Friday, December 23, 2011

SPRM geledah NFC kerana PRU13 sudah hampir

Hari ini pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) di Jalan Solaris, Mont Kiara.
SPRM sedang menyiasat sama ada Shahrizat turut terlibat dalam mana-mana bahagian yang melibatkan pinjaman RM250 juta kepada NFC itu.
Semalam Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau akan menjelaskan mengenai isu berhubung Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) apabila tiba masanya.
Nampaknya sebelum tiba masanya DS Najib menjelaskan isu tersebut pihak SPRM telah mendahului menggeledah kes NFC mungkin menyedari PRU13 terlalu hampir.
Isu-isu sebegini seharusnya dicuci secuci-sucinya agar BN menang besar dalam PRU nanti untuk menubuhkan “solid Government”.
Hendaknya sekarang lah peluang yang terbaik kerana PAS sedang berperang dalaman dan DAP juga sedang bertujai di antara Karpal dan Dr P.Ramasamy.

5 comments:

  1. MR.cuba siasat tengok zaman menteri mana yang beri kelulusan projek NFC ini.

    Dengar kata ada agenda.Betoi ke....

    ReplyDelete
  2. kak ijat bukan winable cadidate..

    kak ijat willnot be a cadidate.

    kalau dia jd cadidate mampus BN. letak la kat kawasan mana skali pun, aku confirm kalah.

    sudah2 la.. KAK IJJAT oooiii. duduk rumah jaga cucu la. jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    aboi.

    ReplyDelete
  3. UMNO kena singkirkan calon2 yg rata2 masyarakat yg cerdik dan yg mempunyai banyak maklumat tentang "pemimpin2 yg korap dan terang2 menyamun harta kerajaan" khususnya zaman Paklah jadi PM dulu yg di KEPALAI OLIH MENANTUNNYA,,,Rakyat akan kembali yakin pada UMNO sekiranya tindakan segera diambil dan SINGKIRKAN mereka dari KEPIMPINAN UMNO,,,,,salam

    ReplyDelete
  4. Alahai SPRM !

    Kes yang datang dari orang pro kerajaan amat slow diambil tindakan, jika orang tu dari pembangkang semalam dah bertindak macam Je Bond! Jangan jadi lawak dan maha raja lawak SPRM. Dapatkan prinsip kebebasan dulu dan dapatkan kredibiliti juga baru bertindak, jika tidak sampai kiamat penyangat ikan bilis/ikan yu dari pembangkang yang kena, beribu dari sebelah sana sengan nak bertindak dan ketua mu akan berterumpet "kami tidak pilih bulu!"

    ReplyDelete
  5. Abuarif,
    Setiap pemimpin ada soft spot dia. Soft spot yang sooooooofffttt dan berkesan ialah isteri atau ister-isteri.

    Inilah yang sedang rakyat Malaysia lihat sekarang terhadap PM mereka.

    PRU13 yang akan datang is not going to be an easy run.

    VERY TOUGH MY BROTHER.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.