Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, "Naturally Langkawi" (Langkawi Serba Asli
Penjenamaan "Naturally Langkawi" menandakan inisiatif baru Langkawi bagi menjadikan destinasi pelancongan ini antara 10 pulau destinasi utama di dunia menjelang 2015, selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Langkawi 2011-2015.
Naturally Langkawi dipilih memandangkan flora dan fauna yang mengelilingi Langkawi seperti pembentukan batuan berusia 550 juta tahun, 99 buah pulau yang membentuk Geopark pertama di rantau ini, pelengkap semula jadi hutan hujan, pantai-pantai, air terjun, paya bakau, keunikan hidupan liar dan serangga seperti 500 spesies dan sub-spesies rama-rama dan lebih daripada 226 spesies burung.
Yang paling utama, sikap ramah mesra penduduk Langkawi merupakan kekuatan dan denyutan nadi Naturally Langkawi. Bernama
Dalam hal ramah mesra ingin MR singkap kembali posting blog ini pada 16 Mac 2012 sila link Ferry Langkawi dan Pengurus Pelancongan LADA yang tidak MESRA RAKYAT.
Penjenamaan fizikal dan hardware memang mudah dilaksanakan tetapi rebranding 'SOFTWARE' sikap, perangai, kesantunan, ramah mesra, think tourism bukan satu perkara yang mudah tetapi tidak mustahil kerana Langkawi bukan berasal dari pulau lanun.