Monday, June 11, 2012

Perdana Menteri bukan Melayu bukan satu fantasi

Setiap kali Melayu lupa pasti Karpal akan megetuk kepala Melayu supaya tidak tidur. Selagi beliau hidup beliau akan terus memperjuangkan supaya bukan Melayu akan menjadi Perdana Menteri. Untuk rekod Karpal pernah ditampar oleh arwah Arshad bin Mat Gamat @ Kiyai Arshad di perkarangan mahkamah tinggi Ipoh kerana celupar menghina Melayu.
Kenyataan Karpal ini sebenarnya harus menyedarkan Melayu-Melayu di dalam DAP bahawa mereka juga jangan mimpi untuk mendapat tempat di dalam kepimpinan DAP dan mereka hanyalah menjadi alat kepada Karpal Singh supaya cepat meletakkan bukan Melayu sebagai PM.
Sejarawan berbangsa Cina Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim menyatakan semua pihak harus menerima hakikat bahawa Melayu merupakan peribumi Tanah Melayu dan Melayu merupakan kaum majority. Sehubungan itu Perdana  Menteri Negara ini mesti lah dari kalangan Melayu Islam.
Walaubagaimanapun  dua alasan ini iaitu peribumi dan majoriti tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan bila-bila masa boleh dicabar. Ia bukan satu jaminan selagi ada bulan dan bintang yang Melayu akan terus menjadi PM jika jatidiri Melayu makin pupus dengan menyertai DAP.
Bagi UMNO mereka terpaksa berdiam diri berhubung dengan isu provokasi Karpal Singh ini kerana bimbang mengguris hati rakan-rakan komponen yang lain yang juga terliur jawatan PM tetapi terpaksa menyimpan di dalam hati buat sementara waktu menunggu masa dan ketika yang sesuai.

2 comments:

  1. Mereka ini adalah Melayu liberal, yang sedar sudah mewah dan ingin terbuka konon dan tidak tahu sejarah.

    ReplyDelete
  2. Negara kita adalah Malaysia, bukan lagi Malaya, Persekutuan Tanah Melayu atau Kepulauan Melayu/Nusantara dan banyak etnik yang sudah dilahirkan di Malaysia, maka mereka etnik Melayu,India, Cina, Dayak, Iban, Bidayuh,Kadazan dan banyak lagi walaupun etnik Melayu merupakan 60% dari jumlah populasi Malaysia. Mereka mempunyai hak yang sama walaupun ada provision seperti artikel 153 yang memberi 'keistimewaan bersyarat' untuk membangunkan orang Melayu bukan kroni UMNO yang ketinggalan dalam beberapa bidang.
    Orang bukan Melayu lebih sedikit dalam bidang tertentu seperti ekonomi dan mereka mempunyai skil dalam bidang ekonomi sedangkan orang Melayu hebat dalam bidang agama, aqidah, patriotisme, nasionalisme yang tak banyak membantu untuk membangunkan ekonomi mereka. Kepimpinan dalam membangunkan ekonomi orang Melayu sangat lemah kerana selama 52 tahun Merdeka dan RM 52 bilion telah hangus sedangkan orang Cina kureng mendapat bantuan terus dari kerajaan boleh memantapkan ekonomi mereka.Orang Melayu sering ditanamkan dengan rasa tidak selamat yang orang Cina akan makan mereka jadi orang Melayu Islam dari semua ideologi harus bersatu untuk maju walaupun sejarah menunjukan orang Melayu tak pernah bersatu melainkan bersatu percaya agama Islam. Dulu lagi ada golongan(PKMM/Putera) yang menentang penjajah dan yang bekerjasama(UMNO) dengan penjajah. Kini ada PAS dan UMNO yang tak sebulu tapi masih bersatu sebagai mempercayai agama Islam.Orang UMNO takut bakal PM orang bukan Melayu walaupun PM Melayu ada yang tiada kualiti. Kepimpinan Melayu di Polis, MACC, SPR, Universiti, Kehakiman boleh dipersoalkan dan orang UMNO kira mereka adalah terbaik meskipun tidak membawa negara atau orang Melayu majoriti maju. Soal penting yang kita mahu kepimpinan berkulaiti( baik urus tadbir dan memelihara keharmonian pelbagai agama) harus menjadi kriteria utama bukannya dia orang Melayu atau lantang berpetah hal agama.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.