Saturday, April 21, 2012

Isu PTPTN akan mengugat undi BN

Menyentuh isu desakan segelintir mereka yang menuntut untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seharusnya ditangani dengan cermat oleh Kerajaan.
Baik apa juga perdebatan, alasan, penjelasan dan tindakan hakikatnya isu ini sedang membenih di kalangan mahasiswa, generasi pelapis, golongan muda dan tidak mudah dilenyapkan tanpa kebijaksanaan Kementerian Pengajian Tinggi yang Menterinya Khalid Nordeen.
Isu ini bakal menjejaskan PRU13 khasnya dikalangan pengundi muda bekas pelajar dan yang masih belajar. Ramai pelajar yang kantoi di lapangan terbang untuk keluar Negara kerana di‘black list’ oleh PTPTN akan mula bangkit memperjuangkan isu ini. Malah terdapat juga ketidakpuasan mereka yang telah menjelaskan bayaran tetapi masih tidak dibuang nama mereka dalam senarai hitam PTPTN. Kelemahan-kelemahan ini jelas menampakkan kelemahan pengurusan PTPTN.
Insiden yang terbaru pula ialah apabila Khaleed Nordin begitu cepat melatah dan membengis tak tentu pasal mencabar peminjam-peminjam PTPTN dan kelihatan seolah-olah Kementeriannya menutup terus ruang untuk mendengar keluhan mereka ini.
Ramai yang berpendapat Kerajaan perlu menimbang untuk memberi pelajaran percuma bagi pengajian peringkat Diploma dan Ijazah pertama manakala pinjaman hanya dikenakan kepada pengajian lanjutan peringkat Master, PHD dan seterusnya.
Ini memandangkan pasaran kerja yang semakin sengit dan terdapat dikalangan peminjam PTPTN yang berkerja menggunakan sijil SPM dan STPM dan pendapatan dari gaji  mereka terpaksa digunakan untuk membayar PTPTN.

4 comments:

  1. Sebenarnya kerajaan UBN mampu memberi pendidikan tinggi percuma kita mengambil kira :
    a. kita menghabiskan banyak wang membeli kapal selam yang tiada justifikasi untuk memilikinya
    b. kita boleh lepaskan Tajudin Ramli hutangnya sebanyak RM 580 juta
    c. kita memberi banyak subsidi kepada IPP, TOL dan macam-macam lagi kepada kroni UBN
    Kenapa tidak mengguna wang sedemikian bagi pelajar menikmati pengajian tinggi percuma di IPTA/IPTS ? Kenapa ribuan pelajar harus bermula hidupnya berhutang sebaik tamat pengajian IPTA di IPTA/IPTS? Belum lagi masuk hutang nak beli kereta, nak kahwin, sewa bilik, saraan hidup ( petrol, tel mobil, baju, seluar dalam dan ectera)
    Tak payah guna alasan agama/Tuhan bagi memahami yang permintaan ini adalah manasabah. Ada contoh beberapa negara yang mampu memberi pendidikan tinggi percuma.

    ReplyDelete
  2. Saya ada sntuh isu yang lebih kurang sama.
    PTPTN - duri dalam daging..
    Isu PTPTN walaupun gambarannya berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa dan kurang mendapat sambutan rakyat ia sewajarnya tidak dianggap selesai kerana masih ada ruang yang perlu dibaiki.

    Pada setiap bekas mahasiswa yang masih berhutang, walaupun harapan mereka tidaklah mengharapkan kerajaan membatalkan segala dan semua hutang itu tetapi masih ada keperluan untuk kerajaan menyemak semula perlaksaanaan terutama dalam tindakan senarai hitam dan tindakan undang2 yang dilihat dibuat begitu pantas sedangkan jalan penyelesaian lain masih ada.

    Kaedah mengutip semula hutang mestilah rasional dengan memberi perhatian kepada yang sudah bekerja (rujuk kepada EPF, SSM, JPJ dan Perkeso dll untuk pengesahan) tetapi kepada yang belum berpendapatan apa kejadahnya tindakan keras di ambil kepada mereka, bukankah itu menambah beban sedangkan peluang pekerjaan begitu bersaing untuk mendapatkannya.

    Kaedah kutipan juga hendaklah sederhana termasuk meminta beberapa agensi kerajaan membantu membuat potongan termasuk majikan, kebenaran kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan semula hutang ini dengan pelbagai cara selepas beberapa tempoh. Kelulusan dan kebenaran untuk potongan gaji misalnya dan lain lain kaedah boleh didapatkan dari pelajar semasa memohon dan menandatangani borang permohonan PTPTN di peringkat awal lagi.

    Jika isu ini tidak dimabilkira, diberi perhatian, ditangani dengan baik ia tetap menjadi duri dalam daging bagi kerajaan sekarang mahupun kerajaan akan datang. Untuk menjadi kerajaan, pilihanraya adalah penentunya dan bukankah mereka ini juga sebahagian dari golongan yang akan mengundi? Bukankah mereka juga rakyat yang perlu dibela?

    ReplyDelete
  3. Saya mempunyai 5 anak, 4 orang telah diIPT, 1 masih sekolah menengah. Daripada 4 belajar diIPT 2 telah graduate dan kerja sekarang. 2 orang ambil PTPN, manakala 2 lagi, tanggung sendiri. Tiada sebab pinjam kalau kita mampu kerana ianya selaras dengan kehendak ugama. Islam menatapkan zakat adalah salah satu rukun Islam, jika mampu perlukan keluarkan. Untuk kita dapat dan berjaya menunaikan rukun ini, memerlukan berusaha bersungguh-sungguh (jihad) supaya pendapatan yang kita dapat mencukupi. Jika kita belum berjaya untuk menunaikan, kita perlu/boleh berusaha lagi. Bagi orang Islam, meminta-minta adalah perkara yang amat tidak digalakan dalam Islam, terdapat beberapa ayat Quran menyebut tentang ini.
    Banyak daripada pada hari ini kerap berbelanja melebihi kemampuan sebenarnya sperti kereta baru, HPhone mahal dsb. Didiklah anak-anak secara sederhana dengan harapan mereka berdikari dan boleh bersaing di dalam dunia sebenar. Dalam falasfah orang-orang Cina terutama konsep berdikari dan business taichi ditekankan kepada generasi mereka boleh berhadapan dalam semua situasi, tetapi perkara kurang berlaku ke atas umat islam khususnya melayu. Seperti pernah digambarkan penjajah Tahah melayu dahulu, British sepertimana diceritakan oleh Munshi Abdullah. British menggambarkan atau memberi persepsi bahawa masyarakat tempatan waktu itu (Melayu)adalah malas, bodoh, suka hasad-dengki dan melatah. Sampai sekarang pun perspesi/doktrin ini ditanam malah macam sebati ke atas orang-orang melayu walaupun banyak daripada kita dan anak-anak kita mempunyai pendidikan yang baik tetapi kadang-kadang sekadar di atas kertas sahaja tetapi sukar untuk berdikari dan bersaing di padang sebenarnya. Persepsi yang kerap kita dengar sekarang umumnya kalau belajar sekadar cukup makan, suka menerima tidak suka memberi (dengan kata lain suka dapat percuma atau terima suapan tetapi malas berusaha), tidak layak jadi ketua (leader)-statistik menunjukkan tidak ramai pelajar Melayu dapat convertkan PTPN kepada biasiswa berbanding mereka lain, maknanya mereka dengan bangga bahawa kami lebih pandai dan kamilah yang layak jadi leader. Kebanyakan kita mudah dibangkitkan emosi bila dikaitkan dengan duit, perasaan cemburu dan hasad dengki dan memberontak walaupun setiap tahun kita dilatih berpuasa sebulan di bulan ramadhan. Tengoklah kalau berlaku histeria atau mengamuk, majoritinya satu kaum sahaja. Kalau berpeluang akan saya sambungkan lagi antaranya betapa jauh serta halangan utama untuk kita garapkan pemindahan pemikiran dan teknologi tinggi serta business taichi (seni perniagaan) dan saingan keatas orang-rang islam di malaysia maupun dunia islam global seperti di Iran misalnya. Secara umumnya halangan utama untuk kita kehadapan adalah diri sendiri dan bagaimanakah untuk kita keluar daripada dokrin yang sekian lama tertanam dikalangan umat kita dan kesedaran dapat dicetuskan. Sebagai seorang umat Islam, ugama dan Tuhan adalah akidah dan Quran itu di turun ke atas umat manusia bukan sahaja untuk mereka yang beragama Islam sahaja.

    PisangEmas

    ReplyDelete
  4. Kerajaan BN dah bagi yg terbaik utk pendidikan..

    tak kan rakyat tak faham jika bagi semua percuma nanti anak-anak muda akan pandang ringan kepentingan untuk belajar.. kalau belajar pun cukup-cukup makan sahaja..

    Sesiapa yang bantah PTPTN ni memang otak banggang kerana Kerajaan dah putus kan jika sesiapa yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas 1 pinjaman tersebut akan menjadi biasiswa.. bukankah lagi bagus begitu..

    Adakah PEMBANGKANG nak ajar rakyat Malaysia jadi PEMALAS?? Mcm di UK,Amerika dan EROPAH semua mengharap bantuan dan percuma??

    Dan jika semua boleh masuk Universiti dimanakah KELEBIHAN IJAZAH tersebut??

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.