Tun Razak menjalin hubungan dengan idola PKM |
Apabila bercakap tentang sikap pengundi Cina dalam
pilihanraya Malaysia, ilmuan politik dan strategis politik umum mengakui bahawa
pengundi Cina bijak memilih Kerajaan daripada pengundi Melayu. Mereka tidak
mudah dipengaruhi dengan isu-isu
skandal, sex dan emosi seperti pengundi Melayu.
Bagi mereka
kestabilan ekonomi, pemilikan harta, suasana aman untuk mencari makan dan
peluang pendidikan adalah di antara kriteria utama untuk memilih sesebuah
Kerajaan. Mereka juga sedar pelampau dan chuvanist baik dari mana kaum sekali pun
tidak akan mendapat tempat dalam negara ini. Peristiwa 13 Mei banyak mengajar
erti keamanan dan akibat perkauman, semua kaum sedar akan sensitiviti
akibat dari perkauman. Tidak ada siapa yang untung.
Pada ketika itu keputusan pilihanraya tidak banyak
memihak kepada Perikatan/ UMNO yang memerintah. Dalam masa yang sama juga menurut YTM Tuanku Abdul Rahman di dalam bukunya ‘13 Mei Sebelum dan
Selepas’ berlaku perebutan kuasa di dalam UMNO.
Golongan ‘ultra Malays’ melancarkan gerakan di kalangan pelajar-pelajar universiti untuk menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri. Golongan ‘ultra Malays’ ini yakin negara ini boleh diperintah tanpa kaum Cina. Mereka menyokong secara terang-terangan apabila Presiden MCA Tun Tan Siew Sin menyatakan akan berundur dari berada dalam Kerajaan. Kononnya biar negara ini dikuasai oleh kaum Melayu sahaja.
Tunku Abdul Rahman seorang pemimpin berwawasan pada masa itu cukup menyedari bahawa rancangan mereka ini adalah khayalan dan tidak berpijak di atas realiti politik yang sebenar. Menurut Tunku dalam halaman 170 buku tersebut, UMNO tidak patut menolak MCA yang telah bersama-sama menolong untuk mencapai kemerdekaan negara ini. Tetapi golongan ‘ultra Malays’ terus menerus menghasut kaum Melayu dengan menyatakan Tunku terlalu memberi muka kepada kaum Cina.
Akhirnya Tunku berundur dan melepaskan jawatan kepada Tun
Abdul Razak. Apabila mengambil alih jawatan PM, Tun Abdul Razak membuat lonjakkan yang lebih jauh dari Tunku berkawan dengan
Cina dan membuat lawatan ke negara Cina, negara nenek moyang mereka. Physcology dari perhubungan ini, Tun
Razak bukan setakat melembutkan hati-hati kaum Cina di dalam Bandar tetapi juga
PKM dan Cina-Cina Komunis di dalam hutan.
Berbalik kepada situasi politik semasa, Tsunami
pilihanraya ke 12 2008 sekali lagi berlaku kitaran semula memperlihatkan kuasa
pengundi Cina apabila mereka tidak mengundi BN. Mereka tidak yakin dengan dasar
terlalu terbuka kerajaan Pak Lah/KJ yang memerintah ketika itu. Pendekatan yang
terlalu terbuka dan terlalu liberal
sebenarnya menakutkan pengundi-pengundi Cin dan dalam masa yang sama menjejaskan
kedudukan orang-orang Melayu. Sehingga keris yang dihunus Hishamudin pun membuat
mereka tidak nyenyak tidur. Akhirnya Pak Lah tumbang.
Hadiah Panda simbol meraih sokongan pengundi Cina dalam PRU13 |
Apabila ini terjadi maka bangunlah semula saki baki ‘ultra Malays’ melalui NGO-NGO untuk menyatukan semula orang Melayu. Salah satu usahanya ialah mencadangkan diadakan Kerajaan Perpaduan di mana UMNO dan PAS harus bercantum kembali untuk menguatkan ketuanan Melayu. Cadangan yang serupa pernah dibangkitkan ketika Melayu hilang kuasa selepas 13 Mei dahulu.
Tetapi semua nya sudah terlambat kerana PAS telah diikat kemas oleh DAP dalam Pakatan Rakyat. Mereka mengambil pendekatan pro-aktif berpaksikan realiti politik YTM Tunku Abdul Rahman bahawa untuk memerintah negara ini semua kaum harus berpakat. Slogan “Malaya For Malays” sudah lapuk. Maka tidak hairan jugalah jika DAP pun kalut mencari ahli-ahli di kalangan kaum Melayu atau separa Melayu menyertai parti mereka.
Menyedari raliti sebenar DS Najib juga mengambil
pendekatan seperti Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak untuk megembalikan sokongan
kaum Cina beliau harus berjumpa dan merapatkan hubungan dengan taiko kaum Cina
dengan melawat Negara Cina. Hubungan ini bukan setakat inisiatif mengembalikan
nostalgia gambar bapa beliau dengan PM Chou
En Lai tetapi dengan mengahantar anak beliau belajar Mandarin di Cina dan yang
terdekat ialah hadiah beruang Panda yang penuh bermakna dan simbolik.
Beliau membetulkan
kembali landasan sebenar dengan gagasan 1MALAYSIA di mana semua kaum harus
bersatu. Tetapi masih kedengaran suara-suara sumbang ‘ultra Malays’ yang
bimbang kononnya 1Malaysia hampir mirip kepada ‘Malaysian Malaysia’ cetusan Lee
Kuan Yew yang mencadangkan dimansuhkan semua hak-hak keistimewaan Bumiputera.
Hakikatnya pendekatan 1Malaysia adalah pendekatan DS Najib yang cukup tersendiri dimana Bumiputera tidak hilang hak mereka dan kaum lain diberi ruang dan pilihan seluas-luasnya untuk berkembang. Melayu seharusnya berkawan dengan kaum lain dan bukannya bersekongkol sesama sendiri dengan title TUAN. Mereka tidak harusnya memekik atau memekak mengapa bahasa mereka dipinggirkan oleh kaum lain apabila mereka sendiri kurang berkomunikasi dengan kaum lain.
Contoh yang terbaik ialah Dewan Bahasa Dan Pustaka yang
hanya gagah berdiskusi sesama sendiri di dalam dunia mereka yang penuh retorik
dan idealis. Ibarat pepatah Pak Tua “Ambil
Cermin Suluh Muka, Senyum Sendiri Aku
Belum Tua, Rambut Putih Hanya Warna, Dalam Tua Hati Saja Muda”.
Konklusinya, gagah dan hebatnya sesuatu kaum dan bangsa itu bukannya anugerah dan keistimewaan yang mereka dapat. Tetapi ruang muka bumi hanyalah kepada mereka yang rajin, berilmu, tidak malas dan mampu bersaing sahaja yang akan mendapat tempat.
SEMOGA MELAYU TIDAK TIDUR LAGI.
betul gak apa yang mummy tulih nih....sekarang bukan lagi zaman nak berbangga-bangga dengan darah dan nasab keturunan bangsa sendiri
ReplyDelete