elak drp pengamal-pengamal politik wang semasa pemilihan UMNO Bahagian yang lalu, ini hampir 95% adalah pengamal politik wang yang ada dlm jawatankuasa bahagian sekarang ini di mana-mana bahagian yang ada di kedah ini

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.