Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mengingatkan rakyat negeri Kedah supaya jangan mengulangi kesilapan dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Kononnya kesilapan yang dilakukan pada PRU 2008 perlu ditebus bagi memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Persoalannya siapakah yang membuat kesilapan, rakyat Kedah kah atau kepimpinan BN/UMNO Kedah pada ketika itu? Mustahil rakyat yang membuat kesilapan. Yang sebenarnya rakyat ingin menghukum BN/UMNO Kedah yang ketika itu kerana mereka tidak berjiwa rakyat dan rakyat sudah ‘fed up’ dengan kerakusan kuasa dan harta barisan kepimpinan Kedah dan mereka ingin mengajar BN/UMNO yang sedikit kurang belajar.
Realitinya sehingga ke hari ini suhu sokongan rakyat kepada BN/UMNO Kedah masih terkapai-kapai dan masih memerlukan mesin bantuan hayat. Masih teraba-raba mencari calon-calon ‘winnable’.
Pendekatan soft power Ustaz Azizan dilihat sebagai ‘rakyat friendly’ malah Ustaz Azizan sanggup tidak tunduk kepada golongan radikal dalam partinya sendiri seperti Mahfuz Omar yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn Bhd GLC Kerajaan Kedah kerana tidak sebulu dengan Ustaz Azizan.
Ustaz Azizan juga tidak merongkah struktur operating procedure tinggalan Kerajaan BN/UMNO Kedah malah masih menyimpan rapi peti-peti rahsia yang berisi ulat MB Kedah yang sebelumnya.
Mokhzani berkopiah lebai mendekati rakyat di Merbok |
Terkini, perkembangan politik Kedah yang menarik sepanjang bulan Ramadan ini yang mendapat perhatian sejuk ialah anak Tun Mahathir. Ramai rakyat Kedah menarik nafas lega apabila Mukhriz disebut-sebut akan menjadi MB Kedah kalau BN/UMNO Kedah kembali menguasai Kedah tetapi tidak ramai yang melihat seorang lagi tokoh anak Tun Mahathir yang tidak kurang pengaruhnya iaitu Datuk Mokhzani.
Beliau dilihat sebagai winnable candidate khasnya kawasan Parlimen Merbok. Kawasan tersebut yang pernah diwakili Tun Daim Zainudin dan Tan Sri Zainudin Maidin adalah kawasan yang berkembang pesat memerlukan tokoh nasional seperti Mokhzani. Menurut sumber beliau bukannya asing di kawasan tersebut malah pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari UMNO Negeri dan begitu kerap turun ke kawasan tersebut sejak 1999 lagi tanpa publisiti murahan. Cuma tangga politik beliau seringkali dicantas kepimpinan UMNO kawasan tersebut.
Kerapkali apabila diajukan soalan kepada beliau, bagaimana jika beliau menjadi calun dalam PRU13 yang akan datang jawapannya adalah beliau tidak bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat dan hanya memberi sokongan kepada parti. Realitinya inilah calun yang harus diberi pertimbangan yang tidak gila kuasa.
Dalam sebuah majlis di kawasan beliau baru-baru ini wajah beliau berubah sama-sekali dengan memakai kopiah putih mendekati rakyat akar umbi. Mokhzani adalah calun yang harus diberi perhatian.
MR.
ReplyDeleteSokong dan elok sangat.
Rakyat di Parlimen Merbok pun lega jika tokoh ini diberi tempat.
Calon korup,politik wang,ego,mudah naik angin,lupa diri,perasan tak payah lah.
Najib kena tegas dalam hal ini.Kalau Najib LOLEH orang Kedah kata maka UMNO di Kedah akan terus jadi pembangkang yg lemah juga.
Tinjauan berkala yg dibuat ramai ahli parti tak akan ikut arahan parti.Mereka akan tunggu dan lihat bakal calon.Kerana dan puncanya perpecahan dalam UMNO belum reda dan selesai.Retak yg belum bercantum.Indah diluar sahaja.
Sokong cadangan MR ini.Panjangkan nama tokoh ini secepat mungkin.
MR.
ReplyDeleteSokong dan elok sangat.
Rakyat di Parlimen Merbok pun lega jika tokoh ini diberi tempat.
Calon korup,politik wang,ego,mudah naik angin,lupa diri,perasan tak payah lah.
Najib kena tegas dalam hal ini.Kalau Najib LOLEH orang Kedah kata maka UMNO di Kedah akan terus jadi pembangkang yg lemah juga.
Tinjauan berkala yg dibuat ramai ahli parti tak akan ikut arahan parti.Mereka akan tunggu dan lihat bakal calon.Kerana dan puncanya perpecahan dalam UMNO belum reda dan selesai.Retak yg belum bercantum.Indah diluar sahaja.
Sokong cadangan MR ini.Panjangkan nama tokoh ini secepat mungkin.
Pemimpin umno kedah sesama sendiri perlu mengutamakan ikhlas serta perpaduan Dan bukannya kepentingan diri merebut jawatan sebelum meminta rakyat jangan buat kesilapan.
ReplyDeleteDet Khalid adalah contom MB endorsement paklah Yang paling cikai
Bagi saya, siapapun ada kelemahan, ada kesilapan dan ada kekuatan. UMNO ka, PAS ka bukannya sempurna. Yang penting, bila buat silap mengaku dan betulkan. Itu sahaja. Saya dimaklumkan, orang-orang kuat UMNO dah tahu dan sedar hakikat ini. Mereka sebenarnya sudah sepakat untuk saling membantu mengembalikan Kedah kepada BN. Saya dengar sendiri seorang KB UMNO belah selatan apabilanya ditanya tentang statusnya sebagai calon. Dia jawab dengan jelas. Kali ini dia dah tak mahu fikir sebagai calon. Yang penting siapapun calon dia akan tolong dan menolong untuk menang kembali. Itu katanya. Saya rasa mungkin tukang-tukang pemecahbelah yang mungkin juga talibarut pembangkang dalam UMNO sahaja sedang membina persepsi negatif ini sepertimana yang telah mereka buat sekian lama. Sepatutnya, kalau kita ni orang UMNO, janganlah mengeruhkan keadaan tetapi sama-sama membantu UMNO pulih dan mencapai kejayaan. Jika kita mengaku kita ni orang UMNO tetapi dalam masa yang sama terus mengadu domba, kitalah sebenarnya yang jahat.
ReplyDeleteMami, kita bagi PAS cuba sekali lagi laaa...UMNO ni tak sedar diri sesama mereka bergocoh depa salahkan PAS. Otak jumud macam Anom 8.39 am tu ada akai ka?Dalam kain tak nampak dok selok kain oghang.POOODaaaah.
ReplyDeleteHelloooo Cik Mami,
ReplyDeleteSaya tengok Cik Mami ni tak habis-habis hemtam Tok Bashah ketua kesayangan kami di Kedah. Cik Mami org Penang apa tau politik Kedah?Cik Mami pi makan nasi kandaq dah laaa jangan kacau politik kami.
Kami nak pilih PAS ka UMNO ka kami punya pasal laaa..
PRU 13 cukup unik.
ReplyDeleteParti mana letak calon molek-molek dia menang lah.Kalau letak calon serabut jahanamlah namanya.
Kalau setakat gambar keluar TV ke Utusan ke belum tentu.
DiBaling dema nak calon tempatan.Calon import penjajahan tak mahu .Orang UMNO Baling cakap.Apa pun biarlah anak watan Baling.Anak watan Baling ramai yang terpelajar.
Itulah mesej dari Baling .
Rakyat kedah tak silap... Umno malaysia yang silap...Umno kedah pon tak silap. Mummy rokiah yg banyak silap. Kalau nak Merbok menang balik dalam PRU 13... buang Dato Tajul ganti dengan Mohkzani. Budak Tajul ni terlalu banyak timbulkan masaalah dalam umno. Kena tendang dia bagi melambung jauh-jauh... tapi kalau fasal kerja memang no.1... tapi ikhlas takdak.
ReplyDeleteMR,
ReplyDeleteUMNO masih tidaka berubah, BETULLLL mereka masih menyalahkan rakyat kerana tak undi mereka tetapi mereka masih tidak berubah.Kalau beginilah sikapnya mereka akan menerima hukuman rakyat sekali lagi dalam PRU13 nanti.
TERUK!
Hangpa nak buat apa pun buat la..aku pengundi atas pagar siapa yang dok buat sial lebihkan politik dari kerja untuk rakyat terimalah padahnya nanti
ReplyDeleteMR, Macama mana Mokhzani nak jadi calun?nama dia pun tak dak dalam senarai yang bahagian hantar kepada UMNO malaysia?
ReplyDeleteSanggupkah Najib membelakangi Ketua Bahagian yang dah peluh ketiak turun bagi beras semasa bulan posa?
Mokhzani very low profile sebab tu depa priap sedaih saja.
Di Merbok xdak yg layak selain Mokhzani. Di akui tajul kerja memang no.1 tapi niat dia kerja dia nie utk jadi calon, ikhlas xdak langsung. tunggu dan lihat jika dia tidak dicalonkan. dia akan jd ketua sabotaj. Dato Najib kena tegas dalam hal calon. jgn dengar ugutan dari ketua bahagian. ketua bahagian yg dok ada la nie pun dah tua2 belaka. nak pegang xbrapa lama dah. suara generasi muda nie yg patut Dato Najib dengar.
ReplyDeleteaku sebagai pengundi di parlimen Merbok tk mau mengundi Tajul....klau Mokhzani ok la....klau Najib tak ambil Mokhzani, mmg aku undi PAS...Tajul harap bajet ja....ada bajet keja jalan...takdak bajet nganga...
ReplyDelete