Insiden ‘flip-flop’ logo Hari Kebangsaan berikutan
teguran Lim Kit Siang telah menunjukkan betapa kelemahan kementerian Rais
Yatim. Secara tidak langsung insiden ini telah memberi ‘millage’ politik
percuma kepada Lim Kit Siang dan pembangkang.
Bagaimana ni boleh terjadi?. Semasa era Tok Mat Rahmat
menjadi Menteri Penerangan dahulu beliau sangat hand’s on dalam rekabentuk
logo Hari Kebangsaan ini. Sehingga ada ketika dianjurkan pertandingan mencipta logo
hari kebangsaan dan ramai penyertaan dari kalangan pelajar-pelajar universiti
dan penuntut sekolah.
Secara tidak langsung pertandingan ini menerapkan nilai-nilai
cinta anak-anak muda kepada negara mereka. Supaya Melayu tidak lupa berikut disiarkan dari arkib berita kemenangan seorang pelajar ITM
mencipta logo untuk makluman Rais Yatim
24/05/1997 (BH)
Pelajar ITM menang juara cipta logo
KUALA LUMPUR, Jumaat – Penuntut tahun akhir
Institut Teknologi Mara, Muhamad Azid Abdul Latif, dipilih sebagai
pemenang dalam pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan 1997.
Rekaan Muhamad Azid, 22, dipilih sendiri oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad 30 April lalu.
Menurut Urusetia Pertandingan Mencipta Logo
Hari Kebangsaan 1997, pelajar itu kejayaan menerima wang tunai
RM5,000, sijil penyertaan dan cenderahati Hari Kebangsaan. Sambutan Hari
Kebangsaan kali ke-40 ini bertema `Akhlak Mulia Masyarakat Jaya'.
Muhamad Azid yang mengikuti Kursus Sarjana
Senireka Grafik berasal dari Johor dan adalah anak kedua daripada sembilan
beradik.
Sebelum ini, dia hanya terbabit dengan
penciptaan logo persatuan dalaman ITM, sebelum memenangi beberapa hadiah
saguhati dan yang terbaru muncul juara dalam mencipta logo baru Majlis Perbandaran Subang Jaya.
END.
Rakyat semua harus maklum mungkin Rais terlepas pandang kerana
kesibukan persediaan PRU13 tetapi di mana peranan KSU, TKSU dan Ketua-Ketua
Pengarah di bawah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.
Apakah kerana KSU sudah nak habis kontrek maka beliau harus lenggang
kangkung melepas tangan atau sibuk di dalam pencarian untuk menjadi Pengerusi mana-mana GLC?
Konklusinya, permulaan Hari Kebangsaan telah memberi kemenangan
moral kepada pembangkang.
MR.
ReplyDeleteKesian NAJIB.
Orang ramai kata Kabinet Cincai.
Menteri tak ada kualiti.
Kita tidak rasa Hari Kemerdekaan kerana kita sedang berpuasa Ramadan. Tetapi saya juga setuju dgn you Mammy bila perkara besar tidak dibuat dengan sirius. Macam lepas batuk ditangga.
ReplyDelete