Thursday, September 27, 2012

Tan Seri Kadir Sheikh Fadzir dengar suara Allah SWT untuk menyelamatkan negara



“Saya sedih kerana selepas saya berhenti seakan-akan suara bapa Malaysia kita menyedarkan saya. Suara Tun Dr Ismail, Senu AbdulRahman, Suara Tun Mustapha,Tun Fuad Stephen, Suara Temenggung Jugah semua yang paling penting suara Allah SWT minta saya turun back to the frontline politic dan menyelamatkan Negara kita,bangsa kita dan generasi kita”.
“Percayalah segala tuduhan terhadap Anwar itu adalah fitnah, fitnah dan pembohong. Orang macam saya pun sanggup terima dia (Anwar) sebagai Perdana Menteri dan he will be the best Prime Minister of Malaysia”.
Inti ucapan di atas diektrak dari Youtube ucapan Tan Seri Kadir Sheikh Fadzir di Beaufort, Sabah pada 29 July 2012. Umum seperti tidak percaya bahawa kenyataan itu datang dari seorang bekas menteri yang keciwa berputar sebanyak 360 darjah dari menyokong Kerajaan kepada menentang Kerajaan.
Yang sebenarnya kekeciwaan Tan Seri Kadir ini bermula dari tahun lepas lagi di dalam satu wawancara dengan akhbar The Star pada 26un 2011 apabila beliau menyatakan sukar untuk menjalankan perniagaan selepas beliau berhenti dari Kerajaan.
Actually, I resigned from the Cabinet to go into business but it was not easy to do business with practically no money at all. I was determined to succeed and luckily, I enjoy hard work.
I am working harder these days than when I was a minister, except that I am not on TV any more. I report for work every day at 9am, go home late and work seven days a week. But this is all right as I really enjoy keeping myself busy.
Now I have some businesses of my own and property development and tourism is my forte. But it has been a long, hard struggle due to bureaucracy and red tape. I am lucky because people still recognise me everywhere and they bend backwards to help me.
But I shudder (to think of) those businessmen who do not know people. No wonder there is so much frustration all around in our business community and our national growth, too, is not as robust as it should be.
Beginilah reality kehidupan. Buku bertemu ruas. Dunia perniagaan di luar amat sukar dan mencabar jika tidak berdaya bersaing akhirnya keciwa dan membawa diri dan menentang Kerajaan. Apabila Kerajaan Najib ambil alih semua ditukar kepada jentera baru yang tidak ambil pusing siapa Kadir Sheikh Fadzir.
PM memasang ramai pegawai-pegawai di sekelilingnya yang berlapis dengan berbagai kerenah, sombong, eksyen dan sukar bertemu janji. Masing-masing ada cita-cita sendiri. Mereka juga tidak pasti untuk menjamin jika mereka keciwa untuk tidak menyokong pembangkang. Waima yang menjawat jawatan kabinet sekarang pun tidak dapat menjamin untuk tidak menyokong Anwar Ibrahim jika mereka kecewa dalam Kerajaan.
Hakikatnya menjalankan perniagaan bukan satu yang mudah. Konon tender-tender terbuka untuk telus hanya indah khabar dari rupa. Generasi baru yang berkobar-kobar untuk berniaga atas saranan Kerajaan khasnya bekas-bekas siswazah, sudah mula terasa kekeciwaan mereka apabila realiti birokrasi sangat sukar dilepasi. MR berkesempatan berjumpa dengan bekas-bekas siswazah di beberapa sessi  taklimat bersama Perbadanan Usahawan Nasional, SME Corp dan MARA. Najib cakap lain pegawai buat lain.
Apapun kalau dah keciwa jangan bakar jambatan.

8 comments:

  1. Hairan macam mana PR boleh terima Kadir. Cakap-cakap beliau meskipun mantan Menteri tak ada ummmp lagi kerana buat apa cakap banyak selepas bersara? Macam polis pencen je.

    ReplyDelete
  2. Dalam ucapan itu Kata Kadir, Demi Allah, Demi Allah percayalah pada saya. Kadir dah merapu, orang percaya pada Allah bukan pada Kadir. Menjual nama Allah untuk kepentingan politik. Teroook la Kadir ni.

    ReplyDelete
  3. MR,
    Orang sebegini pandai guna rakyat untuk kepentingan politik mereka. Mereka dah tak laku kat Semenanjung sekarang mereka dok temberang rakyat Sabah.

    FED UP!

    ReplyDelete
  4. topic baguih mummy. tapi banyak orang melayu tak perasan.

    melayu kalu meniaga - kena meniaga dengan gomen.

    dengan gomen, melayu dengan melayu, bole sembang nak start.... bila dah detail sikit kena ada kabel politik untuk selesai dapat kerja. sini lah masaalah nya.

    katakan melayu dapat kontrak gomen tu, paling baguih melayu buat semua dalam kontrak, tapi 90% yang tukang buat, supply, angkut, kira dan lain2 tu ada lah CINA.

    kok mana pon meniaga, mesti ada CINA.

    melayu dapat kontrak gomen - CINA pon dapat kerja.

    jadi macam mana melayu dah biznes tanpa gomen?

    biznes di alam realiti kita? biznes dengan CINA, bole ka?

    BOLE tapi susah. kena kuat kerja. no short cut.

    nak short cut, be in power, be in gomen, dictate your terms.....macam kadiak dok kuat buat laa ni.

    ReplyDelete
  5. Teringat kisah Joan OF Ark tetapi ini ialah Joan Of Mamak....tak dengaar ke suara tuhan supaya sedekahkan mahligai kat Kulim untuk rumah anak Yatim ke?

    ReplyDelete
  6. Najib cakap lain pegawai buat lain...

    betul kata MR memang susah nak berniaga. kalau org yg dah ternama cam TSKSF pun mengelabah bila kena kerja keras sampai kutuk2 kerajaan sedia ada ni pulak kalau org kecik nak jd usahawan. tp mungkin org kecik dah biasa susah semua tu diharung dgn redha. tak de kutuk mana2 pihak. paling penting yg kat tengah tu kenapa lokek sangat dgn dana kerajaan dah sediakan. mereka yg ditengah yg burukkan sangkaan org bawah terhadap kerajaan. cukup masa minta naik gaji, bonus lebih dan pencen yg bertambah2. tu camno...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.