Sunday, April 8, 2012

Senarai Calun : Kedah bakal punggah


Di dalam kenyataan akhbar minggu lepas Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan bahawa Umno Kedah telah mengemukan kepada UMNO pusat cadangan senarai calon yang dirasakan layak untuk bertanding dalam PRU13 yang tidak berapa hari lagi.

Menurut beliau individu-individu tersebut terdiri daripada golongan professional seperti doctor perubatan (bukan doctor falsafah), loya (lawyer) dan ahli perniagaan. Kesemua bahagian sudah menghantar nama calun kawasan masing-masing kepada Umno Pusat dan salinan kepada Umno negeri kecuali Sungai Petani dan Padang Serai kerana kedua-dua bahagian ini masih lagi di dalam ICU (Intensif Care Unit) UMNO negeri.

Yang menariknya beliau tidak menolak kemungkinan ada bahagian mencadangkan kembali nama calon yang pernah bertanding bagi kawasan Parlimen dan Dun kalah pada PRU lalu. Ini bermakna keputusan yang dibuat masih berlegar-legar di dalam ‘kotak pemikiran’ yang lama, mengelamun, masih tidak serik dan tidak ada kesedaran untuk berubah.

 Walaubagaimanapun beliau tidak pula menyatakan senarai calun-calun ini ‘winnable” kerana mungkin beliau seperti juga individu yang lain sukar menilai kehendak pengundi bawahan yang  sukar diramal selera mereka.
Apapun UMNO perlu melaksanakan proses saringan calun yang betul-betul telus, ikhlas dan berwibawa tanpa ada prejudis supaya tidak berlaku lagi meletak calun yang muflis seperti Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang baru-baru ini mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Inilah satu pengajaran yang berharga apabila Mahadzir Khalid selaku Pengerusi Badan  Perhubungan UMNO Negeri hanya memilih bulu tanpa menilai latar belakang seseorang calun.

MR ingin mengambil Kawasan Merbok sebagai ‘benchmark’ bahagian-bahagian lain di negeri Kedah kerana di sini ialah kawasan peninggalan bekas tokoh-tokoh negara Daim dan Zam dan kawasan yang cukup kebal dengan BN selain dari Kubang Pasu.

Kawasan ini sekarang sedang dilanda kemelut politik dalaman yang berserabut. Hanya cantik di atas tetapi pekong di bawah. Lihat ~Merboktimes setelah sepenggal pilihanraya akan berakhir pergolakan dalaman masih tidak diubati. Maka tidak hairanlah jika kawasan ini bakal menerima calun ‘helicopter’ kerana tokoh-tokoh dalaman tidak bertokoh dan semua tunas-tunas muda yang ada dicantas secara terancang dan sistematik.

Apapun jika tersilap calun Kedah akan menjadi ‘miserable’ dan akan terbentuklah “Kelantan Dua” yang sukar dikembalikan kepada BN lagi.

7 comments:

  1. Salam Mummy..dulu depa kalah sebab ikan busuk kat kepala..sekarang kepala dah buang ganti ikan baru pulak..ok lah kot...

    CCZ bukan apa, nak tengoklah jugak mana-mana ADUN atau MP yang di Kedah ni yang sudah menghantar nama ke Tengku Adnan untuk tak bertanding dah...

    Agak-agak Mummy, ada tak? hehehehehe..meh CCZ rekomen Mummy je lah..

    ReplyDelete
  2. hello warga merbok:-
    kita kena ingat, calon2 helikopter antaranya adalah:- TUN DAIM, DATO MOKHZANI, IR KARIM, AZMI lawyer,ZAHRAN peniaga
    maka jangan susah hati, sebenarnya depa ni bukan helikopter lagi, malah depa ni telah begitu berjasa pada UMNO Merbok suatu ketika dulu dan malah sampai kehari ini,
    berdoa lah agar mereka2 ini di tabalkan sebagai calon pru13 BN MERBOK

    ReplyDelete
  3. MK.

    DiPadang Serai berdoalah sahajalah.kalau hantar senarai pun
    dah almaklum sajalah.

    Itulah sahaja yg terbaik dan yg ada pun.kaki betina,kaki judi,gagau bini orang,tak amanah.

    merekalah yg menelanjangkan antara sesama srndiri.Sehelai benang pun dah tak ada.

    Rasanya calun Padang Serai ibarat besi buruk dah berkarat terlalu tebal.

    PAS /PKR dah siap sedia untuk buat kenduri.

    ReplyDelete
  4. Sokong DATO MOKHZANI sebagai calon Parlimen Merbok.

    ReplyDelete
  5. minta simpang la dari dpt gelaran "Kelantan 2".saya tak kisah sangat sapa yg menang..masa zaman BN dulu ok ja org Kedah..lani pun ok ja..yg penting bg Dap tak dak terus dlm bumi Kedah..jgn tiru Kelantan..nak banding Kedah lani (4 thn Pas) dgn Kelantan 20 thn Pas)jauh lebih baik Kedah dari K'tan..K'tan kena belajaq Pas Kedah..tu pun kalu depa menang lg la..MB Kedah pun dah ckp yg politik Kedah bukan mcm K'tan..Kedah ada cara dia..apa2 pun krisis..baik Pas ka Umno ka..kena ingat elok2 yg kita suma ni bersaudara..yg patut kita tolak Dap..sbb tu Ustaz Azizan pertahan pembahagian kerusi PR Kedah..dia tau tektik Dap ni tp dah Pok Nik & Hj Hadi ni lembik tengkuk dgn Dap..Ustaz Azizan pertahan Kedah..dia pun tau kalu bg kerusi Pas kat Dap..org Pas kedah tak sokong aih..org Kedah sokong Pas baru ni pasai kesilapan BN sendiri kat Kedah..rata2 org Kedah senang dgn keadaan lani..kita ngundi berdasarkan calon tu..kalu kita yakin dia bagus jd wakil rakyat kita..sokong la..tak kira parti mana..yg penting jgn Dap ja.

    ReplyDelete
  6. Merbok kalau di calonkan Ketua Bahagian, kemenangan hampir tiada. Lebih menonjolkan diri dari parti. Hampir seribu janji yang di tabur tidak di tepati. Baru-baru ini, di suruh beri nama untuk netbook. Kemudian di batalnya. Entah gila kah KB sebegini ?
    Datuk Mohzani, Lawyer Azmi & datuk Zubir ada potensi menang.
    Yang di namakan oleh bahagian Merbok payah hendak menang.

    ReplyDelete
  7. Merbok menang undi askar

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.