Friday, July 20, 2012

Hubungkait pengaruh ‘Rajesh Khana’ dan bedak Cap Nyonya dalam masyarakat Melayu 60an dan 70an..


Pada 19 July 2012 ikon superstar Bollywood Rajesh Khanna telah meninggal dunia di dalam usia 69 tahun. Beliau merupakan pelakon kacak dan dipuja-puja dalam sekitar tahun 60an dan 70an bukan setakat di India tetapi juga di Malaysia.
Pawagam-pawagam terkenal di negara ini seperti Odeon, Cathay dan Coliseum tidak pernah sunyi dan putus dengan filem-filem Hindi dan gema lagu-lagu Hindustan termasuklah filem-filem lakunan Rajesh Khana. Masyarakat Melayu ketika itu dibuai dengan fantasi kecantikan dan berlumba-lumba membeli bedak ketol Cap Nyonya disapu di muka agar cantik macam pelakun filem Hindustan.
Satu keunikan filem Hindustan atau Bollywood ialah paparan kecantikan yang terlampau dalam filem mereka, baik dari lokasi pengambarannya, hero dan heroin nya sehinggalah kemerduan suara penyanyinya.
Kecantikan nya sungguh idealistik yang kadangkala kecantikan itu adalah fantasi semata-mata. Begitu juga kemerduan suara penyanyi mereka yang seringkali dinyanyikan orang yang sama seperti  Asha Bosley, Mohd Raffi, Kishok Kumar, Lata Mangeshkar dan beberapa lagi yang umor mereka  jauh lebih tua dari pelakun-pelakun jelita tersebut.
Rajesh Khana mula tengelam dengan kemunculan pelakun yang lebih kacak era Amitabth Bachan dan lain-lain. Pelakon datang silih berganti dan suara penyanyi yang sama masih segar di belakang layar perak. Penonton tertipu lagi dengan suara dan kejelitaan.
Hari ini generasi baru lebih realistik dan ingin melihat realiti di hadapan mereka dan hiduplah program-program realiti.

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.