Friday, July 6, 2012

'SHAME ON YOU!!' amaran Betty Chew kepada jantan-jantan DAP

Pada 4/7/2012 jam 4.50 petang wartawan The Star berjaya menghubungi Phaik Kheng, wanita yang bertugas di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dan konon dikasari oleh Betty Chew isteri Lim Guan Eng sehingga ditukarkan atas sebab-sebab misteri.
Apabila wartawan menanyakan perhubungan beliau dengan LGE, beliau enggan menjawab dan hanya menyatakan berkali-kali ingin bergegas pulang atas sebab-sebab keluarga. Beliau tidak menjawab 'YA' atau pun 'TIDAK' dalam lain perkataan tidak menafikan langsung. Ini akan memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pelabagai tafsiran tentang skandal ini terhadap pemimpin DAP,Lim Guan Eng.
Dalam perkembangan yang sama kelmarin di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Melaka pula Betty Chew pula menyinga naik angin mengangkat spanduk tulisan besar Cina merah dengan perkataan “Shame On You Gan Tian Loo!!” dan juga menyembur Speaker Dewan Datuk Wira Othman Mohamad “Shame On You Datuk Speaker”. “Shame On You” atau dalam perkataan Melayu “Muka tak Malu”.
Mungkin “Muka Tak Malu” ini ditujukan juga sebagai ‘warning’ kepada Cik Gu Phaik Kheng supaya jangan menganggu suami orang. Itulah betapa garangnya Betty Chew isteri Lim Guan Eng yang juga menantu Lim Kit Siang.
Apapun kesingaan Betty Chew tidak boleh dipersalahkan. Lelaki kalau dibiarkan bebas tidak dikawal atau ‘diqueen controlkan’ akan menjadi liar kejantanan mereka. Sejarah mengajar segala-galanya seperti maharaja China yang terkenal dengan ribuan gundik. Malah yang bertambah risau dan dibimbangi Betty Chew lagi apabila Lim Guan Eng dikelilingi oleh watak-watak seperti Anwar Ibrahim dan semestinya lah beliau minta disimpangkan dari menjadi seperti isteri Anwar, Wan Azizah.
Sebab itulah apabila nampak sahaja bunga-bunga yang sedang berputik ‘she has to make a full stop’. Sebelum nasi menjadi bubur. Kepimpinan lelaki DAP haruslah Bersih kejantanan mereka.
Walupun beliau amat sayang kepada suaminya Lim Guan Eng tetapi seperti kata Melayu ‘harap-harap percaya tidak’.

2 comments:

  1. Chew Gek Cheng isteri Lim Guan Eng ada nama kristian iaitu Betty, nak tanya apa nama kristian Guang Eng? Billy ka atau Benjamin kah? Mesti ada punya. Nanti kalau dia ada buat press conference, wartawan mungkin boleh tanya samada dia kristian atau pun agama lain. Baru boleh tau samada DAP ni agendanya kristian atau pun tidak

    ReplyDelete
  2. Mohon buat pautan blog:

    rizuwankini.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.