Thursday, July 26, 2012

Amalan gangguan Pak Menteri dalam tender Kerajaan.

MR bukanlah orang business. Sedikit pengalaman MR dalam perniagaan ialah semasa di sekolah dahulu sekitar 60an dan 70an menjual sagon (tepung gandum goreng bersama kelapa) dan nasi lemak. Tetapi kegiatan perniagaan MR ini terpaksa dihentikan kerana complaint oleh tauke kantin sekolah mungkin perniagaan beliau terjejas.
Semasa  di sekolah menengah MR membantu bapa menjual Tupperware melalui parti atau kerap dikenali  sebagai parti Tupperware. Parti Tupperware di antara parti yang friendly kerana ia bukannya parti politik yang tak habis-habis berkelahi.
Hari ini semua itu sudah berlalu. Apa yang hendak dibicarakan di sini ialah persaingan perniagaan Bumiputera dalam projek Kerajaan dan gangguan Pak Menteri dalam tender-tender besar Kerajaan.
Sebelum Ramadan MR berkesempatan singgah minum di cafeteria JKR bawah pejabat Menteri Kerja Raya dan terjumpa rakan lama semasa  menuntut di ITM dahulu seorang Jurutera bertauliah sedang mengeluh. Being professional beliau telah menyertai satu tender melalui proses tender terbuka dan keputusan hampir dibuat cuma menunggu surat tawaran. Tetapi kerana gangguan Pak Menteri keputusan ditangguh  untuk tailored kepada syarikat Pak Menteri tersebut.

Nelayan berbisik dengan peraih di Kota Kuala Muda

Persoalannya di sini sejauh mana wujud fair level playing field di dalam tender-tender dan projek-projek Kerajaan? Ramai yang akan tertawa sinis bila mendengar istilah ini. Amalan favoritism yang diamalkan turun-temurun seperti sudah berdaki tebalnya. Iklan-iklan tender dan jawatan yang terpampang di dalam akhbar hanyalah sekadar  ‘ambil syarat’ sahaja untuk memenuhi peraturan tender manakala keputusan telahpun dibuat sebelum iklan tersebut lagi.
Mereka yang genuine untuk bersaing terhegeh-hegeh membeli dokumen tender tanpa sedar mereka adalah mangsa ratahan unwritten rule and system. Maka dengan itu tidak hairanlah peniaga-peniaga berlumba-lumba untuk mencium lutut Pak Menteri dan isteri Pak Menteri. Tebal muka menyondol dalam majlis-majlis Pak Menteri walaupun tidak diundang kerana untuk melobi projek dan memohon surat permohonan mereka supaya ditenyeh oleh Pak Menteri.
Pendeknya, sudah menjadi amalan sebati tender-tender besar Kerajaan juga kena berbisik seperti nelayan dengan peraih ikan di pantai Kota Kuala Muda. Tetapi nelayan bertarung nyawa di Blue Ocean manakala Pak Menteri baru membaca buku Blue Ocean Strategy.

6 comments:

  1. MR.
    Cerita lama yg diberi nafas baru.
    Paling panas cerita ini diKem.Pertanian.

    Diselangor isu ini hot.

    ReplyDelete
  2. Betul kata MR yang dalam sistem kerajaan di bawah pentadbiran BN/UMNO sistem tender terbuka tidak wujud sementara di bawah pentadbiran PR perkara itu baru nak berakar umbi.Tak guna merayu agar UMNO/BN supaya mengamalkan tender terbuka kerana dah 50 tahun tender tertutup dan tidak telus dah berakar umbi baik bagi tener berskala ikan bilis atau ikan jerung.UMNO/BN tak faham apa itu tender terbuka melainkan mempertahankan sehabis-habisan samapi PUke13 nanti.

    ReplyDelete
  3. bukan setakat pak menteri kacau, sultan pun ada kacau juga..ini ler masalah bila ada manusia fikir dorang ni hidup boleh menongkat langit

    ReplyDelete
  4. Apa nak buat.

    Harap UMNO/BN-pekena melayu
    harap PAS-----tipu juga melayu
    Harap PKR------jual melayu

    Nak harap pada siapa lagi.
    Semua parti dok jaga perut sendiri bila jadi kerajaan.

    Itulah pak menteri makan isi.
    rakyat makan kuah sajalah.

    ReplyDelete
  5. Kalau dah jadi menteri.Janganlah kalut lagi.Jaga semua rakyat.Bukan sibuk-sibuk bawa nasuk kroni dlm projek.Rakyat zaman kini pun nak hidup juga.Inilah antara punca kemarahan rakyat yg cari makan dgn kerja kerajaan.Mereka pun nak bagi anak bini makan.Pelajaran anak-anak.Hidup macam orang lain.

    Asal ada projek rakyat biasa yg layak selalu terinaya dan malang.

    Aku harap Dato najib tolong beri perhatian hal ini.

    Ramai dah diperingkat gulung tikar dan tunggu masa saja.

    Melayu bukan malas tetapi ditindas.

    ReplyDelete
  6. memang pun, dari sekecik-kecik projek seperti bersih kawasan sampai ler sebesor-besor projek...pak menteri nak involve...bukan lagi pak menteri, pegawai tinggi kerajaan seperti dato bandor dan pengarah juga terlibat sama....gaji dapat, bonus pun dapat...kamsen meniaga pun dapat yob...kita nak ngadu kat saper?? tempat kita ngadu hanya pada ALLAH je la....udah-udah ler tu...orang meniaga pun ada anak bini nak kena tanggung...kesian le kat kami sikit, jangan le mentingkan juak-juak jer...juak-juak pulak dapat projek sub kan kat orang dengan harga murah...nak untung 100% le katakan. modal tak payah keluor, ngarah je reti. Banyak mulut nak disuap pada pegawai binawe yang tak hingat dosa!! Yang mamposnya sub kontraktor!! demer goyang kaki....ada masyuk. Menteri besor pun sama, tau tapi buat-buat tak tau. Tengok le sama peniaga-peniaga kontrak kecik ni...tanya ler makan minum ada ke cukup? belanja anak sekolah macamana? ini idak, yang dia mandang tokey balak...itu yang ditanya makan cukup ke idak? Tokey macam ni mana pernah cukup yob. Kekadang nak je aku doa kat Allah Taala moga-moga Perak ni kalah balik....11 bulan tak pernah serik....peranagi macam syaitan!! tapi aku tak sampai hati sebab AKU KINI DULU DAN SERLAMANYA....AKU SAYANG UMNO

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.