ADALAH rahsia umum bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir tidak menyenangi Datuk Johari Baharom, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu yang telah menyebabkan kegagalannya untuk mewakili UMNO bahagian itu ke Perhimpunan Agung UMNO 2006.Namun kenyataan beliau di Kedah baru-baru ini membuktikan bahawa Mahathir tidak menyimpan dendam, mementingkan perasaan atau sentimennya demi pemulihan UMNO dan kuasa BN menerusi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
Mengulas tentang ketidakhadiran Johari dalam pertemuannya dengan penyokong UMNO di Kedah baru-baru ini, Mahathir berkata: "Johari tidak begitu suka saya, saya juga tidak begitu suka dia, tetapi sekiranya dia dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kelak, saya tetap akan mengundinya."
Kenyataan ini merupakan mesej Mahathir kepada seluruh orang Melayu terutamanya ahli UMNO supaya mengambil sikap yang sama apabila parti telah membuat keputusan mengenai calon yang bertanding di kawasan mereka, sama ada mereka suka atau tidak. Soal calon itu bukan Ketua Bahagian UMNO atau bukan pilihan UMNO setempat tidak lagi boleh dipersoalkan sebaliknya keyakinan sepenuhnya mesti ada di kalangan pengundi di sesuatu kawasan di peringkat negeri atau Parlimen bahawa calon yang diletakkan adalah calon terbaik yang ditentukan oleh Presiden Parti UMNO.
Jika ada sikap kepartian orang Melayu dan UMNO maka pastinya percubaan untuk menggunting dalam lipatan atau calon tidak terpilih yang mencabar calon pilihan raya parti akan dapat dikalahkan dan setiap calon yang diletakkan sebagai berpotensi menang akan pasti menang. Jika orang Melayu hendak mengembalikan kuasa Melayu maka mereka mestilah menentukan untuk memilih parti dan bukan calon dalam pilihan raya umum kali ini.
Sikap ini pastinya akan dapat menggulingkan kerajaan Pas di Kedah yang bukan sahaja telah membawa banyak kesusahan kepada orang Melayu tetapi juga bukan Melayu. (ZAM Putrajaya)
UNTUK RENUNGAN:-
Tulisan di atas adalah tulisan Zam Maidin yang dipetik dari Utusan Malaysia 28/5/2012. Inilah sikap manusia apabila sudah terantuk baru tengadah. Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak cakap padah akibatnya.
Semasa PRU12 yang lepas Che Det menghentam Pak Lah sampai tersungkur. Empat negeri jatuh ke tangan pembangkang angkara Che Det marah kepada Pak Lah dan terus keluar UMNO. Malah sehingga hari ini Che Det tak habis-habis menghina kepimpinan Pak Lah dalam ucapannya baik di mana-mana sahaja.
Hari ini Che Det dah sedar, beliau telah bertaubat. Kalaulah dari dahulu beliau sedar seperti kenyataan beliau di atas, tidaklah Anwar Ibrahim naik tocang seperti hari ini. Hari ini Kerajaan BN amat lemah sehingga Najib terpaksa bergolok bergadai untuk menawan hati rakyat sebagai persediaan untuk memenangi 2/3 kerusi PRU13 yang akan datang.
Hakikatnya pengundi hari ini telah cerdik, zaman meletak tongkol kayu sebagai calun BN sudah berakhir. Mereka ingin melihat calun yang bersih dan tidak korup. Kalau dicalunkan juga Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang menang secara korup ‘tobat lahum’ kata orang Kedah mereka akan kalah terkangang dalam gelanggang.
ada pro n kontra setiap yg Che Det kata dulu pasal Pak Lah. PRU 2008 adalah penilaian pertama rakyat pd Pak Lah dn nyata rakyat tidak suka...jn salahkan Che Det. Awak tdk sepatut kt g2...
ReplyDeleteSalam Mummy.....betoi semua kata kata mummy. Apa pun masa Che Det berkuasa, ramai dikeliling dia dan bermacam-sebut sikit mengampu,cari nama, cari harta dan kaki cucuk atau mengacum - maklumlah orang berkuasa nombor satu diMalaysia. Tetapi bila undur diri semua yang disebut sebut ni tunjuk pandaai betapa Che Det silap bodo pilih,angkat angkut sipolan tu sipolan jadi menteri. Mummy tentu sedar orang yang tulis artikel bertarikh 28hb mei 2012 inilah satu contoh yang teramat ce.....tak terkeluak daripada kerongkong mahupun jari jari untuk menaip teruih merupakan manusia paling berbau.......selagi ada orang macam ni dikeliling alamatlah berulang lagi apa yang dah terjadi......
ReplyDeleteBro,
ReplyDeleteMembaca renungan yang disertakan dalam posting mumy membuatkan saya terfikri bhw masih ada orang yang tidak memahami peristiwa kenapa Tun M terpaksa menggunakan pengaruhnya untuk membaiki labu yg sedang dirosakkan. Sayugia Jika Pak Lah masih jadi PM dan rejimnya berleluasa makanya BERSIH tak akan jadi seperti BERSIH sekarang. Sejak BERSIH 2 lagi negara dah lingkup dek pembangkang. Kita tak macam ini dah...objektifnya, Pak Lah tak mampu!
Apa yang Che Det buat tu, sekadar kesakitan@kepahitan yang sekejap bagi UMNO/BN tetapi itulah ubat mujarab untuk memastikan UMNO/BN terus kekal menapak di bumi Malaysia ini. Saya tak dapat bayangkang jika Tun M tidak campur tangan, maka dengan mudahnya pembangkang dapat melakukan sesuatu ke atas kepimpinan negara. Barang harus diinagt bahawa kekalahan besar BN dibeberapa buah negeri sebelum ini adalah kerana UNDI PROTES dari UMNO/BN sendiri kepada rejim Pak Lah. Jika Pak Lah dan anak beranaknya serta kerabatnya berlaku baik, saya yakin tiada sebab Tun M mahu menjatuhkannya kerana beliau sendiri yang malantiknya.
Minta maaf Mummy ... kepimpinan Pak Lah memang mengecewakan... kalau bukan sebab Dr Mahathir pun... saya sebagai rakyat amat amat kecewa dengan kepimpinan Pak Lah yang lemah dan mudah diambil peluang oleh pihak pembangkang... Jangan lah menyalahkan orang lain kalau diri sendiri tidak berkeupayaan...
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteSy setuju dgn komen Ryzal72 & Anonymous di atas.
Sy pun kecewa gaban dgn Pak lah.
Sy pengundi atas pagar yg skong kerajaan bn.
Tapi 2008 sy tak pegi undi.
Protes senyap.
Ada juga sesalan di hati.
Tapi klau tak gitu, Pak Lah masih berkuasa,
Dan tiada transformasi bn.
Salam MR,
ReplyDeleteJIka kita selami kenyataan Mahathir itu ia membawa mesej pada pada Najib supaya jangan mencalunkan kembali Johari Baharum.
Najib kena faham ini....kalau tak faham lagi tak tau lah.
JOHARI MUST GO!
Ryzal72,
ReplyDeleteBe realistic. Memang terdapat kelemahan sedikit sebanyak kepimpinan PakLah tetapi yang memilih PakLah ialah Che Det sendiri. Che Det dari awal kebangkitan beliau pada tahun 1969 sama sahaja caranya menghentam kepimpinan cara terbuka sehingga Tunku Abdul Rahman keciwa dengan surat Che Det yang disebar rata-rata mengecam Tunku, lihat buku “13 Mei Sebelum dan Selepas”.
Malah yang lebih teruk perpecahan dalam UMNO ialah Che Det sendiri yang menghentam PakLah dalam UMNO. Apabila PakLah dikecam automatically UMNO menjadi lemah sehingga ke hari ini. Apabila Che Det memecah belahkan UMNO orang luar tidak lagi yakin akan UMNOdan inilah masanya mereka membaham UMNO. Ingat sejarah, Tunku Abdul Rahman pun pernah dikecam oleh Che Det.
Be positive. Mungkin Che Det sedang menebus dosa-dosa nya yang lampau. Jika terpaksa kunjung hormatkepejabat Najib pun beliau dah mula turun ke akar.
Apa Che Det nak sibuk dengan politik negara/UMNO lagi? Ada masa dia kata UMNO dah busuk ke tulang usus (lebih kureng) dan ada kala dia kata negara akan punah jika UMNO punah. Che Det masih menyimpan projek 'Jembatan Bengkok' dan mahu anaknya menjadi orang no.1 UMNO selepas Mahyuddin sebelum akhir hayatnya. Dia tak kisah yang ramai dah melihatnya sebagai nyanyuk. Kini anak muda dah mulai sedar elit UMNO hidup kaya raya dan sebahagian besar orang Melayu hidup miskin dalam konteks hidup isi keluarga dengan pendapatan RM3,000 sebulan di kota mahupun di desa.Apa kesejahteraan hidup yang diberi oleh kepimpinannya selama 22 tahun dulu. Beliui hanya mengguna pemerintahan besi dan menyuburkan kronisme kapitalisme dengan mengguna azimat'demi Melayu, bangsa dan agama'. Che Det tidak tahan melihat modus operandusnnya memerintah negara sedang dicabar hebat kini oleh golongan 'pembangkang' atau alternatif yang cerdik.
ReplyDeleteUMNO perlu belajar jd pembangkang. Budaya mengampu, mementingkan poket sendiri dan 'bunuh-membunuh' sesama sendiri dsb terlekat kuat pd sebahagian besar org UMNO. Biarlah nanti UMNO dpt lahirkan pemimpin2 baru yg lebih bersih dan menjadi pembangkang yg dpt menegur pentadbiran kerajaan pimpinan PR.
ReplyDeleteSaya mengucapkan jutaan terima kaseh kepada tun m. kalau tak kerana pengorbanan beliau berpatah arang dgn umno saya yakin pak lah masih tertidor & umno berderai bersama melayu. Tun m tidak perlu membuat sebarang pengorbanan kalau dia maukan keselesaan hidup selepas 'berpencen'. Kami sekeluarga bertekad sekiranya pak lah masih memimpin umno & menjadi pm sehingga pru 13 nanti, kami pasti tidak akan memberi undi kpd bn lagi. Namun, Allhamdulillah.. kerana tun m, kami kekal & akan terus menyokong umno.
ReplyDeleteBermula runtuhan UMNO adalah dari dalam, bermula runtuhan UMNO adalah dari Pemuda Cawangan, bermula runtuhan runtuhan UMNO adalah dari Puteri, bermula runtuhan UMNO adalah dari Cawangan, bermula runtuhan UMNO adalah dari Bahagian dan semua sayapnya. Keruntuhan itu berkembang pesat apabila calon PRU tidak mendapat restu Bahagian. Sejakzaman berzaman sudah menjadi budaya, peraturan dan undang undang UMNO bersengketa untuk jawatan dalam UMNO. UMNO boleh berbangga apabila ahlinya bersatu semula apabila tiba PRU. Itu pun sudah menjadi tradisi yang dketahui umum.PRU12 memperlihatkan keruntuhan itu bertambah cepat apabila Tun M menyerang kepimpinan Paklah. Sukar untuk memahami Tun M, untuk apa beliau menyerang Paklah sdgkan Paklah dlantik/pilih dkalangan UMNO.Mengangkat diri selama 22 tahun sebagai Negarawan ulung membina negara berakhir dgn menyerang Paklah, pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti, kehilangan 4 negeri ( asalnya 5 ) dan Tun M keluar UMNO. Semua Presiden UMNO berada luar UMNO selepas bersara. Untuk apa Tun M masuk semula UMNO sdgkan pencapaian beliau sudah melampaui klimaks.UMNO selaku dominasi BN gagal memeperlihatkan sifatnya yang kukuh kini dgn mencaturkan teori bahawa Ketua Bahagian / pencalonan Bahagian tidak semesti calon PRU.Meletakkan kepercayaan dan setiakawan rakan komponen BN adalah salah satu lagi ruang yang menjatuhkan BN kerana komponen BN punyai sifat talam dua muka yang tidak boleh dipercayai. Alangkan orang Islam ada sifat munafiknya inikan pula bukan Islam. Musuh UMNO sebenarnya adalah dari dalam UMNO sendiri, gunting dalam lipatan, telunjuk lurus kelingking berkait, talam dua muka, tikam belakang, kawan makan kawan, habis manis sepah dbuang,lepas jambatan buang tongkat, melepaskan anjing tersepit dan sebelum kita dibunuh kita hendaklah membunuh dulu.Perebutan jawatan dalam UMNO adalah satu implikasi besar luka melukai yang membawa kepada dendam kesumat.Siapa yang jd pemerintah sama sahaja gayanya kecuali punyai sifat Saidina Omar Alkhatab yang memadamkan pelitanya apabila bersembang dgn seorang sahabat. satu contoh mudah untuk difahami.
ReplyDelete