Thursday, March 1, 2012

Bakar sahaja akhbar The Star

Sekali lagi akhbar The Star bermain api dengan menyiarkan gambar penyanyi AS Erykah Badu melukis tattoo di bahu kiri kanan dengan kalimah Allah sehingga mengakibatkan persembahan konsert beliau dibatalkan.
Tidak ramai yang sedar tattoo di bahu Erykah sehingga The Star menyiarkan gambar beliau dengan besar sekali. Apa mesej dan dakyah Tha Star mungkin semua sudah tahu, akhbar ini sedang membakar hati-hati umat Islam Negara ini secara halus.
Bila lagi Perkasa dan Jati yang konon berjuang untuk Islam berusaha menjalankan kempen membakar akhbar The Star pula.

7 comments:

  1. bunyi acam budak tak sekolah nampak!

    ReplyDelete
  2. sbb yg menganjur tu melayu (islam?), jadi boleh jatuhkan bisnes dia. semua salah

    ReplyDelete
  3. Buta mata masih ok lagi ...tapi janganlah sampai buta hati lak..

    Seharusnya penganjur yang menyembunyikan kebenaran penyanyi yang 'muslim' nie dan tindakannya mengadaikan kalimah2 tersebut yang dipersoalkan..star tu cam sesetengah blog gak sekadar menelanjangkan kebenaran..Susah sangat ke nak telan.

    ReplyDelete
  4. MR, LU PANDAI BERBAHASA INGGERIS DAN BACA SURATKHABAR STAR KE? SETAKAT IKUT-IKUTAN NAK CARI PUBLISITI MURAHAN TAK PAYAH LA KOT. KAH, KAH KAH....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Walaupun akan ada umat Melayu yang terasa tersinggung dengan gambar tersebut, tapi seperti yang mummy sendiri mengatakan kalau tidak kerana The Star, perkara ini tidak akan diketahui umum. Saya juga membaca artikel tersebut dalam The Star selepas ia menjadi isu dan dapati tidak ada ulasan mengenai tulisan "Allah" dalam artikel tersebut. Maka, saya baik sangka bahawa The Star tidak ada buruk sangka kersna saya seorang Muslim.

    Lagipun, dengan kasih sayang dan hormat pada mummy, saya rasa nak bakar Star atau sebarang respon sedemikian tidak akan menguntunggkan imej Melayu mahupun Muslim. Saya percaya tidak harus tiru cara segelintir orang2 Muslim diPakistan, Afghanistan mahupun diTimur Tengah yang sseringkali melahirkan reaksi nafsu amarah daripada reaksi yang diajar dalam Al-Quran sebagai contoh surah 16 ayat 125 sehingga 127:

    16:125. Serulah ke jalan Pemelihara kamu dengan kebijaksanaan dan teguran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya, dan Dia sangat mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

    16:126. Dan jika kamu membalas, balaslah dengan yang serupa apa yang kamu ditimpa, dan sesungguhnya jika kamu bersabar, ia yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

    16:127. Dan bersabarlah; kesabaran kamu hanyalah dengan pertolongan Allah. Dan janganlah bersedih terhadap mereka, dan janganlah kamu dalam kesempitan kerana apa yang mereka memperdayakan.

    16:128. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berbuat baik.

    Membakar The Star, ucapan-ucapan berapi,berulangkalai menjerit "Islam dihina" dan tindakan2 setaraf dengannya hanya akan menjatuhkan maruah orang Muslim itu sendiri disamping merosakkan harta benda serta melahirkan kesengsaraan. Lihatlah kematian "katak" umat Muslim diNegara2 lain ekoran "keghairahan tak bertempat" terhadap sentimen agama daripada memahami ajaran Allah dalam Al-Quran.

    Kalaulah orang Muslim merasakan "agama" mereka dihina, mereka harus bertanya terlebih dahulu adakah mereka telah memberikan penghormatan kepada Islam dengan memahami isi kandungan Al-Quran serta sunnah Rasul atau hanya masih sekadar mengharapkan orang lain untuk "Berkhutbah" pada mereka seolah-olah akidah ini sesuatu yang boleh dideligasikan.

    Salam sayang mummy !

    Jahamy

    ReplyDelete
  6. Bro Jahamy,
    Itulah Islam yang sebenar, menangani isu dengan minda yang dingin dan tidak emosi.
    Jika semuanya berfikiran dingin tidak adalah ada demo jalanan.
    Hari ini pelajar-pelajar pengajian Islam lah yang sangat radikal.

    So,bagaimana generasi ini akan menjadi pemerintah negara ini kelak.

    ReplyDelete
  7. terbaeek.. tapi yang penting walau apa jua pandangan politiik , islam kita harus perjuangkan..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.