Mahkamah Sesyen Ipoh membebaskan seorang tukang urut
berusia 65 tahun dari tuduhan merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun pada
Januari 2011 di sebuah rumah Jalan Changkat Jong. Beliau yang berasal dari
Manjoi Baru Tambahan Ipoh di bebaskan kerana pihak pembela berjaya membuktikan
melalui satu laporan perubatan yang mengesahkan tertuduh tidak berdaya
melakukan hubungan sex atau persetubuhan.Dalam lain perkataan mangsa menghadapi
masaalah mati pucuk.
Sebaik mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Adli
Abdul Ghalib mangsa terus menadah tangan sambil melaungkan ‘YAA Allah’ dan
kemudian mencium lantai mahkamah tanda bersyukur kerana dibebaskan. Jika sabit
kesalahan beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 6 tahun serta tidak melebihi
20 tahun dan sebatan.
Dalam wajah
kegembiraan beliau mengucapkan terima kasih kepada peguambela dan semua ahli
keluarga dan rakan kerana memberi semangat dan kekuatan mental. Beliau berjanji
akan memulakan hidup baru sambil memeluk isteri tersayang.
Di sebalik kegirangan ini mungkin beliau terlupa bahawa
yang membebaskan beliau adalah kerana beliau mati pucuk bukannya peguambela. Pada hakikatnya tidak
ada lelaki di dalam dunia ini akan bergembira kerana mereka mati pucuk. Mereka
akan berusaha dengan apa cara sekali pun sehingga berbelanja ratusan ringgit
untuk memulihkan kejantanan mereka. Dalam masa yang sama tidak ada juga isteri
yang bergembira apabila mengetahui suaminya mati pucuk.
Kelazimannya lelaki Melayu akan mencari tukang urut
walaupun yang mengurut itu megarut dibuktikan dengan kes ini apabila tukang
urut juga mati pucuk. Beliau mungkin boleh
bergembira kerana terlepas hukuman dan mengahabiskan sisa-sisa hidup dengan berumur
65 tahun tetapi bagaimana kesan trauma anak tiri nya yang kini baru berumur 14
tahun untuk meneruskan kehidupan bersama suami yang tidak mati pucuk.
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.